How its goes

995 42 0
                                    

Hari demi hari,perasaan ini semakin bercambah...entah mengapa,Nizam begitu menarik perhatianku...pernah aku bertanya pada diriku sendiri,mengapa dia begitu menarik perhatianku?

Seperti yang aku katakan,Nizam tidaklah sekacak mana...orangnya hitam manis...namun,apa yang menarik perhatianku ialah akhlaknya...dia bijak,baik hati dan yang paling penting dia taat kepada perintah agama...dia selalu lewat masuk ke kelas selepas rehat kerana dia menunaikan solat di surau sekolah...biasanya alasan yang sering aku dengar ialah melepak...aku percaya Nizam remaja lelaki yang baik...aku kagum dengannya...aku ingin berkawan dengannya kerana aku ingin menumpang kebijaksanaan dalam Matematik...Namun semua itu terhalang kerana sikap malu pada diriku...

Aku mengadu pada rakan baikku Siti mengenai perasaan ku kepada Nizam...
"Lebih baik kau beritahu dia secepat mungkin...takut nanti kau akan kecewa kerana hati dia telah dimiliki..."itulah kata Siti...dia rakan yang baik,sentiasa memberiku semangat...Benar katanya,mengapa aku harus menyimpan perasaan ini secara berterusan???kelak aku juga yang akan merasa kecewa sekiranya dia telah dimiliki...

My Sad Love StoryWhere stories live. Discover now