bab 8

1.7K 113 8
                                    

"Terima kasih sebab belanja makan untuk malam ini."Ucap Bella sebaik sahaja kereta
yang dipandu Kelvin memasuki pekarangan
rumah.

Mengenakan keesokkan harinya masing-masing perlu bangun awal kerana bekerja,
setelah makan malam,mereka sama-sama
putuskan untuk terus pulang tanpa singgah
di mana-mana tempat lagi.

Hari juga sudah larut malam.Tiada elok sekirannya mereka berdua masih duduk berdua-dua begini.Banyak benda yang
boleh terjadi selagi mana mereka masih
belum sah disisi agama.

Lagi pula,sehari suntuk berada di tadika,
kemudian malam pula terus keluar bersama
Kelvin membuatkan seluruh badan terasa
begitu lenguh.

Sempat Bella tersenguk-senguk di dalam kereta sewaktu menunggu tiba di rumah.
Mengantuk punya pasal.

Bila Bella berkira-kira hendak keluar,
akan tetapi panggilan daripada Kelvin mematahkan langkahnya.Dia kembali menghenyakkan punggung pada seat
kereta.

Kelvin dipandang penuh tanda tanya.

"Nah,hadiah daripada saya."

Beg kertas berjenama dior dicapai
dari tempat duduk belakang.Setelah itu,dihulurkan kepada Bella.

Jeda...

Bella terkaku sedangkan riak wajah
Kelvin berubah kendur setelah hadiah pemberiannya tidak disambut oleh
Bella.

Mengerling kembali pada beg kertas
itu.Tak cantik ke?Dia bukan pandai sangat
beli hadiah perempuan ni.

"Kenapa?Awak tak suka ke?Kalau tak suka
awak boleh bagitahu hadiah macam mana
yang awak berminat.Saya boleh carikan
untuk____"Ayat Kelvin mati disitu setelah mendapat isyarat tangan daripada Bella.

Tanpa memandang lelaki itu,beg kertas
itu diselongkar sehingga telapak tangan tersentuh dengan satu permukaan nipis.
Perlahan-lahan ia ditarik keluar.

Sebuah kotak hitam yang belum tahu
apakah isi dalamnya.Diikat kemas dengan reben disertakan dengan wangian yang
cukup wangi dan mahal menusuk ke dalam rongga hidung.

Pergerakan tangan Bella cukup berhalus
sewaktu dia menarik ikatan reban tersebut.
Setelah itu,penutup kotak dibuka.

Bella terbungkam.

Sekejap,dia mengerutkan kening.

Sekejap,dia tersenyum.

Terharukah dia?

Gembirakah dia?

Apa yang pasti dia cukup terkejut menerima pemberian daripada Kelvin.

"Kenapa awak bagi saya heels ni?"Cukup
perlahan Bella bertanya.Sepasang heels
menjadi santapan mata.Oleh kerana heels
itu berwarna hitam,ianya menampakkan begitu cantik sekirannya memakainya.

Mana-mana wanita pun yang menerima hadiah mahal sebegini akan mempamerkan
reaksi sama seperti Bella sekarang.

Jika diikutkan gaji bulanan belum tentu
Bella dapat membeli barangan daripada
jenama ini.Tidak kira sama ada beg,kasut
ataupun pakaian.

Satu barang saja boleh mencecah sampai
ribuan ringgit.

Kini,barulah Kelvin dapat melepaskan
nafas lega.Mati-mati dia ingat Bella tidak
suka dengan pemberiannya.

Maklumlah,ini adalah permulaan bagi dia.

"Hadiah sempena perkenalan kita."

Sebenarnya dia ikut kata hati sahaja.
Bab shopping ni boleh dikatakan Kelvin
akan kalah tanpa bertanding.Lebih-lebih
lagi bila shopping untuk perempuan.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now