Bunyi deringan telefon buat Nadiah yang hampir terlelap sedikit tersentak. Layan sakit hati punya pasal, sampai mengantuk dia dibuatnya. Jam baru menunjuk ke angka 9 malam tapi dia dah hampir nak tidur.
Nama Fira tertera di skrin telefon. Fira teman baik dia di kampus. Sejak berkerja ni, mereka jarang bertemu sejak masing-masing dan mula dibebani komitmen. Nak jumpa mungkin sebulan sekali.
"Hello, Fira?"
"Err Hello Nad, sorry ganggu kau. Dah tidur ke?" Fira kelihatan teragak-agak di talian.
"Aku nak tidur. Kenapa ni?" Nadiah bangun meraup rambut.
"Boleh kau datang kat aku sekejap? Aku rasa ada sesuatu yang perlu kau tengok sendiri." Fira berkata lagi. Nadiah kerut dahi.
"Apa kau ni? Cakap je lah kat phone."
"Aku takut kau tak percayakan aku. Baik kau datang tengok sendiri."
"Sejak bila aku tak percayakan kau, Fira? Kau ni jangan buat lawak boleh tak?" Nadiah cuba berjenaka tapi tiada tawa dibalas Fira dari sana.
"Ada apa ni?" Nadiah kembali menyoal.
"Aku send kau location. Kau datang ya. Maaf ganggu kau."
"Kalau kau dah cakap macam tu. Aku datang." Nadiah senyum tipis. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.
"Alright."
Ting!
Satu pesanan masuk, dan location sebuah restoran mewah dihantar Fira padanya. Tak menunggu, Nadiah terus bersiap ala kadar. Mungkin apa-apa kejutan yang ingin dibuat Fira padanya. Nakal sahabatnya seorang itu bukan boleh kira.
'Aku dah sampai. Depan pintu restoran.' - Nadiah.
Satu pesanan dihantar kepada Fira. Tak lama telefonnya berbunyi menandakan pesanannya dibalas Fira.
"Kau jalan terus ke depan, belok ke kiri, ruang VIP. Ada sesuatu yang kau patut tengok kat situ." - Fira.
Nadiah kerut dahi, dalam tertanya-tanya dia melangkah juga mengikut arah diberitahu sababatnya. Lorong kiri dituju dan matanya menangkap signboard ruang makan VIP. Masuk sahaja ke dalam ruang itu, matanya terus melilau mencari Fira
Dalam ralit memerhati segenap ruang. Matanya terhenti pada satu pasangan yang sekarang sedang ralit berbual dalam dunia mereka sehingga tidak sedar kehadirannya disitu. Nafas Nadiah berombak kencang. Panas mata hingga ianya berair melihat tangan mereka berdua bersatu di atas meja.
Lagi-lagi senyuman lebar Affan mengelus jemari Farah. Sakit, terlalu sakit hingga jatuh air matanya melihat adegan itu. Dia pernah membayangkan semua ini, dikala hubungan Affan dan Farah semakin hari semakin dekat. Tidak sangka bayangannya selama ini satu kebenaran.
Sekarang dia faham sakit yang pernah dialami ibunya dahulu. Tidak terkata hingga akalnya memerintah dia melakukan sesuatu memuaskan hatinya.
Kosong akal Nadiah melangkah ke satu arah. Mata berkaca melihat dua susuk manusia itu dari jauh. Hingga dia berhenti di satu meja. Tangan mencapai gelas yang ada di meja makan yang dihuni dua orang jejaka. Terketap-ketap gigi melihat wajah bahagia Farah disamping kekasihnya.
Baru sahaja dia angkat gelas di meja itu dan ingin melangkah mencurah air ke muka orang-orang itu. Langkah Nadiah terhenti.
Kalau dia lakukan semua itu apa yang dia dapat?
Malu? Ya dia malu. Kerana kalah dengan seorang perempuan yang sudah berjaya merampas haknya. Apa bezanya kalau dia mengamuk melepas segala amarahnya. Dia tidak akan dapat apa-apa. Mungkin sakitnya lebih parah jika Affan membela Farah lebih darinya.
YOU ARE READING
NAD
RomanceNadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaimana selalu ada kebetulan di antara mereka. Dia yang memujuk. Dia juga yang membantu. Kebetulan demi...