BAB 10

4.9K 708 36
                                    

"Aku tak akan keluar. Ini rumah aku! Rumah ni ibu aku bayar tiap bulan sampai habis! Kau tak bayar apa-apa, dengan tak sedar diri tiba-tiba datang tuntut? Kau tak malu ke?"

"Nadiah sudah..." Puan Suraya kelihatan lelah menghentikan amarah anaknya.

"Aku peduli apa? Rumah ni tetap atas nama laki aku. Kau berdua boleh berhambus cari rumah lain!" Anita pula tak mahu kalah, sama-sama naik suara menengking.

"Betina sial ni!"

"Nad sudah..." Dari menahan tubuh Nadiah, Puan Suraya tiba-tiba rebah di lantai. Lututnya bergetar tak kuat untuk berdiri lagi.

"Ibu!" Nadiah terus berpaling mendapatkan ibunya. Puan Suraya kelihatan begitu lemah mahu berdebat lagi.

"Alah, berlakon sakit macam tu kau fikir kami kesian ke?" Anita dengan suara angkuhnya.

"Aku dan ibu aku tak pernah tagih simpati daripada manusia tak berhati perut macam kau orang. Tak pernah!" Nadiah menahan sabar.

"Kalau macam tu keluar sekarang." Tangan Razif diangkat menunjuk muka pintu. Tidak ada sekelumit simpati pada bekas isteri serta anaknya. Saat itu juga mata Nadiah turut bergerak mengikut tangan lelaki itu, hingga matanya tertacap pada satu susuk sedang berdiri tegap di hadapan muka pintu rumahnya.

Mata itu terus membesar.

Faisel?

Kenapa lelaki itu boleh ada kat sini? Dan macam mana lelaki itu tahu dia tinggal di sini?

"Nadiah." Sudah tak tahan menjadi pemerhati, akhirnya Faisel melangkah masuk. Melintasi dua batang tubuh itu hingga dia sama-sama duduk memegang tubuh Aunty Suraya yang sekarang berada di lantai.

"Fa...Faisel?" Nadiah tergagap-gagap. Terkejut sampai dia tak tahu apa yang patut dia kata sekarang.

"Jom ikut saya balik. Bawa ibu awak sekali." Pandangan mata Faisel dingin dihantar kepada Anita dan Razif.

"Tapi ni rumah..."

"Rumah ni dah jadi sampah. Dia cuma kutip sampah yang awak buang. Itulah perangai perampas. Samalah macam perempuan tu. Kutip sampah yang dah orang pakai." Anita rasa dihentam dengan mulut pedas Faisel.

"Tapi..."

"Jom, ibu awak pun tak larat nak layan syaitan berpenyakit macam dia orang." Faisel bantu Aunty Suraya berdiri.

"Faisel datang dengan siapa?" Lemah Aunty Suraya menyoal anak sahabatnya.

"Dengan mama. Mama dah tunggu dalam kereta. Aunty ikut Faisel balik ya?" Pujuk Faisel lembut.

Sekali lagi Nadiah kerut dahi. Macam mana lelaki ni boleh kenal ibu dia pula? Mam? Ibu dia kenal mama Faisel ke? Lelaki ni siapa sebenarnya?

"Huh!" Anita palingkan muka penuh menyampah melihat renungan tajam Faisel.

"Saya jumpa bermacam jenis manusia dalam hidup saya. Tapi percayalah, ini kali pertama saya jumpa manusia tak berhati perut macam korang berdua. Tak, ini bukan tak berhati perut, ini lebih kepada tak tahu malu."

"Hak yang orang lain perjuangkan pun kau orang nak rampas. Tak cukup kebahagiaan dia yang kau rampas dulu. Narcissistic."

Mencerlung mata Encik Razif memandang Faisel yang lantang menghinanya. Siapa budak lelaki ni? Angkuh betul bercakap!

"Jom, Nadiah." Seperti lembu dicucuk hidung. Nadiah akur sahaja mengikut kata Faisel. Sempat dia capai beberapa barangan penting termasuk mengemas beberapa helai baju-baju dia dan ibu sebelum mereka keluar dari rumah itu.

Masuk sahaja ke dalam kereta Faisel, Nadiah seperti orang bingung. Mereka dah kenal lama ke? Kenapa dia seorang seperti tidak tahu apa-apa di situ?

Melihat Datin Noor yang menyoal gusar keadaan ibunya dan melihat Faisel membalas setiap soalan mamanya. Nadiah terkebil-kebil. Mereka ni siapa?

NADWhere stories live. Discover now