File 25: [Talk]

564 69 8
                                    

(In which the future technician and the young master had the past talk)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seminggu dah berlalu sejak perang dingin tersebut. Hubungan Ali dan BoBoiBoy sekarang dah membaik. Kena piat telinga jugaklah Upin Ipin dengan Ali lepas diaorang mengaku salah haritu.

Hari cuti,Ali berada di ruang tamu,tengah siapkan buku report dia. Sedar tak sedar,dah tinggal sebulan.

Ali menghela nafas kecil sebelum menutup fail dalam tabletnya dan terus membuka plan blueprint yang dia selalu guna untuk buat blueprint random kalau dia bosan.

Setakat ni,cuma Viktor sorang yang dia bagi tengok.

Ali merenung satu blueprint yang dia dah lama buat dan simpan. Dalam banyak² blueprint yang dia dah buat,dia paling suka yang ni.

...: Apa tu?

Suara yang tiada mukadimah menyapanya itu membuatkan Ali tersentak,hampir nak terbaling tablet dia. Dia menjeling kearah Tuan Muda yang baru selesai mandi itu. Dia hanya buat muka innocent.

Ali: Blueprint.

BoBoiBoy duduk disofa bersebelahan dengan Ali. Rambutnya masih basah dilap dengan tuala kecil.

BoBoiBoy: Projek apa?

Ali: *diam sekejap*.....Projek sendiri.

BoBoiBoy: *pandang Ali* Ciptaan sendiri?

Ali: *geleng* Mama aku tolong.

BoBoiBoy: Mak kau pun suka reka cipta ke?

Ali: Ha'ah. Dia pun salah seorang technician dekat syarikat ayah aku.

BoBoiBoy: *angguk* Ouhhh...Paham.

Suasana senyap sebentar diantara mereka.

Ali:Kau....nak tau kenapa aku tak suka gelap?

Terus BoBoiBoy memandang Ali.

BoBoiBoy:Ehem- Kalau kau selesa nak bagitau,bagitaulah. Aku tak nak paksa kau.

Ali hanya tergelak kecil sebelum menarik nafas yang dalam,mengimbau kembali kenangan sepahit fakehope yang berlaku dulu.

Ali:Dulu,aku suka reka barang sebab aku nak ikut jejak langkah Mama aku. Cuma dia,ayah aku,dan Viktor je hanya tau aku suka mereka cipta.

BoBoiBoy mengangguk,fokus dengan cerita Ali.

Ali: Sampailah ada haritu,cikgu aku suruh aku join pertandingan reka cipta peringkat sekolah rendah secara terbuka. Kalau tak dulu,aku masuk senyap² je. Tapi lepas aku menang tempat pertama,lagi banyak yang aku masuk sebab cikgu aku suruh.

BoBoiBoy: *angguk**secret proud smile* Baguslah kalau macam tu. Jadi,kau memang dah mula sejak sekolah rendah?

Ali: *angguk* Peringkat sekolah,peringkat bandar,semua aku masuk. Semua ciptaan aku sendiri dengan bantuan Mama aku lah biasanya.

BoBoiBoy: *angguk lagi* ....Jadi apa yang berlaku?

Ali menghela nafas panjang sebelum membuka cerita.

Ali: Aku ada sertai satu pertandingan reka cipta awal sekolah menengah dulu. Aku reka hoverboard yang tak gunakan roda, dan benda tu.....Aku ambik masa sangat nak buat..

BoBoiBoy mengangguk,menunggu sambungan daripada Ali. Melihatkan daripada wajah suram itu, BoBoiBoy yakin ada sesuatu yang dah berlaku.

Ali: Seminggu sebelum kejadian,aku kena kurung dalam stor. Lampu rosak,tingkap pun tak boleh nak bukak. Aku panik,sebab barang aku tak kunci dalam loker lagi. Telefon aku semua ada kat sana. Aku menjerit minta tolong sampai malam. Sampai aku tak nampak apa².

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adoptive SiblingsWhere stories live. Discover now