(In which the young master cross over an interesting applicant in his sleep-deprived state)
.
.
.
.
Di Syarikat Mecha-Elemental,lewat malam,dimana semua pekerja sudah pulang kerumah masing²,CEO Mecha-Elemental itu masih lagi berada dipejabatnya dikelilingi dengan kertas kerja,hologram terapung disekelilingnya manakala dia bersandar pada kerusi,tali leher dilonggarkan dan matanya bosan memerhatikan semua permohonan internship yang dia dapat dari seluruh sekolah canggih di seluruh negeri.Dia dah banyak pangkah calon yang tak sesuai. Kebanyakkan disebabkan mereka ada masalah disiplin dan sebagainya dan sebahagiannya atas sebab tertentu.
BoBoiBoy: *sigh**campak tablet* Tak ada satu pun calon yang sesuai untuk program internship ni. Semua ada masalah hidup.*mumble*
BoBoiBoy meregangkan badannya sebelum memadam senarai permohonan yang ditolak dari database-nya. Dia mengeluh kecil.
Susah sangat ke nak cari calon yang betul² nak cari pengalaman bekerja dan bukan populariti murahan hanya sebab bekerja dalam syarikat dia?
Entahlah.
BoBoiBoy melihat jam didindingnya. Dah pukul 2 pagi. Tidur dekat penthouse lah nampak gayanya.
Ochobot: Had masa kau dah dicapai BoBoiBoy. Masa untuk kau balik rumah dan berehat.
BoBoiBoy; *sigh**ramas kepala* Ya Ochobot. Tolong clearkan jadual aku untuk pagi esok sampai 3 petang. Aku dah janji dekat Upin dan Ipin untuk datang hari sukan sekolah mereka.
Ochobot: Baik BoBoiBoy.
Ice break. Upin dan Ipin,budak kembar seiras yang berumur 10tahun yang selalu melawat BoBoiBoy. Mereka berdua anak kepada pekerja ayah dia,Abdul Salam dan masa BoBoiBoy berumur 10 tahun,dia yang selalu tengokkan mereka berdua bila keluarga dia sibuk.
Kiranya macam rapatlah jugak. Lagipun,tak adalah BoBoiBoy rasa sunyi sangat.
Semasa BoBoiBoy mengemas kertas yang bersepah dimejanya,bunyi deringan mesej masuk kedengaran.
Ochobot: Ada satu email masuk BoBoiBoy.
BoBoiBoy: Hm,dari siapa?
Ochobot: Ini surat permohonan intership dari Sekolah Tinggi Cyberraya.
BoBoiBoy mengangkat kepala,tertarik.
Sekolah Tinggi Teknologi Cyberraya adalah antara sekolah yang berjaya dalam negara. Tadi pun dia ada dapat beberapa permohonan tapi semua ditolak kerana mereka tak menepati kriteria yang dikehendaki BoBoiBoy.
BoBoiBoy: Lambatnya dia hantar? Tarikh tutup dah seminggu lepas.
Ochobot: Dari pesanan kecil yang disertakan,pelajar ni baru pulang dari Amerika sebab ikut business ayahnya. Semua kerja dia disiapkan dan dihantar melalui guru dia.
BoBoiBoy duduk semula dikerusi,tertarik untuk mendengar.
BoBoiBoy: Hm, menarik. Ada orang dah menyerah kalah kalau buat kerja dalam keadaan macam tu.*menguap*
Boboiboy menggosok matanya perlahan dan bangun.
BoBoiBoy: Simpan dalam archive. Aku akan tengok dan nilai dia sendiri bila aku dah cukup tidur nanti. Sleep mode, Ochobot.
Ochobot: Baik BoBoiBoy.
Sebaik sahaja BoBoiBoy melangkah keluar dari pejabatnya,pintu pejabatnya terkunci,lampu dan peralatan elektrik dimatikan dan sistem keselamatan dihidupkan.

YOU ARE READING
Adoptive Siblings
FanfictionMecha-Elemental adalah sebuah syarikat teknologi yang canggih dan digeruni oleh semua pesaingnya. Hal ini juga kerana CEO kepada syarikat itu adalah remaja 17 tahun yang boleh dikatakan luar biasa. BoBoiBoy bin Amato,17,CEO termuda dalam sejarah. Te...