Chapter 4

379 45 56
                                    


Hali terus masuk ke dalam kereta selepas Solar beredar dari situ.

Pengurusnya juga berada di dalam kereta.

"Siapa tadi tuh?",soalnya inginkan jawapan.

"Orang gila kot...biasalah sekarang kan ramai dengki dengan kejayaan aku.",jawab Hali malas.

Skrip di tangannya di sambung baca.

Tetapi dia tidak boleh fokus selepas melihat apa yang terjadi tadi.

Belum sempat pengurusnya start kereta Hali terus keluar dari kereta tersebut menuju kearah semak.

"Eh Hali??"

Hali menyelak semak samun tersebut sehingga dia terjumpa inhaler milik Solar.

Inhaler tersebut digengam kuat lalu Hali berlari dari situ.

"Hali!!!"

....

Di lorong belakang restoran...

Argh! Argh!

"Tadi bukan main lagi cakap besar! Sekarang apa pun takde! Lemah!",tengking Lim sambil menumbuk perut Solar tanpa henti.

"Ha....ha....be-berhenti...to-tolong berhenti..",rayu Solar sambil melutut di depan Lim.

Nafasnya mula tidak teratur. Mukanya semakin pucat.

"Auwww kesiannya dia....takpe aku bagi masa kau sedut oksigen tapi 10 saat je.",kata Lim sinis.

Solar terus menyelup poket seluarnya tetapi inhalernya tidak berada disitu.

1......2.....3.....4

Yang lain mula ketawa melihat Solar yang kelam kabut mencari inhaler.

5.....6.....7....8....9...

"Mana inhaler aku??",bisik batin Solar. Dadanya terasa sakit.

10!!!

Sap!

Argh!!!

Rambut Solar ditarik kuat sehingga badannya terheret ketepi.

"Sian dia tak jumpa nyawa yer...takyahlah hidup mati je senang takdelah kau terseksa camni kan...",kata Lim lalu menghentak badan Solar ke dinding dengan kuat.

Argh!!!

"Ha....ha....ha...."

Tubuh yang lemah itu terbaring tak bermaya.

Lim dan kumpulannya terus meninggalkan Solar yang hampir...mati.

Solar!!!

Hali terus mengangkat ke atas ribanya lalu dia meletakkan inhaler ke mulut Solar.

Beberapa sedut diberi kepada Solar sebelum dia pengsan tak sedarkan diri.

"Solar? Solar!!! Bangun!!"

Bunyi siren ambulance mula kedengaran.

Tangan Solar tidak lepas dari di pegang oleh Hali.

"Be-bertahan...aku tahu kau kuat.",bisik Hali. Makin risau dia apabila muka Solar pucat lesi dan dengupan jantungnya juga semakin lemah.

*







*




Skip time




*





*

Solar dibawa ke wad kecemasan. Hali juga masuk ke dalam wad tersebut selepas menerima kebenaran dari doktor yang bertugas.

Alat pernafasan dipakaikan kepada Solar.

"Ha..ha...ha....ha....ha..."

Peluh mula mengalir di muka Solar. Pernafasannya makin tidak teratur.

"Solar...tenang.."

Dengan perlahan Hali memegang pipi Solar dengan lembut.

Dengan perlahan Hali memegang pipi Solar dengan lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku ada dekat sini.."

Perlahan-lahan Solar mula tenang kembali.

Beberapa wayar terpaksa dilekat pada dada Solar.

Suasana yang kelam kabut tadi kembali tenang semula.

"Saya perlu jumpa keluarga mangsa..",pinta Doktor bernama Alex tersebut.

"Saya...kawan dia.",kata Hali perlahan.

Mereka berdua pun keluar dari wad lalu bercakap di luar wad.

"Saya sudah melihat maklumat Solar...dia baru sahaja keluar hospital dan kondisi kesihatan dia tidak begitu baik..",katanya sedikit tegas.

Hmm...

"Sekarang saya cuma nak tahu berapa bil hospital?",dengan selamba Hali bertanya.

"Dia terpaksa tinggal di hospital sehingga keadaannya stabil jadi boleh bayar bil selepas dia keluar nanti..",jawab Alex sedikit terkejut dengan soalan Hali. Bukan ke sepatutnya dia tanya akan kondisi Solar sekarang?

"Saya akan bayar bil harini...jadi tak perlu saya bayar nanti."

"Baiklah kalau macam tuh..encik boleh bayar di kaunter."

Tanpa jawapan Hali terus beredar dari situ lalu pergi ke kaunter pembayaran.

Di kaunter...

Hali sempat menutup separuh wajahnya dengan mask berwarna hitam.

"Berapa kos untuk pesakit bernama Solar?"tanya Hali sedikit dingin.

"Semuanya RM2500 termasuk cas perkhidmatan...",jawab salah seorang nurse di situ.

Tanpa banyak bunyi Hali terus mengeluarkan kadnya lalu diberi kepada nurse tersebut.

"Baki simpan...nanti kalau dia dimasukkan ke dalam hospital nih lagi gunakan je duit dalam kad tuh,"arah Hali sebelum dia pergi dari situ.

"Uishh kaya betul mamat tuh~"

"Kann"

Bisik mereka berdua selepas kelibat Hali tidak kelihatan.

Selesai urusan disitu Hali terus balik ke rumahnya semula.

Bersambung....
Vote dan coment 😘

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now