bab 26

1.2K 97 2
                                    

Kelvin yang pada ketika itu sedang
berehat di atas katil setelah hampir
setengah jam dia terperangkap di
dalam tandas akibat perutnya tiba-
tiba meragam setelah terpaksa
menghabiskan kesemua masakan
isterinya.

Masakan tidak,tak pernah seumur
hidup dia merasa masakan seteruk
masakan Bella.

Kelvin berjanji itu adalah kali pertama
dan juga kali terakhir dia merasai air
tangan isterinya.

Untuk kemudian hari nanti,dia
sendiri akan menyediakan makanan
demi keselamatan diri sendiri.

Naya kalau setiap hari Bella yang
masak dan dia juga yang harus
habiskan.

Si isteri masih belum menyedari
perubahan Kelvin pada ketika itu.
Terlalu teruja mengemas beberapa
pakaian yang akan dibawa sewaktu
berbulan madu nanti.

Entah kemana Kelvin akan bawa dia
berbulan muda.Bila disoal,suaminya
itu sekadar senyum.Pun begitu,Bella
tidak kisah sekiranya mereka bercuti
setakat di dalam Malaysia sahaja.

Dekat sini pun banyak tempat
menarik yang Bella belum terokai.

"Awak,kenapa dari tadi duduk atas
katil tu?Marilah sini temankan saya
kemas pakaian.Bosanlah tak ada
teman borak."

Kebiasaan Kelvin akan melarang
dia melakukan sebarang kerja begini,
itu kerana suaminya sendiri yang
uruskan segala-galanya termaksud
pakaian Bella.

Tapi malam ini,Bella mendapati
tingkah suaminya nampak agak lain.

Seolah-olah sedang menahan sakit.
Kening berkerut-kerut,menahan sakit.

Kelvin mengatur langkah kaki
dengan perlahan.

Si isteri yang berada berhampiran
dengan almari,perlahan-lahan dia
hampiri.Sesudah itu,Kelvin duduk
bersila di sebelah Bella.

Gelagat si isteri dipandang tanpa
rasa jemu.

Cukup dengan hanya melihat
senyuman terukir di bibir merah
delima itu,Kelvin rasakan dia adalah
di antara lelaki yang paling bertuah
di dalam dunia ini.

"Kenapa dari tadi asyik sentuh
perut tu?Awak sakit ke?"

Pertanyaan Bella menyentakkan
Kelvin daripada lamunan panjang.

"Hm...Perut cuma rasa tak selesa
saja dari tadi.Tapi sekarang,dah
okey sikit...Ini...banyak lagi ke nak
baju yang nak dikemas?"

Kelvin lekas-lekas mengalihkan
perbualan bagi menghalang Bella
daripada terus bertanya.

"Sikit sahaja lagi.Yang saya
tengah mengemas sekarang ini,
semua pakaian awak."

"Habistu yang awak punya?"

Bella tudingkan jari kepada satu
arah.Terdapat sebuah luggage hitam
bersaiz besar berada di sudut almari
pakaian.

Tanpa pengetahuan Kelvin,dua
hari lepas Bella sudah siap-siap
menyediakan mana-mana pakaian
yang hendak dibawa nanti.

"Cepatnya...Excited sangat dia
ni."

Bella tersengih.Dia kemudiannya
kembali menyambung mengemas
sambil ditemani Kelvin yang sekadar
menjadi pemerhati.

Tentang destinasi bulan muda
mereka,masih menjadi persoalan
sehingga kini.

Bukan tak nak tanya cuma setiap
kali bertanya,respon yang dia akan
terima adalah senyuman manis
Kelvin.

Cuma....

Yang menjadi persoalan di benak
fikirannya adalah bila mana Kelvin
meminta dia supaya menyediakan
pasport.

Mrs.Kelvin Adyan[SU]Where stories live. Discover now