HIDUP ? Ada apa dengan kehidupan ? Apa tujuan kita hidup ? Kenapa ada yang kehidupannya baik dan ada yang tidak ? Kenapa nasibnya selalu malang berbanding bertuah ?. Itulah pertanyaan yang bermain dikepala Liyana sekarang . Gadis bertudung sekolah berwarna hijau itu mengeluh perlahan .Sudah beberapa kali dia mencuba untuk mendapat markah yang bagus tetapi masih lagi tidak mencapai target . Ibu bapa pula asyik membentaknya . Jika tidak dapat Markah tinggi maka telefonnya akan dirampas dan tidak dibenarkan keluar dari rumah .
Liya memanjat jambatan itu sambil menangis . Dia mahu mengakhiri semua ini . Jika dia tiada pasti keluarganya bahagia dan rakan sekelasnya pasti gembira kerana tiada lagi murid tidak cemerlang dikelas itu .
Dia memejamkan matanya membiarkan angin sejuk menyentuh wajahnya " Maaf , aku dah penat . Aku taknak mati tapi aku taknak hidup macam ni ..cuma ini satu - satunya cara yang ada "
Gadis itu memandang kebawah . Kalau dulu dia sangat takut dengan air sungai atau laut tapi sekarang dia sangat ingin masuk kedalamnya .
" Selamat tinggal " Dia baru sahaja ingin melompat tetapi lengan bajunya ditarik seseorang .
" Kau gila ke ?! Bunuh diri tu dosa !! " Marah lelaki itu .
----------♡----------
□ Alhamdullilah setelah dua tahun cerita ini didalam draft , akhirnya keluar juga ..
□ Makasih buat yang vote , semoga harimu baik