BAB 8

4.5K 680 23
                                    

"AMBOI, Datin Noor, cantik macam dia pula yang nak pergi bertunang." Faisel mengusik mamanya kelihatan cantik berdandan dan mengenakan baju kurung bewarna biru laut pada tubuhnya.

"Eh cantik sangat ke, Faisel? Mama tukar bajulah macam tu." Datin Noor berura-ura mahu berpaling menukar baju tapi tangannya ditahan Faisel.

"Tak ada beza pun kalau mama tukar baju pun." ujar Faisel tenang.

Dahi Datin Noor berkerut. "Kenapa? Baju mama semua terlalu menonjol ke? Seganlah mama." Sejak dua menjak ini dia segan mahu memakai baju yang terlalu eye-catching. Mahu besederhana sahaja.

"Tak. Sebab mama cantik. Pakai apapun tak ada beza. Cantik tetap cantik."

"Ish, Faisel! Betul-betullah!" Bahu Faisel ditampar Datin Noor. Suka sungguh menyakat orang anak sulong dia seorang ini. Mesti menurun daripada arwah bapa dia.

"Jomlah, mama. Nanti lambat anak kawan mama tu dah siap bertunang." Faisel hulur tangan kepada mamanya.

Datin Noor hela nafas panjang. Dia tatap Faisel lantas bibir itu perlahan-lahan melorek senyum sambil dia geleng kepala beberapa kali. Ada-ada sahaja Faisel ni.

Tangan diletak di atas tapak tangan anaknya dan mereka sama-sama berpimpin tangan keluar dari rumah agam itu. "Faisel tak ada rasa nak bercinta lagi?" soal Datin Noor tiba-tiba.

"Mama dah cukup dalam hidup Faisel." jawab anak itu.

"Tapi mama sunyi kalau kita berdua sahaja."

Faisel tiba-tiba memberhentikan langkah. "Mama sunyi?" Wajah sedikit gusar.

"Tak! Maksud mama... Mama nak juga ada menantu perempuan dan cucu... Faiselkan selalu busy. Mama perlukan kawan juga."

"Ohh..." Faisel garu kening yang tidak gatal.

"Nantilah Faisel fikir."

"Asyik nanti dan nanti je. Fikirlah dari sekarang. Faisel tu makin lama makin tua tau! Karang tak ada orang yang nak." Datin Noor membentak.

"Aip, mama! Lelaki ni makin tua makin ramai yang nak, tahu? Mama cakap je berapa menantu mama nak. Empat orang pun Faisel mampu bagi." Faisel menyakat lagi.

"Besar sungguh angan kamu nak isteri sampai empat orang? Ini nak bercinta ke cari pekerja?" Lain macam."

Serentak itu Faisel ketawa terbahak-bahak. Dia sengaja mengusik. Suka mendengar mamanya mengomel macam dulu.

Sampai sahaja di rumah Aunty Suraya, Faisel hanya tinggal mamanya di luar pagar. Malas nak masuk, bukan dia yang bertunang. Lagipun mesti ramai kaum perempuan di sana. Tak ada kawan pula tu. Buat bosan je.

Mommy pula dari semalam sudah teruja nak ke rumah kawan baiknya itu. Katanya anak perempuan Aunty soraya ada bertunang hari ini. Sama hari dengan Nadiah yang turut bertunang hari ini.

Ingat soal itu, raut wajah Faisel berubah. Betul juga, hari ini Nadiah bertunang. Dia tidak tahu apa yang Nadiah cuba buat sekarang. Tapi hatinya kuat menyatakan perempuan itu sedang merancang sesuatu...

__________

"FAISEL..."

"Amboi, Nadiah. Dah nak tunang pun sebut nama lelaki lain? Faisel? Siapa Faisel?" Imani menyoal sepupunya. Tangan bergerak membetulkan solekan di wajah yang sudah cantik itu. Nadiah cantik, sangat cantik hari ini. Mana taknya, sebentar lagi sudah mahu bergelar tunangan orang.

"Aku teringatkan seseorang. Kau dah siap ke?" Nadiah tegak menilik wajah pada cermin di hadapannya. Sejenak dia tersenyum tipis.

"Dah siap. Dah cantik dah pun kau ni." Punya lama menunggu keluarga lelaki sampai sampai solekan di muka Nadiah terpaksa dibetulkan banyak kali.

NADWhere stories live. Discover now