BAB 12

7.2K 987 106
                                    

SEPANJANG mesyuarat Nadiah tunduk sahaja tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Nada suara Faisel di dalam bilik mesyuarat sangat berbeza dengan suara yang biasa dia dengar saat mereka berbual berdua. Tona suara Faisel kali ini kedengaran lebih tegas dan serius.

Sekejap Nadiah memberanikan diri memandang lelaki itu sekilas. Kemudian dia tunduk pura-pura sibuk mencatit sesuatu di buku notanya. Riak wajah Faisel bawa aura yang berbeza sampaikan Nadiah rasa mereka tidak pernah kenal sebelum ini.

Faisel yang ada di situ bukan Faisel yang dia kenal. Tetapi encik bos!

"Sebelum kita habiskan meeting kita harini, saya ada benda nak tanya." Faisel terlihat membelek-belek dokumen dihadapannya. Nadiah mula berdebar.

"Atila, I've noticed some problems in the quality reports di kilang NAKARA . Boleh explain kenapa? Report yang ada ni very confusing."

Gulp! 

Berpasir tekak Nadiah saat dia teguk air liurnya. Report tu. Dia yang buat. Maknanya dia yang kena jawab.

"Sorry, Tuan Faisel. It's not me handling the report, but Nadiah." jawab Atila. Serentak itu semua mata memandang ke arah Nadiah yang sudah berpeluh terkebil-kebil di situ.

Tak apa, Nadiah! Kau boleh jawab. Kau boleh!

Faisel tenung Nadiah menunggu jawapan. "Yes, Nadiah? Can you explain?"

"I apologize, Tuan Faisel. There might have been a misunderstanding in the last report. We faced a few issues during the quality checks. Mungkin itu sebabnya. " Betul, masa dia nak siapkan report itu, banyak betul dugaan sampai dia tak cukup rehat.

"Issues apa dan kenapa tak diselesaikan dengan cepat?" Nada suara Faisel tidaklah garang tapi masuk ke telinga Nadiah automatik rasa diri dia dijerkah dan dimarahi. Kerana Faisel yang dia selalu kenal dan Faisel yang ada di bilik itu berbeza! Sangat berbeza!

Ibu! Nadiah nak berhenti kerja esok!

"Nadiah?" Sedar wajah Nadiah yang berubah. Faisel ubah tona suara kedengaran lebih perlahan dan datar. Dia faham, banyak perkara terjadi pada gadis itu sejak semalam. Tapi apabila dia layan Nadiah berbeza di dalam bilik mesyuarat yang ada ramai pekerja lain, tak ke nampak memilih kasih?

Ikutkan perasaan peribadi, dia tidak sampai hati ingin menyoal lebih. Tapi dia sudah terlanjur menganggap report itu dibuat oleh pekerja lain. Tak sedar nama Nadiah terpampang di kertas report.

Nak tak nak, dia harus dapatkan jawapan dari Nadiah.

"We faced unforeseen issues with the testing equipment. Ada mesin rosak causing delays in the checks. We tried our best to resolve it quickly, but the repairs took longer than expected," jawab Nadiah. Dia tahu Faisel akan tanya banyak lagi. Tapi dia tidak yakin air matanya boleh bertahan atau tidak. Dia terlalu penat dengan kejutan.

Faisel hela nafas sambil dia pandang wajah redup itu. "Okay. I understand. Please ensure to keep me updated on the progress of resolving these issues. I'll call you on Thursday for an update. And don't forget to prepare the report as well." Faisel katup dokumen di hadapannya. Tanda dia sudah mahu menamatkan mesyuarat hari itu.

"Baiklah, Tuan Faisel." Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ringannya jantung Nadiah sekarang setelah berdetak  tidak henti dari tadi.

_______

SEKALI lagi Nadiah hantuk kepalanya di atas meja. Seluruh semangat kerjanya hilang. Lebih parah dari ditinggalkan oleh Affan.

"Alah, Nadiah. Sikit je tu. Tuan Faisel memang cerewet sikit kalau bab report ni." Kak Atila memujuk Nadiah yang nampak murung sejak tadi.

NADWhere stories live. Discover now