Seperti yang aku nanti-nantikan,exam penggal kedua bermula hari ini iaitu hari Isnin...aku masih melihat sekeliling,harap aku ternampak kelibat Nizam...aku berasa lega,kerana dia hadir juga ke sekolah...tapi yang membuatkan aku sedih,wajahnya tidak semanis sebelum ini...sepanjang hari dia muram,dan langsung tidak memandang ke arahku...
Manakala si penyebar berita itu,Siti kelihatan sangat gembira apabila Nizam kembali ke sekolah...dia berusaha sedaya upaya untuk berbual dengan Nizam,tapi haram sepatah pun Nizam tak layan...aku hairan,Siti sangat gembira bila jumpa Nizam...tapi rasa2nya aku boleh agak kenapa dia buat gosip mengarut tu...
Aku rasa Siti ada menyimpan perasaan terhadap Nizam...tapi dia tak dapat luahkannya sebab aku...mungkinkah itu motifnya menyebarkan berita itu???
Aku sering berfikir pasal itu...tapi aku tak mudah untuk meluahkannya pada orang lain...aku ingat pesan cikgu Salmah...aku tak mahu ia berlaku sekali lagi...aku hanya mendiamkan diri,cukup sekadar pengetahuanku sahaja...
Hubungan aku dengan Nizam berlalu begitu sahaja...selepas minggu exam habis,tak lama lagi cuti akhir tahun...aku rasa mungkin aku tiada masa untuk meluahkannya kepada Nizam...biarlah,aku juga tahu dia seolah-olah enggan bercakap dengan aku...aku tak suka paksa dia untuk bercakap dengan aku,biarlah kalau dia benci,bencilah...aku sedar aku siapa...aku ni pengkhianat bagi dia...aku biarkan dia pergi walaupun aku masih sayang padanya...
YOU ARE READING
My Sad Love Story
Подростковая литератураSebuah kisah cinta yang tak akan pernah ku lupakan. Cinta pertama ku...yang berakhir terlalu pantas. 💔