1 Month

721 35 0
                                    

Sudah sebulan kami bercinta,syukur tiada masalah dengan percintaan kami.
Namun aku ada masalah dengan rakan-rakanku...
Suatu hari,aku tidak dapat datang ke sekolah disebabkan aku sakit perut...pada masa yang sama,aku juga telah ditugaskan untuk membawa bahan masakan untuk kelas ERT...aku tidak tahu apa yang berlaku,tapi rakan-rakanku enggan menegurku keesokan harinya...aku tak mengerti apa yang telah berlaku,tapi aku sedar salahku kerana tidak menepati janji...aku sekali lagi meluah kepada Siti,satu-satunya rakan yang sudi mendengar keluhan hatiku...
"Sebenarnya mereka dimarahi oleh guru kerana tidak mempunyai bahan masakan...sebab itu mereka marah,kau tidak menepati janji..."
Katanya..
"Tapi aku sudah beritahu mereka aku sakit perut dan tak dapat datang ke sekolah kelmarin...aku bukan sengaja...kenapa mereka marah sangat sampai tak mahu menegurku?"kataku protes...aku menanggap mereka salahkan aku hanya kerana hal yang kecil...
"Takpe...nanti saya beritahu mereka tentang itu..."kata Siti..
"Terima kasih,Siti....kau lah rakan baikku..."aku segera memeluknya,namun dia enggan dipeluk lama-lama...aku pun hairan,mengapa dia bersikap begini??
Tapi aku tak berburuk sangka,dia adalah rakan baikku...

Seperti biasa,diwaktu malam aku dan Nizam bersms lagi...aku mengadu padanya mengenai rakan-rakanku yang memarahiku hanya kerana hal kecil...sama seperti Siti,dia juga menenangkan aku...
Agar kami tidak berfokus dengan benda yang remeh temeh,kami sering bersoal jawab tentang diri masing2...yang paling sweet sekali,dia pernah bertanya kepadaku mengapa aku memilihnya sebagai kekasih...jawabku:
"Lelaki yang baik untuk wanita yang baik..."
Dia terdiam seketika,aku menanti jawapannya dan dia membalas:
"Terima kasih kerana menanggap saya lelaki yang baik...kau juga seorang puteri yang cantik dan baik..."
Hatiku berbunga-bunga melihat jawapan itu...aku tersenyum sendirian bagaikan orang gila...haih,itulah cinta,semuanya jadi indah...

My Sad Love StoryWhere stories live. Discover now