Chapter 10

374 41 16
                                    


Hujan turun dengan lebat sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Hali yang berada di dalam van bersama pengurusnya juga tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

"Lebat hujan harini...macam mana Solar nak balik dari sekolah? Dia bawa payung ke tak?",soal Hali sendirian. Dia mula risau keadaan Solar.

Matanya melihat keluar tingkap. Dia ingin menelifon adiknya tetapi signal tidak ada akibat hujan lebat.

Keluhan berat dilepaskan terasa berat hati untuk meninggalkan adiknya untuk beberapa minggu nih.

"Aku harap semuanya baik-baik sahaja..",bisik Hali perlahan.

Hujan terus turun tanpa henti.

....

Di sekolah...

Semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing kecuali Solar yang masih menunggu hujan reda.

"Haih...aku patut minta Hali belikan payung...",keluh Solar.

Payungnya yang dulu sudah rosak tapi dia tiada duit untuk beli yang baru.

Baju hujan pula sudah koyak sebab dah lama.

Langit mendung ditenung lama. Hujan seperti tidak akan berhenti untuk beberapa jam.

"Redah jelah."

Belum sempat Solar membuka langkah untuk lari dalam hujan satu payung berada di atas kepalanya menghalang air hujan membasahi dirinya.

Eh?

Pandangan Solar beralih kearah seorang lelaki berbadan besar yang tersenyum ngeri padanya.

"S-siapa kau?",soal Solar yang mula ketakutan.

Tanpa jawapan dia terus memegang lengan Solar dengan cengkaman yang kuat.

Terasa tangannya hampir patah dicengkam oleh lelaki tersebut.

"Argh...s-sakit boleh lepaskan..",rintih Solar cuba untuk melepaskan cengkaman lelaki tersebut.

Solar!!!

Hampir terkejut Solar dibuatnya dia terus memandang kearah Hali yang menjerit dari dalam van.

Lelaki tadi terus melepaskan lengan Solar lalu dia berlalu pergi dari situ.

"Masuk dalam van cepat.",arah Hali.

Solar berlari masuk ke dalam van lalu pintu van dikunci oleh pengurus Hali.

"Siapa orang tuh tadi?",soal Hali sambil mengeringkan rambut Solar dengan tuala.

"Entah... tiba-tiba je dia cengkam lengan Solar...uish rasa macam nak patah pun ada tau.",jawab Solar sambil melihat lengannya yang sudah memerah.

Minyak yang berada di dalam beg diambil lalu Hali menyapu ubat tersebut pada lengan Solar.

"Lain kali kalau jumpa orang macam tuh lari je terus faham?"

"Faham!"

Mereka pun menuju ke rumah anak yatim untuk menghantar Solar.

"Bukan kau ada kerja ke?",tanya Solar pelik.

"Aku risau jadi aku datang ambik kau..",jawab Hali datar.

Anggukan kecil diberi.

Hali masih memikirkan tentang lelaki tadi. Dia mula risau untuk tinggalkan Solar sendirian.

Tapi dia terpaksa pergi untuk selesaikan kerja juga.

*


*

Skip time

*

*
Sampai sahaja di rumah anak yatim Solar terus turun dari kereta.

"Hati-hati ingat pesanan aku! Bye!"

Tangan dilambai kearah Hali yang sudah pergi ke tempat kerjanya semula.

"Risau sangat dia nih.."

Solar terus masuk ke dalam rumah yatim.

Harinya berlalu dengan lancar selama seminggu lebih.

Tiada perkara buruk berlaku dan lelaki haritu tidak lagi kelihatan.

Solar membuka langkah untuk pulang ke rumahnya.

"Akhirnya Hali dah selesai dengan kerja dia...esok kami akan pergi taman tema! HOHOHOHO aku nak naik roller coaster...",dengan teruja Solar berkata sambil matanya tekun melihat gambar taman tema di dalam telifonnya.

Wajahnya kelihatan gembira untuk menunggu hari esok tiba.

Tiba-tiba satu kereta berhenti di depan Solar. Belum sempat orang di dalam kereta itu keluar Solar sudah melarikan diri seperti dikerja hantu.

Wargh!!!

Lelaki yang baru keluar dari kereta itu hanya memasang muka datar.

"Aku cuma nak turun di sini apahal dengan budak tuh...",garu kepala orang tu dibuatnya.

Disebabkan apa yang Hali bagitahu dia tempoh hari Solar jadi lebih berhati-hati.

Semua orang dilihat curiga oleh Solar. Ini terlampau berhati-hati namanya.

Lari punya lari akhirnya Solar sampai di rumah anak yatim.

Inhaler dari dalam poket dikeluarkan lalu disedut beberapa kali.

Dadanya terasa lelah lalu dia berusaha masuk ke dalam biliknya terlebih dahulu.

Di dalam bilik...

Badan direbahkan di atas katil. Nafas ditarik dan dihembus.

"Penat betul...ini cari penyakit namanya...",kata Solar lalu mengetuk kepalanya sendiri.

Kring! Kring!

Bunyi telifon terus menganggu perhatian Solar.

Telifon yang berada di dalam poket dikeluarkan lalu panggilan dijawab.

S: hello...ada apa call?

H: kau nak pergi taman tema esok pagi or malam?

S: malam! Ada bunga api!

H: baiklah kalau camtu nanti aku call lagi...jumpa esok.

Panggilan ditutup. Solar sudah tersenyum gembira.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now