Kelihatan Hali sedang bersiap untuk pergi ke taman tema bersama Solar.Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam.
Pintu dibuka perlahan dari luar.
"Malam nih ada tetamu istimewa akan datang pastikan kamu berpakaian kemas..",pesan Nina.
"Maaf tapi Hali ada urusan lain malam nih.",bidas Hali lalu mengambil telifon yang berada di atas mejanya.
"Urusan apa yang penting sangat? Tetamu nih sangat penting tau",kata Nina.
"Tiada yang lebih penting dari kembar Hali.",balas Hali datar.
Belum sempat Hali keluar dari bilik tangannya terus dipegang oleh Nina.
"Mama larang kamu keluar dari rumah.",larangnya tegas.
"Kau tak berhak halang aku. Aku takkan terima apa-apa arahan daripada PENIPU seperti kau.", perkataan penipu ditekankan.
Dengan kasar badan Nina ditolak ketepi lalu Hali pergi dari situ.
Tangan digengam kuat. Perasaan marah mula membuak-buak.
Satu panggilan telifon dibuat.
N: lakukannya.
Senyuman sinis terukir di wajahnya.
....
Di rumah anak yatim....
Solar sudah siap dengan pakaian yang diberi oleh Hali.
"Hensem betul aku yer..",pujinya sendirian.
Ting!
Satu mesej masuk dan Solar terus membacanya.
"Ermm mesej dari Hali.."
Mesej tersebut menyuruh Solar untuk lalu di lorong yang lebih tertutup supaya peminatnya tidak dapat tahu kemana diorang nak pergi.
Tapi sebenarnya mesej itu bukan Hali yang hantar. Telifonnya di hack oleh orang lain tanpa sedar.
Solar hanya percaya dengan mesej tersebut lalu mengikut sahaja arahan dari mesej itu kerana nombor Hali sendiri yang hantar.
Selesai sahaja bersiap Solar terus pergi ke laluan yang dikasi tahu Hali.
Laluan yang sunyi sepi membuatkan Solar terus menelifon Hali.
S: Hali! Mana kau?
H: depan rumah anak yatim lah.
S: eh? Kau kata suruh ikut lokasi yang kau kasi.
H: lokasi? Bila masa a-
Hali terus berhenti bercakap.
S: Hali?
H: kembali ke rumah anak yatim sekarang!!!
S: eh t-
Tiba-tiba cahaya terang menyinari dari belakang Solar. Dengan pantas Solar memusingkan badannya melihat ke belakang tetapi kejadian itu berlaku dengan pantas.
Kereta tersebut melanggar Solar dari belakang.
YOU ARE READING
Abandon Twins[Complete]
FanfictionKembar yang tinggal sebatang kara selepas kejadian tragik yang berlaku dalam hidup mereka. Hali sebagai abang kembar perlu menjaga adiknya Solar yang menghidapi asma yang teruk sejak ibu bapa mereka maut dalam kemalangan. "ha..ha...ha..H-hali..",Sol...