bab 24

1.3K 96 4
                                    

Kesal..

Pada sofa yang terdapat di ruang
tamu tersebut,Bella menghempaskan
badannya dengan kasar.

Tangan disilangkan lantas dibawa
ke dada.Nafas sesekali dihela tatkala
kepala makin terasa tercucuk,sakit.

Kalau tak kerana cahaya matahari
mencerobos masuk ke dalam bilik
tidur yang membuatkan lena Bella terganggu,sudah tentu pada waktu
ini Bella masih terbongkang di atas
katil.

Dan ketika menyedari hari sudah siang,
Bella bangun secara mendadak.Secara
tak langsung membuatkan kepalanya
terasa begitu sakit sekali.

Malah,Bella juga sedar pada waktu
itu hanya dia sahaja yang berada di
dalam rumah ini.Manakala Kelvin
sudah lama berangkat ke tempat kerja.

Gara-gara tindakan Kelvin tidak
mengejutkan dia sebelum lelaki itu
keluar pergi kerja,bahkan lebih rela meninggalkan dia dalam keadaan
terkontang-kanting,jiwannya tiba-tiba melahirkan satu perasaan asing.

Kesal....

Bella begitu kesal tindakan Kelvin.

Namun rajuknya tidak berlangsung
terlalu lama kerana sewaktu dia
melintasi meja solek untuk menuju
ke arah bilik mandi,satu nota kecil
yang melekat pada cermin meja solek
berjaya menarik tumpuan Bella.

Setiap patah perkataan yang ditulis
menggunakan pen hitam pada kertas
tersebut dibaca penuh teliti.

Maaf,Bella....

Saya terpaksa tinggalkan awak
sorang-sorang hari ini.Saya kena
pergi kerja dulu,cinta.Tak sampai
hati saya nak kejutkan awak bila
nampak isteri saya terlalu lena
tidur.Kalau awak lapar,saya dah
masakkan makanan untuk awak.
Saya janji akan cuba pulang seawal
yang mungkin.

Jaga diri,sayang saya....

Ringkas tetapi mampu buatkan dua
ulas bibir Bella merekah dengan
senyuman.

Nota kecil itu dikucup sepintas lalu.
Baru tengah hari,tapi Bella rasakan
betapa rindunya dia terhadap susuk
tubuh itu.

Belum puas bermanja dengan Kelvin.
Namun demi tuntutan kerja,apa boleh
buat melainkan pasrah sahaja.

Usai membersihkan diri,Bella turun
ke tingkat bawah.

Langkah kaki diusung ke arah dapur.
Island table dihampiri Bella.Setelah
itu,tudung saji dibuka perlahan.

Apabila sepinggan nasi goreng
serta telur mata disediakan tanpa
dia meminta,tak semena-mena
bibirnya melakar satu senyuman
ceria.

Ini mesti Kelvin sempat masakkan
sebelum lelaki itu berangkat pergi
kerja.Macam tahu-tahu saja Bella
memang tengah lapar sekarang ini.

Tanpa berlenggah,sarapan tersebut
terus dijamah.

Setelah menghabiskan sarapan,
pinggan yang sudah digunakan
dibawa ke singki lalu dibersihkan.

Namun tidak lama kemudian,
tiba-tiba Bella dapati telefon
bimbitnya yang berada di ruang
tamu berdering kuat.

Dia memang sengaja letakkan di
situ kerana selepas bersarapan nanti,
dia bercadang nak berehat di atas sofa
sambil melayari internet.

Terkocoh-kocoh dia menghabiskan
cucian terakhir sebelum bergegas
mendapatkan telefon bimbit tersebut.

"Ibu..."Meleret nada suara apabila
dapati bahawa menghubunginya itu
adalah ibunya sendiri.

"Hm...rindunya Bella dekat Ibu.
Rasa macam dah lama kita tak
jumpa."

"Kamu ni demam ke,Bella?Baru
dua hari jadi isteri orang,dah rindu
bagai dengan ibu.Sedangkan jarak
rumah Kelvin dengan rumah Ibu tak
adalah jauh mana.Boleh sangat kalau
kamu nak datang singgah ke sini."

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now