Chapter 3

382 45 116
                                    


Solar memandang keluar tingkap cuba hadam semula apa yang diberitahu oleh Nirah tentang abangnya.

Katanya abang dia terpaksa jadi pelakon untuk tunaikan permintaan adik dia dan suatu hari nanti Hali akan datang ambik Solar dan bawa dia hidup mewah dengan hasil titik peluh dia sendiri sebagai pelakon.

"Ta-tapi kenapa dia tak jumpa aku dulu? Sekurangnya datanglah jumpa ucap Selamat tinggal...",bisik Solar. Dia mengesat air matanya kasar.

Sudah 2 bulan Hali tinggalkan dia. Hidupnya terasa sunyi.

Tiba-tiba berita di tv menceritakan tentang satu pelakon kanak-kanak yang menarik perhatian ramai orang.

"Wah..kecik-kecik dah t-

Kata-kata Solar terhenti apabila muncul gambar Hali yang dingin.

"Halili!?"

Belum sempat dia ingin memanggil Nirah yang bercakap dengan Ain diluar,tindakannya terhenti apabila mendengar Hali memanggil seseorang dengan panggilan mama dan papa.

Air matanya mula mengalir di pipi. Pintu wad dibuka dari luar dan Nirah tergamam melihat berita tersebut.

"So-solar...kamu ok?",soalnya dengan risau.

"S-sebab nih ke Hali pergi? Kenapa dia tak bawa Solar sekali? Ke-kenapa?",suara Solar mula bergetar.

Mesin mula berbunyi kuat selepas pertanyaan Solar.

"K-kenapa Hali...hisk...hisk...kenapa!!? Ha...ha....ha...ha....ha.."

"Doktor!!!"

Kelam kabut Nirah keluar dari wad sambil menjerit meminta tolong apabila Solar mula sesak nafas.

Sejak dari haritu Solar terpaksa ke hospital lebih kerap dari sebelum nih.

*****

Selepas 11 tahun akhirnya Hali menjadi pelakon yang sangat terkenal di dunia.

Solar hanya melihat papan tanda iklan gambar Hali yang menjadi model untuk jam tangan.

"Dah 11 tahun...kau taknak ambik aku ke?",soal Solar sendirian.

Dengan langkah yang lemah dia terus pergi sekolah.

Matanya kelihatan kuyu. Dah seminggu dia ambik cuti sebab terpaksa masuk hospital. Kalau boleh dia nak duduk terus dekat hospital lari daripada pembuli.

Baru sahaja kakinya jejak ke dalam kelas terus tangannya ditarik keluar dari kelas oleh sekumpulan lelaki.

Rakan sekelasnya hanya mampu diam melihat perkara tersebut.

Di belakang sekolah...

Argh!

"Kau tak datang sekolah sebab taknak jawab exam aku ke!? Aku tunggu kau datang tapi kau tak muncul pun!? Kalau aku gagal exam nih siap kau!",marah lelaki bernama Lim.

"Bukan aku saja-saja taknak datang...aku tak sihat waktu tuh...",dengan nada perlahan Solar berkata.

Perutnya terasa senak selepas disepak oleh Lim.

"Kau ingat aku akan percaya!? Kau memang nak dapat nombor satu dalam kelas kan!?",bentak Lim lalu memukul Solar lagi.

Argh!

Solar memandang Lim tajam sebelum dia bersuara.

"Dah aku memang pandai nak buat cane!? Kau tuh berlajar betul-betul lah jangan asyik menipu je dalam exam gunakan kepandaian orang lain untuk berjaya!! Guna otak kau sendiri takkanlah kau bodoh sangat sampai tak dapat nak jawab soalan mudah macam tuh!!!",tengking Solar lalu dia bangun dari duduknya.

Badan Lim ditolak ketepi lalu Solar lari dari situ.

Woi!!!

Mereka terus mengejar Solar tetapi tidak berjaya selepas Solar berjaya lari keluar dari kawasan sekolah.

...

Ha...ha....ha....ha....ha...

Inhaler yang berada di dalam poket seluar diambil.

Selepas menyedut beberapa kali oksigen Solar terus memandang sekelilingnya.

Matanya tertumpu pada satu tempat orang sedang melakukan lakonan untuk cerita.

H-hali?!

Dengan langkah yang laju Solar pergi ke tempat tersebut. Sampai sahaja disana dia dapat melihat orang yang paling dia sayang sedang berlakon di depan matanya sendiri.

Hampir 2 jam Solar menunggu Hali selesai berlakon.

Sedang dia makan roti sebagai alas perut satu suara menegurnya.

"Maaf kamu siapa boleh ketepi sedikit...ini van pelakon..",pintanya lembut.

Solar terus terbangun dari duduknya dan matanya melihat orang dibelakang lelaki tersebut.

"H-hali!"

Hali yang sedang membaca skrip terus memandang Solar dengan wajah dingin.

Pengurusnya tadi terus berlalu pergi untuk mengambil barang yang tertinggal di set lakonan.

"Kau siapa?",soal Hali dengan suaranya sedikit keras.

"Nih akulah Solar! Kembar kau! Aku rindu gila dengan kau tau!",teruja Solar melihat Hali secara berdepan selepas 11 tahun.

"Rindu? Ke kau nak duit? Ouh lupa kan aku dah berjaya...kaya pula tuh lepastu kau datang nak habiskan duit aku? Untuk apa? Bayar bil hospital kau? Itulah hidup susahkan orang...rumah anak yatim tuh tak mampu nak bayar bil hospital kau ke sampai kesini kau cari aku..",kata Hali tanpa fikir perasaan Solar.

"A-apa kau cakap nih? Kenapa kau kata camtu? Jadi waktu kecil dulu aku susahkan kau...hisk...hisk...sampai hati kau cakap macam tuh...aku baru keluar hospital Halili..",balas Solar. Air mata sudah mengalir laju di pipi.

Hali sedikit tersentak melihat Solar menangis.

"Kau kena ingat satu benda...aku anak tunggal dan aku takde kembar...simpan dalam otak kau yang bijak tuh.",pesan Hali tapi langkahnya dihalang oleh Solar.

"K-kau...takkan menyesal dengan apa kau cakap?"

"Tak."

Hali terus menolak Solar ketepi tapi langkahnya terhenti.

Solar!!

Lim berlari laju kearah Solar sambil tersenyum manis.

"Apa kau buat dekat sini? Aku cari kau tak guna.",bisik Lim tapi dapat didengari oleh Hali.

"Ma-maaf...aku sesat..",sayu suara Solar menjawab.

Lim sempat menyelup poket Solar mengambil inhalernya lalu dicampak ke dalam semak. Hali dapat melihat perkara tersebut.

"Jom pergi makan!"

Mereka pun berlalu dari situ.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now