Chapter 9

367 40 5
                                    


Hari karnival yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

Solar dah keluar hospital 2 minggu yang lalu.

Hali!!

Pandangannya terus beralih kearah suara yang memanggilnya.

"Fuh! Maaf lambat aku ada kerja sikit tadi..",peluh di dahi dikesat.

"Takpe jom lah pergi nanti lambat pula..."

Tangan Hali dipegang oleh Solar.

Hm?

"Kau tak pakai penutup muka? Kau kan pelakon terkenal sekarang..",soal Solar risau akan keselamatan Hali.

"Alaa takpe aku keluar dengan kembar sendiri bukannya kekasih gelap ke apa..",jawab Hali malas.

Solar tergelak kecil dengan jawapan Hali. Haih ini pikachu buat suka hati dia je.

Mereka berdua pun pergi ke karnival sains.

Di karnival...

Memang ramai peminat Hali mula mengelilinginya untuk bergambar.

Solar pula sudah leka dengan experiment sains yang sedang berlangsung. Memang dia lupa terus pasal Hali.

Erk..

"Kyaa!!! Hali datang dengan siapa?"

"Tak tahu pula Hali suka karnival sains!?"

"Kami tengok Hali sorang je dekat sini??"

Keluhan berat dilepaskan lalu Hali mula membuka mulut.

"Saya datang sini dengan kembar saya...",kata Hali lalu tersenyum manis di depan peminatnya.

Kyaaa!!!!

"Hensemnya!!!!"

"What!? Hali ada kembar tapi dalam profile kata Hali anak tunggal..."

"Ada apa-apa coment tentang perkara tuh?"

"Saya rahsiakan identiti kembar saya demi keselamatan dia..",sambung Hali lagi.

Dia terpaksa tipu kerana tidak mahu memberitahu perkara sebenar nanti habis kecoh satu dunia mengatakan dia kembar yang tidak berguna.

Hancurlah imej yang dia bina selama 11 tahun nih.

Langkah dibuka menuju kearah Solar yang sedang membaca risalah.

Tangan Solar dipegang erat oleh Hali lalu peminatnya melihat dengan mata mereka.

"Inilah kembar saya..nama dia Solar."

Eh!?

Terus kecoh tempat tersebut dengan berita tergempar dari Hali.

.....

Di rumah Nina....

Alat kawalan jauh dicampak ke dinding hingga berkecai.

Berita tentang kembar Hali sudah tersebar di seluruh dunia.

"Tak guna kau! Memang tak boleh diharap!",bentaknya menahan marah.

Wartawan sudah berkumpul di depan rumahnya menunggu kisah sebenar.

Kepalanya semakin serabut memikirkan Hali yang sudah ingkar arahannya.

"Aku patut bunuh je kembar dia dari awal lagi! Habis rosak rancangan aku!"

Telifon yang berada di atas meja diambil lalu Nina menelifon seseorang.

N: hello...aku nak kau ikut jejak Solar jangan terlepas bila aku dah kata ok kau lakukannya.

??: Baik bos!

Panggilan ditutup lalu Nina melihat gambar Hali yang tergantung di dinding. Gambar Hali mendapat anugerah pertamanya sebagai perlakon lelaki paling popular.

"Kalau terbongkar yang aku mengabaikan kembar dia sebab sakit habislah imej aku sebagai diva paling kaya dalam dunia industri pelakon.",bisiknya sambil menggigit kuku. Otaknya cuba mencari jalan untuk lenyapkan bukti.

"Bunuh...yeah itu caranya."

Senyuman setan terukir di wajahnya seperti orang gila.

Dia terlampau taksub dengan duit dan reputasi dirinya.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka kasar dari luar.

Ayah angkat kepada Hali iaitu Aril memasang muka bengis.

"Apa dah jadi nih!? Kau jaga dia ke tak!?",jerkahnya lalu mencampak beg yang dipegang ketepi.

"Aku jaga! Tapi tak sangka dia berani buat macam nih!",balas Nina menahan geram.

"Lenyapkannya."

Nina memandang Aril dengan muka tidak percaya.

"Kau pasti nak buat benda tuh?",soalnya inginkan kepastian.

"Ye. Kalau itu cara terakhir."

Nina tersenyum penuh makna lalu dia tergelak besar.

Aril hanya diam membisu sambil memerhati Nina yang mula hilang akal.

"Pastikan kerja kau bersih. Aku taknak kau merayu bila dah kantoi nanti.",pesan Aril lalu dia masuk ke biliknya.

"Baik~"

Pisau di dapur diambil lalu gambar Solar dikeluarkan dari poket seluar.

Sap!

Pisau tersebut tercacak tepat pada gambar Solar.

"Kau silap besar sebab muncul semula.."

****

Selesai dengan karnival sains Hali terus menghantar Solar balik ke rumah anak yatim.

"Nanti kita keluar lagi tapi lepas beberapa minggu sebab aku ada pengembaraan untuk movie baru..",kata Hali lalu memberi satu beg yang dipenuhi baju berjenama kepada Solar.

"Baik...nanti kalau free kau call je aku..",balas Solar sambil tersenyum.

"Hati-hati pergi sekolah balik sekolah...jangan merayap dekat luar selalu sebab orang dah tahu kau kembar aku...dan jangan terima apa-apa perlawaan dari orang yang tidak dikenali faham?",kening dijungkit sedikit sambil melihat adiknya itu.

"Ye...faham..aku bukan budak-budak lagi...",dengan malas Solar menjawab.

Entah apa-apa lah si pikachu nih.

Ok.

Solar hanya melihat kereta Hali berlalu pergi dari situ.

Tanpa sedar seseorang memerhatinya dari jauh.

"Itulah budaknya.."

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now