Solar!!!Jeritan dari Hali membuatkan Ez terkejut.
"Kau kenapa? Ok tak nih?",soal Ez risau.
"M-mimpi...",bisik Hali perlahan.
Ez memandangnya pelik. Dah kenapa budak nih itulah tidur lagi waktu asar kan dah mengingau.
"Bawa aku pergi hospital.",arah Hali tanpa banyak soal Ez terus membawa kereta ke hospital secepat yang mungkin.
Hali memandang keluar tingkap sambil mengusap lembut dadanya.
Fuh....
Hampir tercabut jantungnya selepas mendapat mimpi seperti itu.
Nasib semua tuh hanya mimpi tapi Hali masih tidak percaya jadi dia ambil keputusan untuk pergi ke hospital untuk melihat sendiri keadaan Solar.
....
Di hospital...
Langkah dilajukan menuju ke wad Solar. Dengan mengejut pintu dibuka secara kasar oleh Hali. Nasib tak tercabut pintu tersebut.
Solar yang sedang makan terus tergamam apabila badannya dipeluk erat oleh Hali.
"Erk...kau mabuk ke?",soal Solar kekok.
Hali melihat leher Solar dan memang ada balutan di lehernya.
"Apa jadi dekat leher kau?",dingin suara Hali bertanya.
"Ouh...ada orang serang aku pagi tadi...nasib luka tak dalam..",jawab Solar lalu tersengih kekok.
Pelukan makin dieratkan seperti taknak melepaskan Solar.
"K-kau dah kenapa? Bukan ke kau benci sangat a-
Mulut Solar terus ditekup dengan tangan Hali.
"Diam sekejap."
Solar menelan liur kesat. Makin takut pula dia dengan perangai Hali.
Hampir setengah jam barulah Hali melepaskan pelukan.
Ha...ha....ha...
Kerana penat duduk dalam posisi tersebut Solar mula sesak nafas.
Dengan pantas Hali menyumbat inhaler ke dalam mulut Solar.
Beberapa oksigen disedut lalu Hali meletakkan semula inhaler di atas meja.
"Lupakan apa yang berlaku.",kata Hali tegas lalu dia bangun dan menuju ke pintu keluar.
"Orang yang serang aku diupah oleh keluarga kau.",balas Solar membuatkan langkah Hali terhenti.
"Sekarang...kau nak burukkan imej keluarga aku pula...apa yang kau nak sebenarnya Solar?",Hali memandang tajam kearah Solar.
"Terserah kepada kau untuk percaya ataupun tidak..tapi jangan sampai menyesal...",dengan datar Solar menjawab.
Dia sudah penat dengan sikap Hali. Selama 11 tahun dia kena hadap semuannya sendiri tanpa tahu penyebab hubungan mereka terputus.
Hali berdesis kasar lalu membuka pintu tersebut.
"Suatu hari kau akan jumpa kebenarannya."
Pintu dihempas kuat dari luar lalu Hali pergi dari situ.
Solar hanya mampu diam di tempatnya.
Dia bukan nak burukkan keluarga Hali tapi memang diorang jahat.
Kek yang berada di atas meja di sambung makan.
"Tapi kenapa Halili berpeluh teruk sangat tadi...hmmm pelik.."
Solar memegang lehernya yang berbalut.
Keluhan berat dilepaskan.
*****
Hali masuk semula ke dalam kereta pengurusnya dengan wajah menahan marah.
"Kau ok tak nih?",soal Ez sambil memandang Hali.
"Aku nak balik.",keras Hali menyuruh.
Tanpa bantahan Ez terus membawa kereta balik ke rumah.
Di rumah Hali...
Pintu dibuka kasar lalu Hali meluru laju kearah Nina yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.
"Mama."
Nina terus memandang kearah Hali dengan wajah penuh tanda tanya.
"Ye sayang ada apa?", tanyanya lembut.
"Mama ke yang upah orang untuk cederakan Solar?"
Persoalan Hali membuatkan Nina tergamam seketika.
"Takka-
Kata-katanya terus dipotong keras oleh Hali.
"Kalau betul...mama dah melampau jangan sampai satu tahap Hali pula yang upah orang untuk bunuh mama.",kata Hali dingin. Pandangannya tajam melihat Nina yang terdiam seribu bahasa.
Belum sempat Hali mahu masuk ke biliknya Nina bersuara.
"Kamu dah lupa ke apa dia dah buat waktu kamu kecil dulu? Dia yang buang kamu dulu...jadi buat apa nak ambik berat pasal dia pula?",soal Nina tidak berpuas hati.
"Seburuk mana pun Solar dia masih kembar kandung Hali...jangan nak cabar kesabaran aku."
Hali terus masuk ke dalam bilik lalu pintu dihempas kuat.
Entah apalah masalah dia semua pintu nak hempas.
Nina mengengam alat kawalan tv dengan geram.
"Berani kau kurang ajar dengan aku...tapi takpe aku lepaskan kau tapi bukan adik kau. Dasar pembawa masalah.",bisik Nina dengan nada geram.
Dengan perasaan marah dia melihat semula tv.
Di bilik Hali...
Badan direbahkan di atas katil.
Dia langsung tidak sangka apa yang diberitahu Solar adalah benar walaupun Nina tak mengaku perbuatannya.
"Aku kena jauhkan diri dari Solar."
Nafas berat dihembus entah keberapa kali.
Dia dah mula penat dengan dunia yang dia sedang hadapi sekarang.
Apa rancangan Nina seterusnya? Adakah dia akan buat sesuatu kepada Solar atau memilih jalan lebih bahaya kepada Hali?
Bersambung...
Vote dan coment 🥺
YOU ARE READING
Abandon Twins[Complete]
FanfictionKembar yang tinggal sebatang kara selepas kejadian tragik yang berlaku dalam hidup mereka. Hali sebagai abang kembar perlu menjaga adiknya Solar yang menghidapi asma yang teruk sejak ibu bapa mereka maut dalam kemalangan. "ha..ha...ha..H-hali..",Sol...