Chapter 1

463 56 88
                                    


Kelihatan kembar tersebut sedang sibuk bermain dengan kereta mainan.

Umur mereka waktu itu baru 5 tahun tapi adiknya sangat petah berkata-kata. Abangnya pula lebih banyak diam dengan muka dinginnya.

"Hali! Solar! Mama dengan papa pergi dulu! Elok-elok dengan maid ok!",pesan Dina kepada dua orang anak lelakinya.

"Baik mama!! Tata!!",jerit Solar sambil tersenyum.

Matanya melihat kearah Hali yang tidak bersuara.

"Halili...say tata!",arah Solar lalu mencekak pinggang.

Keluhan berat dilepaskan lalu Hali melambaikan tangan kearah mamanya.

"Tata...",perlahan suara Hali kedengaran.

Solar terus tersenyum ceria.

Tetapi siapa sangka itu ucapan terakhir pada hari itu.

Tragik yang menghancurkan hidup mereka berdua.

...

Hali memegang erat tangan Solar yang masih menangis sambil melihat kubur mama dan papanya.

"Angan isau...aku ada."
(Jangan risau..aku ada.)

Gengaman tangan dieratkan.

Pada hari itu semua sedara mara mereka tidak ingin menjaga mereka berdua. Akhirnya mereka berdua dihantar ke rumah anak yatim.

Sejak dari hari itu asma Solar semakin teruk. Sebulan sekali mesti dia akan dimasukkan ke hospital.

Hali pula langsung tidak berengang dengan Solar mesti ada je di samping Solar.

Di wad...

Solar tersenyum melihat movie action di tv.

"Embira etul kau...",dengan pelat Hali berkata.
(Gembira betul kau)

"Hey Hali...aku nak adi acam iorang! Elakon!",dengan ceria Solar menunjuk kaca tv.
(Hey Hali...aku nak jadi macam diorang! Pelakon!)

Hali mengalih pandangan melihat tv lalu dia tergelak kecil.

"Hehehehe kau akit ane nak adi elakon?",soal Hali.
(Hehehehe kau sakit cane nak jadi pelakon?)

Solar mencebik bibir selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Hali.

"Owwy.."
(sorry)

Hali terus memeluk Solar lalu mengusap kepalanya lembut.

....

2 tahun kemudian...

Umur mereka berdua sudah 7 tahun. Solar semakin petah bercakap sama seperti Hali.

Pada hari jadi diorang juga Solar terkena asma teruk sehingga dimasukkan dalam wad kecemasan.

Hali sangat risau akan keadaan adiknya itu nasib dia dapat jumpa Solar sebelum dia terpaksa balik ke rumah yatim semula. Maklumlah dia tak dapat nak jaga Solar sebab ada penjaga yang akan jaga dia.

"Jangan risau esok aku datang sambil bawa mainan banyak-banyak untuk kau...",kata Hali cuba untuk menyejukkan hati Solar yang tidak ingin melepaskan Hali balik ke rumah anak yatim.

"Betul nih?"

Hali menggangguk laju.

Ok!

...

Di rumah anak yatim...

Kelihatan satu kereta Honda berwarna hitam diparking di depan pagar rumah anak yatim tersebut.

Hali yang baru sahaja sampai terus langkahnya terhenti di depan satu pasangan yang tersenyum ceria.

"Korang siapa?",soal Hali pelik.

"Kami datang sini nak ambik anak angkat...dan kamu sangat sesuai jadi anak angkat kami...",jawab gadis tersebut dengan nada ceria.

"Anak angkat?", Hali menyegetkan kepalanya dengan muka blur.

"Ah! Comel sangat! Kami akan buat kamu terkenal di seluruh dunia!",katanya bangga.

Mereka berdua terus memegang tangan Hali dan membawanya masuk ke dalam rumah anak yatim.

Di pejabat...

Nirah selaku pengurus rumah yatim tersebut sedang sibuk menyelesaikan urusan dengan pasangan yang berjumpa dengan Hali tadi.

Hali pula sedang berada di biliknya.

"Sebelum tuh saya nak bagitahu yang Hali ada seorang adik kembar.."

"Kembar? Mana dia?"

Satu gambar diberi kepada pasangan tersebut.

"Ini kembarnya...tapi sekarang kembar dia berada di hospital disebabkan asma yang teruk...setiap bulan mesti dia akan dihantar ke hospital untuk rawatan...kondisi dia sekarang agak teruk...",jelas Nirah dengan nada sedih.

Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.

"Saya sarankan kamu berdua ambik sekali kedua-dua kembar nih...Hali mesti taknak berpi-

Kata-kata Nirah dipotong laju oleh lelaki tersebut.

"Maaf tapi kami takde masa nak jaga budak sakit yang menyusahkan. Saya hanya perlukan Hali seorang budak yang sempurna bukan seperti adiknya.",katanya dingin.

Nirah agak terkejut dengan apa yang didengarnya. Tergamak dia berkata begitu pada seorang budak yang baru sahaja berumur 7 tahun.

Tapi Nirah tak mampu berkata apa-apa.

"Mari saya bawa ke bilik Hali.."

Mereka berdua pun mengikuti Nirah ke bilik Hali.

Tok..Tok...Tok..

Pintu diketuk sebelum dibuka perlahan dari luar.

Hali?

Hali terus mengalih pandangan kearah Nirah.

"Ada orang yang mahu berjumpa dengan kamu."

"Haii!"

Gadis tersebut terus duduk di samping Hali yang sibuk mengemas mainan masuk ke dalam beg galas.

"Hali buat apa tu?",soalnya.

"Tengah kemas mainan untuk Solar...dia bosan duduk dekat hospital.",jawab Hali,matanya tekun melihat beg galas.

"Nak ikut kami? Nanti Hali akan duduk di rumah yang besar dan banyak mainan...Hali tak perlu jaga Solar tuh dah.."

"Taknak. Solar kesayangan Hali! Hali dah janji takkan tinggalkan dia!",bentak Hali secara tiba-tiba.

Mereka yang berada di situ sedikit tersentak.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now