Nadiah teguk air liur. Dia bawa dokumen di tangan menghampiri atasannya. "Puan Masyitah?" serunya penuh berhati-hati.
Dengar sahaja namanya diseru, terangkat wajah tersangkut kaca mata itu. Aura garangnya makin menyerlah buat jantung Nadiah mahu luruh saat itu juga.
Ah! Peduli apa orang nak benci kau! Bukan dia orang yang bayar gaji kau!
"Boleh tolong semak saya punya report? Saya dah print untuk hantar pada Tuan Faisel." Teragak-agak Nadiah hulur dokumen di tangan.
"Tak ada mata? Dah tak boleh nak semak sendiri?" Kasar balasan wanita itu buat Nadiah terkedu sejenak.
"Saya takut saya buat salah..."
"Kalau kau buat salah, tu masalah kau sendiri. Tak tengok ke orang lain sibuk?" Kuat jerkahan Puan Masyitah mengundang jelingan pekerja-pekerja lain.
Nadiah tertunduk. "Maaf, puan." Selama ini Puan Masyitah sendiri yang suruh dia hantar report untuk wanita itu semak dahulu sebelum diberi kepada atasan.
"Elakkan buat masalah lepasni biar kau tak menyusahkan dan memalukan orang lain! Faham?" jerkah Puan Masyitah lagi.
Nadiah rasa wajahnya panas kerana malu. Tak pernah sepanjang dia bekerja di situ dia dijerkah seteruk ini. Selama ini jika dia dimarahi pun sekadar bebelan yang penuh dengan respect. Kali ini dia rasa terhina. Dilayan seperti beban.
"Faham, puan." Dia tunduk.
"Bila kau nak pergi Melaka? Berapa lama lagi nak extend quality report tu?" Kasar lagi.
"Saya pergi hari selasa nanti. Saya kena hantar report ni pada Tuan Faisel dulu."
"Kau tu baru masuk kerja. Buat kerja jangan lembab sangat. Menyusahkan semua orang dalam department ni! Faham?!"
Tahan, Nadiah. Tahan! Kau cuma kuli. Duit bulanan kau dapat hasil kerja keras kau kat sini. Tahanlah walaupun hati kau sudah rabak.
"Faham, puan."
"Kalau dah faham tunggu apa lagi? Pergi check report tu sendiri!" Bentak Puan Masyitah.
Nadiah senyum kelat dan beredar pergi. Saat dia berjalan dia sedar mata-mata yang mengerling ke arahnya. Entah mereka simpati atau puas melihat semua itu. Yang pasti Nadiah rasa dia sendirian menahan semua itu.
__________
HEMPAS pintu kereta, Faisel betulkan tali lehernya. Baru setengah hari dia rasa tenaganya sudah hilang.
"Ada beli kopi?" soal Faisel pada pembantu peribadinya.
"Dah. Ada atas meja." balas Afri.
"Lepas ni ada apa? Saya ingat nak balik awal sikit. Badan saya rasa tak sedap."
"Sepatutnya lepasni tuan kena jumpa Nadiah untuk dia hantar report yang tuan minta haritu."
"Nadiah?" Faisel berhenti melangkah. Dia pandang Afri dengan kerutan.
"Ya, tuan."
"Dia buat appointment untuk jumpa saya?" soal Faisel lagi kerana Nadiah tiada ada beritahu yang dia mahu berjumpa dengannya hari ini di rumah tadi.
"Ya, tuan."
Faisel kelihatan berfikir sejenak sebelum dia kembali melangkah. "Pukul berapa?"
"Tuan ada masa 1 jam untuk rehat sekejap sebelum jumpa Nadiah."
"Okay." Faisel sembunyi senyum sendiri.
"Faisel!" Baru sahaja ingin menekan butang lif. Faisel dan Afri serentak menoleh mendengar ada suara halus memanggil.
YOU ARE READING
NAD
RomanceNadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaimana selalu ada kebetulan di antara mereka. Dia yang memujuk. Dia juga yang membantu. Kebetulan demi...