bab 13

1.5K 132 2
                                    

Dia membuang keluhan.Diangkat perlahan-lahan tangan yang sudah basah angkara bermain air.Bukan sahaja tangan,bahkan
hampir keseluruhan pakaiannya turut basah
sekali.

Dan percaya atau tidak,dalam pada Kelvin cuba menahan diri,pada akhirnya dia tewas juga.Tewas daripada cuba untuk tidak mudah kesiankan gadis itu.

Sejenak,gadis yang ketika itu sedang terdampar lemah di atas katil sana direnung dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Tidak hanya Kelvin,Bella turut sama
kebasahan.Gara-gara gadis itu tidak
henti-henti merintih serta memohon
supaya dia puaskan,Kelvin akhirnya
terpaksa memandikan dia menggunakan
air sejuk.

Memandikan Bella dalam keadaan dia
masih berpakaian.Dengan pakaian Bella
serupa tidak cukup kain itu,Kelvin cuba
memupuk kesabaran yang tinggi.

Belum masuk lagi sewaktu gadis itu
menggelupur.Habis basah pakaian mereka.

Baru niat hendak meninggalkan Bella
dalam keadaan begitu sehingga keesokan
pagi,Kelvin tidak sampai hati pula.

Setelah beberapa detik,dia menapak keluar
dari kamar tersebut.Lantas pintu bilik dikunci.

Bimbang nanti Bella tersedar dari lena.
Yang sebenarnya dia risaukan akan kondisi
Bella masih belum sembuh.Kan ada yang
terlanjur sebelum nikah.

Bilik utama iaitu biliknya dituju.Sekarang,
mereka berdua berada di villa persendirian
Kelvin.Dia yang membawa Bella kesini.Baru
ingat nak rancang perkenalkan villa kepada Bella setelah mereka sah menjadi suami isteri.Tapi,lain pula yang jadi.

Setelah mendapatkan panggilan daripada
Puan Ana,dia yang sudah berada di simpang rumah wanita itu terpaksa berpatah balik.

Mengingatkan kembali akan nada suara Puan
Ana,Kelvin tiba-tiba dihurung rasa bersalah
kerana terpaksa berbohong.

Ibu Bella mengatakan bahawa dia tersedar akan kehilangan anak gadisnya setelah
melihat kereta kepunyaan Bella tiada di garaj kereta.

Dan Kelvin yang tidak sampai hati hendak memaklumkan perkara sebenar terpaksa berbohong tentang keberadaan Bella ketika
itu.

Dia cuma memberitahu bahawa Bella
sekarang sedang berada di rumah keluarga
mereka kerana terpaksa menemani Puan
Kay yang tinggal berseorangan di rumah angkara papa Kelvin terpaksa ke luar negeri akibat perlu menyelesaikan perkara penting.
Dan dia pula tidak dapat menemani mama kerana harus siapkan kerja di pejabat.

Dengar macam tak lojik tapi yang tak
lojik itu Puan Ana percaya bulat-bulat.

Dia tak boleh bayang apa reaksi Puan Ana apabila dia membawa pulang Bella dalam
keadaan sebegitu.Habis-habis badan kecil
itu berbirat angkara dilibas batang paip.

Jika diingat kembali perbuataan lelaki
jahanam itu,darah Kelvin serta-merta
menggelegak.Keinginan untuk membunuh
semakin memuncak.Kalau boleh dia mahu
lenyapkan lelaki itu di muka bumi.

Kalau bukan kerana Ezra memberitahu
sudah tentu dia tidak dapat menyelamatkan
Bella dalam kadar segera.

***************************
Dengan sisa tenaga yang hanya tinggal
separuh,kelopak mata cuba dibuka.Sakit
di setiap anggota badan bukanlah penghalang untuk dia terus berehat sementelah lagi bila terperasan suasana bilik yang agak asing baginya.

Bella bersandar di kepala kepala.Setelah
itu,pandangan dibuang pada tubuh badan
sendiri.Dia masih lengkap berpakaian cuma
pakaian itu sedikit lembap.Sekaligus buatkan
katil ini turut basah sama.

Kerutan dahi terlihat jelas setelah dia
mendaratkan telapak tangan di atas kepala.

Dia mandi ke semalam?

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now