Meskipun aku dilayan macam pendatang asing,aku tabah untuk pergi ke sekolah...aku datang awal ke sekolah...setibanya aku dikelas,aku dilihat macam orang yang paling berdosa sekali...rakan perempuan mulai mendekatkan diri masing2 dan berbisik ke telinga sesama sendiri...ada juga yang melihatku dengan sinis...aku tak tahan dilayan seperti ini...aku keluar semula,mencari tempat yang selesa...
Aku menyendiri di belakang surau sekolah...aku rasa ingin menangis,tapi aku cuba untuk tenangkan diri...tiba-tiba ada beberapa pelajar perempuan lain menyapaku...
"Nurul,apa yang kau buat disini??"kata rakanku dari kelas 2A,Muhaini...
"Tiada apa-apalah...cuba mahu tenangkan diri..."kataku tanpa memandang kearahnya...Muhaini mendekatiku...
"Mari kita masuk dalam...nanti ada orang nampak pula kau disini..."katanya lembut...aku dengan perlahan berdiri dan mengikutinya masuk ke dalam surau...
Di dalam surau,aku dapat rasakan ketenangan hati...selain Muhaini,terdapat beberapa pelajar perempuan sekitar 5 orang berada di dalam surau untuk mengerjakan solat zuhur....aku duduk dekat Muhaini..."Kenapa kau menyendiri,Nurul??mana rakan-rakan kau??"tanya Muhaini...aku hanya memandang ke bawah...
"Aku sudah tidak mempunyai rakan lagi...semua dah tiada.."kataku..
"Kenapa??mereka memulaukan kau??"
Aku hanya mengangguk...
Aku terlihat wajah Muhaini seolah-olah dalam dilema..."Sebenarnya,saya ingin memberitahu kau sesuatu..."kata Muhaini...aku hanya memandang wajahnya...
"Kelmarin saya ada terdengar mengenai kau...rakan-rakan kau kata kau ni suka seseorang,betul ke?"
"Aku tak pasti...aku tak tahu apa yang mereka cakap...semua lari dariku macam aku ni hantu...aku nak dengar apa yang mereka cakap pasal aku..."
Muhaini menarik nafas perlahan...dia memulakan cerita..."Cerita ni dah lama aku dengar...terus-terang aku cakap,aku tak percaya dengan berita yang mereka cakap pasal kau...aku harap kau tak terkejut bila aku sampaikan pada kau..."
"Cakap sahaja,Muhaini...aku nak dengar..."
"Mereka kata kau ni lesbian...kau minat sejenis...mereka kata kau suka dengan Amanani,rakan baik kita...Amanani tak percaya dengan semua itu...dia sangat kecewa dengan sikap rakan-rakan kau yang suka membuat fitnah...semalam dia menangis...dia tak sanggup menjadi bahan fitnah orang lain...kalau perkara ni berterusan,dia akan pindah sekolah..."
Aku tergamam...tak sangka rupanya itu perbualan hangat mereka selama ini...patutlah,satu persatu orang memulaukan aku...
"Siapa yang mulakan cerita ni,Muhaini??siapa??"
"Aku dengar Siti lah orangnya...aku tak tahu kenapa dia sanggup reka cerita mengarut ni,sehingga hampir semua orang percaya dengan kata2 nya...dia kata dia ternampak kau berdua sangat rapat,dan kononnya dia mencurigai kau berdua ada hubungan sulit...."
"Ya Allah...mengapa sampai hatinya buat aku macam tu??apa salahku padanya??" Bisik hatiku...
"Aku yakin kau bukanlah seorang yang minat sejenis...aku kenal kau sejak sekolah rendah lagi,mustahil aku percaya kau macam tu..."
Aku hanya mendiamkan diri...aku rasa sangat kecewa...tak sangka,sahabat yang paling aku rapat rupa2nya menikam aku dari belakang...cuma sekarang aku masih berfikir,apa motifnya sebarkan fitnah macam tu??
Selesai mengerjakan solat zuhur,rakan2 Muhaini turut kasihan dengan apa yang sedang berlaku padaku...mereka hanya mampu memberikan kata2 semangat...aku terharu dengan mereka,sebab tidak mempercayai fitnah itu dengan mudah...
Aku kembali semula ke kelas...aku buat2 tak hirau dengan pandangan sinis rakan sekelasku...Siti yang biasanya memandang aku sebelum ini buat2 macam tak pernah kenal aku...mungkin dihatinya berasa amat lega kerana dapat menjatuhkan air muka ku di sekolah...aku hanya bersabar,tidak mahu keadaan bertambah teruk...
YOU ARE READING
My Sad Love Story
Teen FictionSebuah kisah cinta yang tak akan pernah ku lupakan. Cinta pertama ku...yang berakhir terlalu pantas. 💔