Sudah seminggu Solar berada di hospital.Mukanya sentiasa kelihatan pucat lesi tidak bermaya.
"Erm...apa penyebab hubungan kami terputus ye?",soal Solar sendirian.
Dalam otaknya mula memikirkan tentang hubungan mereka berdua.
Hasil dari orang bijak pandai mesti lah dia tahu ada sesuatu terjadi yang membuatkan Hali bencikan dia.
Tapi apa sebabnya?
Pintu dibuka perlahan dari luar membuatkan Solar terganggu sedikit.
"Maaf menganggu aku cuma nak sampaikan apa yang disuruh..",katanya berhati-hati.
Satu kotak kek diberi kepada Solar yang masih blur dengan situasi tersebut.
"Aku pergi dulu.."
"Jap! Siapa yang bagi?"
"Rahsia~"
Jejaka tersebut pun pergi dari situ meninggalkan Solar yang masih blur.
"Hari jadi aku dah lepas...baru sekarang nak kasi ke? Ayoo lembap betul buat kerja orang nih..",kutuk Solar lalu dia membuka kotak kek tersebut.
Dicalik sedikit dengan jarinya untuk merasa krim kek tersebut.
"Wahh sedap betul..."
Solar pun menikmati kek tersebut dengan gembira.
*
*
Skip time
*
*
Selesai sahaja makan Solar terus bangun dan pergi ke tandas.
Tanpa dia sedar pintu wad dibuka perlahan oleh sekumpulan lelaki.
"Dekat sinilah dia menyorok yer.... kunci pintu tuh.",arahnya perlahan.
Pintu dikunci rapat dan tingkap ditutup.
Lepas 5 minit Solar keluar dari tandas dan terus badannya ditolak sehingga jatuh tersungkur di lantai.
Argh!
Matanya melihat kearah lelaki yang berdiri megah di depannya.
"S-siapa korang nih? Nak apa dari aku?",soal Solar pelik.
"Ada orang upah kami untuk pastikan kau lenyap dari penglihatan Hali.",jawabnya dingin.
"H-hali?"
"Keluarga dia. HAHAHAHAHA"
Tangan Solar terus ditarik lalu dibawa kearah tingkap.
Dengan kasar tingkap dibuka dan badan Solar ditolak hampir separuh keluar dari tingkap tersebut.
"L-lepaskan aku!!",jerit Solar sekuat hati.
"Lain kali jangan susahkan hidup orang lain."
Biliknya yang berada di tingkap 7 membuatkan Solar dapat melihat ketinggian bangunan tersebut.
Tiba-tiba Solar dapat melihat Hali di bawah dengan pengurusnya.
"Hali!!!"
Mulut Solar terus ditekup dengan tangan lalu badannya ditarik masuk ke dalam semula.
"Kau memang cari nahas!"
Pasu yang berada di atas meja dipecahkan lalu serpihan kaca diambil.
Belum sempat kaca tersebut dihala kearah Solar dia sempat mengelak tetapi nasibnya tidak baik.
YOU ARE READING
Abandon Twins[Complete]
FanfictionKembar yang tinggal sebatang kara selepas kejadian tragik yang berlaku dalam hidup mereka. Hali sebagai abang kembar perlu menjaga adiknya Solar yang menghidapi asma yang teruk sejak ibu bapa mereka maut dalam kemalangan. "ha..ha...ha..H-hali..",Sol...