The Beginning

1.4K 60 2
                                    

Pada waktu rehat adalah waktu untuk berbual dengan rakan-rakanku...walaupun aku tak seberapa mesra meskipun telah bersahabat setahun,namun mereka masih menerimaku sebagai rakan...
Masih aku ingat apa yang kami bualkan...
"Nurul(nama bukan sebenar aku),sudah setahun kita berkawan,tapi kau masih berdiam diri kalau bersama kami..."kata salah satu rakanku,Yati...
"Biasalah...saya ni pemalu..."
"Janganlah malu dengan kami...kita kan sama-sama perempuan...buat apa mau malu?"kata rakanku Farhana...
Aku hanya tersengih bagaikan orang bodoh..memang bukan seorang dua sahaja yang mengatakan aku pendiam,bahkan guru-guru juga mengatakan hal yang sama...kadang2 terasa bosan mendengar ayat yang sama setiap hari,tapi aku hanya pendam perasaan itu...
Tiba2 perhatianku tertangkap dengan satu kelibat...kelibat yang aku kenal,ya dialah romeo dalam kisah ini...namanya Nizam,dan aku telah mengenalinya sejak tingkatan satu...orangnya tidaklah sekacak mana,namun dia seorang yg bijak dan baik hati...

Nizam sibuk berbual dengan rakan lelakinya,dia kelihatan ceria sekali...jarang aku dapat melihat personalitinya sebegitu...
"Hey Nurul,tengok siapa tu?"sapa rakanku,Yati...aku terkejut dengan sapaannya itu...
"Tiadalah...cuma termenung..."kataku ringkas.aku tak mahu mereka mengetahui aku merenung Nizam,nanti pelbagai cerita merepek tersebar...

*maaf sekiranya ini sangat singkat,saya baru dalam wattpad dan saya juga sibuk belajar untuk SPM,jadi cukup untuk bahagian ini,saya berusaha untuk meneruskan cerita ini...enjoy!*

My Sad Love StoryWhere stories live. Discover now