(In which today is the future technician first day of internship and 'someone special' guide him)
.
.
.
.
.
Jeng! Jeng!Bermulalah hari pertama Ali untuk memulakan internship dia di syarikat paling berjaya dalam negara-
Sejujurnya,dia rasa seram sejuk. Dia banyak kali cuba ingatkan diri dia supaya jangan gelabah atau malukan diri dia.
Harini nasib baik Ochobot tolong kejutkan dia,hantarkan sarapan,pilihkan baju yang sesuai dengan dia dan sebagainya.
Kalau nak harapkan dia memang berselubung dalam selimut lagilah nampaknya.
Sekarang ni,dia berada dihadapan penthouse,dimana dia diberitahu oleh Ochobot ada kereta syarikat yang akan mengambilnya dan akan mengiringinya untuk hari pertama internship.
Ali: *tak duduk diam* Harap-haraplah aku dah ada semua yang diperlukan....*tengok jam* Lagi lima minit..
Jam sekarang sudah menunjukkan 7.55pagi.Masa bekerja bermula pada 9 pagi menurut daripada jadual yang Ali dapat. Bunyi deruman enjin kereta membuatkan Ali terus bangun dan melihat kereta hitam menuju kearahnya dan berhenti tepat dihadapannya.
Cermin ditempat duduk sebelah pemandu terbuka dan seorang lelaki berambut coklat berada di tempat duduk pemandu menyapanya.
...: Ali bin Ghazali?
Ali: Er...Ya saya?
Pintu belakang dibuka secara automatik.
Sai: Saya Sai,pemandu peribadi Tuan BoBoiBoy dan sekarang akan jadi pemandu peribadi bagi tuan. Sila masuk sekarang.
Ali: Er...Panggil saya Ali je. Tak payah bertuan. Rasa kekok lah.*sweatdropped*
Sai: Baik Ali.
Tingkap itu tertutup dan Ali terus masuk kedalam kereta tersebut. Dia menghela nafas perlahan sebelum meletakkan begnya disebelah....
Dan dia perasan ada orang lain disebelahnya.
...:Selamat pagi.
Ali: WARGH!!
Ali terhantuk dekat cermin kereta bila dia terkejut dan kereta itu bergerak pada masa yang sama.
Ali: Adudududuhhhh-*usap kepala sendiri*
Ali melihat orang disebelahnya, menyangkakan bahawa pengurusnya ada dekat sebelah.
Tapi lepas tu Ali rasa nak tanam kepala dia 30 kaki dalam tanah.
Dekat sebelah dia sekarang adalah CEO Mecha-Elemental,Tuan Muda BoBoiBoy.
BoBoiBoy disebelahnya tidak berkata apa² dengan kejadian yang tadi.
Dia nampak sangat berkarisma dengan seluar slack hitam,kemeja putih dengan vest hitam dan kot tersangkut dibahunya.
Dia hanya memandang Ali dengan pandangan Ali tak pasti nak tafsirkan macam mana.
Ali: T-Tuan..So-M-Maaf...*kelam kabut minta maaf*
Tapi BoBoiBoy hanya mengangkat tangannya sekaligus mendiamkan Ali.
BoBoiBoy: Tak apa. Jangan minta maaf.
Ali: *tunduk*
Kereta itu masih lagi bergerak dan mereka berdua dilanda keheningan.
Tak lama lepas tu, BoBoiBoy mula bersuara.
BoBoiBoy: Ehem,Ali bin Ghazali?
Ali: Y-Ya saya.
BoBoiBoy:*tengok tablet* Disebabkan harini hari pertama jadi saya akan iringi awak untuk harini supaya awak lebih faham macam mana syarikat saya berkerja.

YOU ARE READING
Adoptive Siblings
FanficMecha-Elemental adalah sebuah syarikat teknologi yang canggih dan digeruni oleh semua pesaingnya. Hal ini juga kerana CEO kepada syarikat itu adalah remaja 17 tahun yang boleh dikatakan luar biasa. BoBoiBoy bin Amato,17,CEO termuda dalam sejarah. Te...