Sudah seminggu berita panas pasal aku tersebar,aku akhirnya dipanggil ke bilik kaunseling...aku tak gentar untuk berhadapan dengan guru kerana prinsip aku ialah "berani kerana benar,takut kerana salah.."
Sampai sahaja aku dipintu bilik kaunseling,aku mengetuk dan memberi salam...salamku dijawab oleh cikgu Salmah,guru kaunseling sekolahku...dia menjemputku untuk masuk dan mengambil tempat duduk di hadapannya...
"Kamu tahu kenapa kamu dipanggil ke sini???"itulah pembuka bicara kami pada petang itu...
"Tahu,cikgu..."jawabku ringkas...
"Cikgu sebenarnya ada terdengar pasal berita panas kamu...sekarang cikgu nak tanya,adakah berita itu benar atau tidak???"
"Tidak...saya tahu itu bukan benar pasal saya...itu cuma fitnah..."
"Kalau itu fitnah,kenapa cikgu dengar ada orang kata itu semua dari mulut kamu sendiri?"
Aku mula buntu...apa lagi yang Siti ceritakan pada umum ni??apa lagi yang di tokok-tambahnya???
"Saya jujur,cikgu...berita itu bukan dari mulut saya...tak pernah terlintas difikiran saya untuk mengaibkan diri saya sendiri depan orang ramai..."kataku dengan nada protes...aku mahu buktikan berita itu 100% palsu...
Cikgu Salmah terdiam seketika...kemudian,dia kembali bersuara...
"Nurul,cikgu faham situasi kamu sekarang...manusia memang selalu melakukan kesalahan...macam orang putih kata.'nobody is perfect'...cikgu percaya kata-kata kamu...mana mungkin ada orang mahu mengaibkan dirinya sendiri pada orang lain...kadang2 Nurul,kita tak boleh percaya orang dengan mudah..."
Aku hanya menundukkan kepala...perasaan hiba mulai memenuhi ruang hatiku...
"Saya tahu,cikgu...saya mudah percaya rakan dan saya sering mengadu masalah saya pada mereka...tapi jauh di sudut hati saya,saya sangat percaya pada mereka...saya tak sangka rakan saya sanggup buat macam ni pada saya..."
Aku mulai menitiskan air mata,namun aku berusaha untuk tidak membiarkan ianya jatuh..."Nurul,kamu janganlah terus bersedih...yang lepas,biarlah pergi...yang paling penting,kamu takkan izinkan ia berlaku buat kali kedua...cuma disini cikgu ingin tegaskan,jangan mudah percaya pada orang...kita tidak tahu macam mana penerimaan mereka tentang cerita kita...ada sebilangannya mengambil kesempatan untuk menikam kita dari belakang..."
Aku hanya mengangguk tanda aku setuju dengan kata-kata cikgu Salmah...sebelum aku kembali ke kelas,aku sempat bersalam dengan cikgu Salmah dan dia memberikan aku semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang murid...Bercerita tentang Nizam,aku tak tahu apa sudah khabarnya...sudah seminggu juga dia menghilangkan diri tanpa alasan...sms pun dia sudah tidak melayan...aku kecewa dengan Nizam,ternyata dia juga percaya bulat2 dengan fitnah itu...
Peperiksaan penggal kedua akan bermula minggu hadapan...aku masih berharap Nizam kembali ke sekolah...kalau ada kesempatan,aku mahu beritahu dia tentang fitnah itu...
YOU ARE READING
My Sad Love Story
Teen FictionSebuah kisah cinta yang tak akan pernah ku lupakan. Cinta pertama ku...yang berakhir terlalu pantas. 💔