bab 29

1.1K 62 4
                                    

Gadis yang pada ketika itu kelihatan
meronta cuba melepaskan diri dari
ikatan kerusi,dipandang tanpa belas
kasihan.

Hampir dua jam lama mereka
membiarkan gadis itu terikat
seraya wajahnya ditutupi sehelai
kain hitam.Yang menyebabkan
gadis itu tidak dapat mengenal
pasti keadaan sekelilingnya.

Birai bibir keempat-empat jejaka
tersebut spontan terjongket sinis.

Sekeras mana pun gadis itu cuba
melepaskan diri,ia tetap tidak akan
mendatangkan sebarang hasil.

Itu disebabkan ikatan pada tubuh
gadis itu tersebut terlalu kemas
sehingga boleh menyebabkan anggota
badan terluka sekiranya terlalu banyak pergerakan.

Jangan cakap nak lepaskan diri,
gadis itu menjerit macam nak
putus anak tekak sekalipun tak
akan ada orang mendengarnya.

Kerana yang berada di ruangan
ini hanyalah mereka berlima.
Termaksud juga dengan gadis
itu sekali.

"Lepas...Lepaskan aku,bodoh!"

"Makin banyak kau bergerak,
aku sendiri jamin badan kau
nanti akan lebam."Dengan tenang,
Adrian memberitahu.

Kain yang hampir menutupi seluruh
wajah Nurul,ditarik lalu dicampakkan
ke lantai.

Ezra,Ben serta Tengku Aaron yang
melihat keadaan diri Nurul yang tidak
begitu terurus,hampir melakar satu
senyuman sinis.

Muka bengkak selepas dipukul oleh
konco-konco mereka.Serta rambut
yang begitu serabai.

Tak sangka pula penampilan Nurul di
luar jauh berbeza dengan penampilan
di tempat kerja.

Dekat tempat kerja elok bertudung,
bertutup liput.Tetapi,apabila sewaktu
konco-konco mereka menemui Nurul
lalu dibawa gadis itu ke sini,mereka
agak kaget tatkala melihat cara
pemakaian gadis itu.

Nyata lebih liar daripada sangkaan
mereka sebelum ini.

"Jadi ini semua plan korang,ye!
Tak guna!Dasar jantan dayus.
Penakut!Kau upah samseng
entah dari mana datang culik
aku lepastu kau arahkan dia
orang pukul aku!Kau orang
memang dayus!"

Nurul menjerit nyaring sehingga
dia dapat merasakan urat lehernya
tiba-tiba menjadi tegang.Turun naik
dada akibat terlalu menahan marah.

Spontan,Ben menutup kedua belah
telinganya.Jari telunjuk dibawa ke
bibir.

"Shuh....Boleh diam tak!Menjerit
macam betina gila.Cuba santai dulu.
Kau kalut-kalut ni,nak pergi mana
sebenarnya?Bukan boleh bergerak
pun."

Bicara lelaki itu dibalas dengan
satu jelingan.Kemudian pandangan
kembali dilontarkan ke arah lelaki
yang sekarang ini sedang berdiri
di hadapannya.

Lelaki yang paling dia benci.

Adrian.

Kemudian Nurul pandang pula lelaki
yang berdiri di sebelah Adrian.

Ezra...

Lelaki kedua yang dibenci
selepas Adrian.Sifat belas kesian
sebagai manusia langsung tiada
di dalam diri mereka.

Malahan sifat kejam mereka melebihi
sifat iblis sendiri.

"Kenapa pandang aku macam tu?
Nak kena tampar."Ezra menyoal
setelah menyedari akan pandangan
tajam Nurul.

Tengku Aaron yang masih berada di
belakang.Sekadar menjadi pemerhati.
Bukan masalah dia untuk mencampur
tangan.

Namun,itu bukan bermakna
dia tidak akan melepaskan musuh
yang sedang cuba menjatuhkan
nama baik syarikat Kelvin begitu
sahaja.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now