File 5:[ Nighttime]

960 128 33
                                    

(In which the young technician meet the 'ghost' of the company)
.
.
.
.
.
.
Sampai sahaja ditingkat yang kedua Ali naik,dia nampak ada cahaya dari celah pintu kecemasan dibahagian tingkat ke 76. Ali terus membuka pintu tersebut dan masuk dengan tercungap-cungap sebab dia berlari tadi.

Telefonnya dah mati sebab kehabisan bateri. Tapi tak apa,dia ada dekat tempat yang cerah sekarang.

Ali:*pandang sekeliling* Kenapa tempat ni saja yang ada lampu..?*lap peluh*

Ali berjalan melalui koridor itu sambil melihat perhiasannya. Perhiasan yang mewah dengan segala pencapaian oleh Mecha-Elemental.

Dan dalam setiap gambar yang ada,ada gambar Tuan Muda BoBoiBoy sekali.

Ali:Pshh...Mestilah. Ni syarikat dia.*sigh*

Bunyi sayup-sayup kedengaran dihujung koridor membuatkan Ali rasa lega sebab ada orang lagi yang masih berada dalam bangunan ni bersama dengan dia. Ali menjengukkan kepalanya dan nampak pintu kaca dihujung koridor itu. Dia menyorok dibelakang pasu bunga besar untuk lihat siapa disebalik pintu kaca itu.

Bilik itu kelihatan macam gym bagi Ali. Dengan dumbell dan treadmill dan sebagainya.Dia boleh nampak satu punching back yang bergerak tanda ada seseorang yang tengah menggunakannya.

Ali: Siapa yang bersemangat sangat nak exercise tengah malam..?*curious*

Bila Ali menoleh lagi untuk lihat dengan lebih dekat,baru dia nampak siapa yang tengah gunakan punching back tu.

Tuan Muda BoBoiBoy.

Dia nampak lain sangat kalau tak guna baju formal dia. Dia hanya memakai singlet hitam dengan seluar pendek berwarna coklat dengan inner seluar yang menutup lututnya.Lihat dari gayanya,nampak macam dia dah lama berada dekat sini.

Ali: Woah....Ada skill sendiri jugak boss ni...Eh,bukan ke dia ada bodyguard 24/7?

Ali memerhatikan macam mana BoBoiBoy membelasah punching back itu macam dia tengah hapuskan musuh-musuh dia. Ditumbuk,disepak,diterjang.

Macam-macamlah. Sampailah keserangan terakhir,rantai yang mengantung punching back itu putus membuatkan punching back itu terbang ke penghujung gym akibat tumbukan BoBoiBoy.

Ali tergamam apabila punching back yang dah lunyai itu tercampak kesudut bilik akibat tumbukan BoBoiBoy.

Okay,bukan saja dia ni prodigy,kaya-raya,CEO kepada syarikat terhebat dunia pada usia muda.Tapi dia pun pandai berlawan jugak?!

Wow,hebat...

Ali kembali melihat BoBoiBoy,menyangka yang BoBoiBoy akan tersenyum sinis dengan apa yang dia buat tadi.Tapi bila dia lihat kedalam gym itu,BoBoiBoy melutut dan tangannya menggigil kuat.

Dia cedera ke..?

Belum sempat Ali nak bangun untuk tolong BoBoiBoy,kolar bajunya ditarik kasar dan dia tergantung daripada tanah.

Ai: Wargh-!!*terkejut**struggle*

...: Penceroboh!Penceroboh!

Bunyi bising itu sudah tentunya membuatkan BoBoiBoy mengangkat kepalanya.Ali boleh nampak yang BoBoiBoy mengeluh.

BoBoiBoy: Sumorai,selamat ke aku nak keluar?

Ali:Su-*pandang atas*-morai..?

Behold,yang memegang Ali sekarang adalah sebuah robot besar dengan karakteristik macam sumo + samurai.Matanya mengeluarkan scanner merah mengimbas Ali.

Sumorai: Suspek tidak dikenal pasti.Tapi tiada senjata yang berbahaya. Tuan boleh keluar sekarang.

Dengan itu,Sumorai meletakkan Ali semula kelantai tapi masih memegang kejap bahunya supaya Ali tak boleh lari.Pintu automatik gym itu terbuka dan BoBoiBoy akhirnya menapak keluar dari gym itu.

Adoptive SiblingsWhere stories live. Discover now