BAB 9

5K 810 63
                                    

Kini mereka bersua tiga pasang mata. Nadiah tetap tenang tidak menunjukkan amukan atau terkilan dengan nasibnya yang ditinggalkan bakal tunang sendiri di majlis pertunangan. Lihat wajah mereka pun dia sudah muak.

Farah menunduk. Affan pula sedang berfikir bagi menyusun ayat terbaik. Kopi di atas meja masih lagi berasap. Sarapan pagi disediakan restoran masih belum disentuh. Masing-masing diam menunggu sesiapa yang mulakan bicara.

"Nad, saya minta maaf." Hanya itu ayat pertama yang keluar dari mulut Affan.

"Awak dah jatuh cinta dengan Farah?" soalan Nadiah berbaur sinis seperti Farah gadis hina di matanya.

Affan dan Farah sama-sama terdiam sejenak.

"Dan kau, Farah. Haih... Kau punya fetish memang orang punya ke?" Sempat Nadiah geleng kepala di hujung ayat.

"Nad! Farah tak salah dalam hal ni." Affan membela.

"Aku tak cakap siapa salah siapa betul. Bagi aku curang dan rampas ni pilihan masing-masing. There's no smoke without fire. Kalau salah satu tak bersungguh, it won't turn out like this. Both of you were fully aware of what you were doing. You knew it would hurt me, yet somehow that didn't seem to stop you."

"Even so, thanks to you, Farah. At least aku tak jatuh ke tangan lelaki yang salah." Sinis.

Farah dan Affan serentak rasa terpukul. Melihat tingkah tenang Nadiah, mereka sepatutnya rasa lega malah sebaliknya. Hati masing-masing terluka dan tidak puas hati.

"Kami datang cuma nak minta maaf. Tak perlu provoke kami macam ni! Tahulah kau terluka tapi semua ni takdir dan jodoh tuhan. Kau kena terima ketentuan, Nad! Lagipun aku dah... Aku lebih perlukan Affan daripada kau..." Tiba-tiba Farah teresak-esak.

Mata Nadiah jatuh melihat Farah mengusap perutnya yang kempis.

"Farah. Please stop crying. Awak dari semalam menangis tak berhenti. Saya tak akan tinggalkan awak dalam situasi ini. Tolong jangan takut lagi... Please..."

Tak percaya Nadiah dengar suara lembut Affan memujuk Farah di depan matanya sendiri. Tangan lelaki itu naik memegang bahu Farah untuk menenangkan wanita itu.

"Aku minta maaf, Nad... Kami terlanjur dan sekarang aku mengandung. Aku dah cuba tak nak bagitahu Affan tapi semalam aku takut... Aku takut dengan nasib aku dan anak aku..." Farah tersedu-sedu meminta maaf. Gayanya seperti Nadiahlah penjahat di situ.

Nadiah tak terkejut. Kosong sahaja pandangannya memandang esak tangis Farah." Tak apalah. Tak perlu minta maaf lagi. Sorry becomes meaningless when trust has been broken. Aku boleh maafkan kau orang, tapi aku tak janji yang aku boleh ikhlaskan perbuatan kau orang."

"Then it's okay. Sekurang-kurangnya kami berani bersemuka dan meminta maaf daripada awak," sambung Affan pula. Nada bicaranya dipenuhi ego.

Nadiah tatap pula wajah itu. Wajah yang dulunya dia angankan kebahagiaan bersama. Wajah itu jugalah menghancurkan segalanya. Tak sangka dulu kita manis bercinta, hari ini kita sudah bukan sesiapa. Malah dengan lagak lelaki paling bertanggungjawab, kau hancurkan sekeping hati ini tanpa berselindung dengan perempuan lain.

Siap mengandungkan perempuan itu?

Kalau masuk anugerah pelakon terbaik. Kau berdualah pemenangnya.

Ditambah lagi anugerah bonus. Manusia paling munafik!

"I think we are done today. Aku tak nak ada apa-apa urusan dengan kau orang lagi. Selamat pengantin baru dan selamat menjadi ibu. Aku harap kau tak diduakan...." Nadiah terus tolak kerusi. Kemudian dia pandang dua makhluk itu sejenak. Masih tidak percaya dia dikhianati orang yang paling dekat dengannya selama ini.

NADWhere stories live. Discover now