BAB 16

8.2K 1.1K 114
                                    

Niat hati hanya mahu sebentar di RNR, entah bagaimana Nad terperangkap dalam situasi cemas. Tidak, dia lempar dirinya masuk dalam situasi cemas itu sendiri. Awalnya dia duduk di bangku mengunyah roti coklat sebelum dia lihat satu sosok perempuan dengan wajah pucat berjalan laju masuk ke dalam tandas. Nadiah fikir perempuan itu dah tak tahan mahu melepaskan hajat, tapi beberapa ketika ada sosok lelaki pula yang dengan tidak beragak-agak masuk ke dalam tandas itu. Kebetulan RNR di situ tidak ramai, jadi tidak ada ada yang perasan perbuatan lelaki itu.

Ada kaitan dengan perempuan tadi kah? Akhirnya Nad memberanikan diri mengekori lelaki itu hingga turut masuk ke dalam tandas itu.

"I tunggu you bertahun-tahun. I tunggu you balik pada I macam dulu. I tunggu you macam orang gila, Lora. Kenapa sekali lagi you nak tinggalkan I? Huh?"
Krekk!

Mata Nad membesar melihat lelaki itu menolak pintu tandas satu demi satu dengan. Sah! Dia orang gila!

"You dah janji tadi nak datang balik pada I. I tunggu you lama.." Entah apa lelaki gila itu karutkan seorang diri!

"Encik! Ni tandas perempuan!" Nadiah memberanikan diri menjerkah lelaki itu. Dia yakin, perempuan yang dia lihat tadi bersembunyi di dalam tandas terakhir.

"So?" Lelaki gila itu memandang Nadiah dengan jengkel.

"Encik tak boleh ada kat sini. Keluar sekarang."

Lelaki itu hanya melempar senyum sinis pada Nadiah dan tanpa rasa bersalah dia pulas tombol pintu tandas tempat persembunyian perempuan tadi.

"I tahu you kat dalam Lora! Buka sebelum I pecahkan pintu ni!" Lelaki itu mengabaikan amaran Nadiah malah menampar-nampar pintu tandas itu.

"Kalau Encik degil. Saya panggil orang sekarang!" Nadiah cuma ingin membantu. Kalau bukan dia, siapa lagi? Bagaimana dengan nasib perempuan itu kalau dia tidak bantu?

"Keluar Lora!"

"Encik!!" Nadiah menjerkah kuat. Dia ketap gigi lantas dia berpaling menuju ke muka pintu tandas dan...

"Tolong!! Tolong!!" Kuat dia menjerit meminta bantuan.

Ump!! Baru sahaja menjerit, dia rasa tubuhnya ditarik mengejut dari belakang. Mulutnya ditekup dan badannya didakap kuat. Besar mata Nadiah menatap lelaki gila yang sekarang mencerlung mata seperti ingin membunuhnya.

Ktak!

Pintu tandas dibuka. Seorang perempuan keluar memandang lelaki gila itu dengan linangan air mata. Nadiah bungkam sejenak. Perempuan itu pasti ketakutan. Dia tidak tahu situasi mereka seperti apa, tapi dia yakin, perempuan itu betul-betul memerlukan bantuan.

"Lepaskan dia Fikri."

Oh, nama lelaki gila ini, Fikri?

"Lo..Lora. You balik pada I kan? You tak akan tinggalkan I kan?" Lelaki ini sah mental dah parah!

"Lepaskan dia, Fikri." Perempuan bernama Lora itu masih cuba menyelamatkan Nadiah.

"Kalau you datang pada I. I akan lepaskan dia." Sebelah tangan Fikri hulur pada Lora dan sebelah lagi merangkul badan Nadiah dengan menekup mulut itu.

Mata Nadiah mengecil geram. Dia lihaf perempuan bernama Lora itu teragak-agak
melangkah menghampiri Fikri. Tiba-tiba dia menangis teresak-esak, mungkin terpaksa mengalah kerana tidak mahu Nadiah menjadi mangsa.

"Shhh! Jangan menangis sayang. Datang sini.."

Dada Nadiah berombak menarik nafas dalam sebelum dia angkat sebelah kakinya lantas...

Pak!!
"Arghh!"

Hari ini Nadiah rasa bersyukur kerana memakai kasut bertumit yang keras dan padu! Dia yakin, lelaki yang yanya memakai selipar itu sudah kesakitan hingga berjaya melepaskan tubuh Nadiah lantas menunduk menegang kakinya.

NADWhere stories live. Discover now