08 - kembar

94 19 14
                                    

Liya melajukan lariannya dengan muka panik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liya melajukan lariannya dengan muka panik . Alisya dibelakang memekik nama gadis itu berkali - kali supaya menunggunya " Liya !! Tunggu I !! Jangan lari laju sangat !! "

" Nurse mana bilik 106 ? " Tanya Liya setelah dia tiba dihadapan kaunter .

" Dekat block sana Cik " Liya mengucapkan terima kasih kemudian menyambung lariannya , kali ini dia menambahkan sedikit kelajuan supaya cepat tiba kebilik 106 . Alisya yang baru sampai dihadapan kaunter hanya mampu mengeluh kemudian ikut berlari kembali .

Arash berlari kearah Liya setelah melihat kelibat gadis itu berlari kearahnya " Liya !! Keadaan Batriesya semakin teruk "

" Macam mana boleh jadi macam tu ? " Tanya Liya dalam keadaan tercungap - cungap . Dadanya yang sesak diabaikan , kakaknya lebih penting .

" Batriesya perlukan penderma jantung , papa nak kamu derma jantung kamu Liya " Mereka bertiga memandang serentak kearah Encik Norman yang baru sahaja keluar dari bilik doktor .

" Uncle , Macam mana Liya nak hidup kalau jantung dia takde uncle ?? " Arash bersuara tidak puas hati . Baginya , tindakan pakciknya itu tersangatlah tidak masuk akal dan kejam .

" Papa , Liya masih mahu hidup . Ada banyak lagi yang Liya nak buat . Tolong cari penderma lain " lirih Liya sambil memandang ayahnya . Jika lihat sorot mata gadis itu , dia terlihat sangat sedih akan tindakan ayahnya .

" Kau nak hidup ? Kau jadi beban je mampu !! Kau kena ingat Liya , kau hidup untuk Liyana Batriesya " Celah sepupunya Zaim .

Alisya membulatkan matanya terkejut . Sampai hati keluarganya bercakap seperti itu dihadapan Liya . Ingin sahaja dia memaki keluarga Liya tetapi nasib hatinya masih boleh bersabar .

" Nyawa Batriesya lebih penting dari kamu . Dia anak yang berguna bukan macam kamu !! "

" Bagi Liya masa 30 hari . Liya akan buktikan yang Liya anak yang berguna  " gadis itu menatap dalam mata ibunya dengan pandangan sendu .

" 30 hari ? okay , dengan syarat kau perlu derma jantung kau dekat Batriesya " Liya mengangguk setuju walaupun hati Liya enggan menerimanya .

Alisya menarik tangan Liya menyuruh gadis itu berdiri dibelakangnya " Liya tak berguna ? Heh makcik pakcik , you all tak tahu perjuangan dia jadi jangan main tuduh sesuka hati "

" Kamu siapa ? Ni kawan kamu Liya ? Patutlah perangai kamu kurang ajar , berkawan pun dengan orang yang kurang ajar " Sarkas Puan Lin sambil menjeling Alisya . Gadis itu menjeling puan Lin semula .

" Makcik dengan pakcik tak layak jadi ibu bapa , sepatutnya korang berlaku adil bukannya memilih salah satu dan tinggalkan selebihnya " Alisya akhirnya meluahkan apa yang terpendam didalam hati setelah beberapa minit melihat pertengkaran kecil keluarga itu .

" Dan kau tak layak mencampur tangan dalam urusan keluarga kitaorang " Zaim menolak bahu Alisya sehingga gadis itu terjatuh .

Nurse yang lalu lalang berhenti kerana kekecohan yang mereka lakukan . Ada juga nurse yang mencuba berhentikan Zaim dari menolak Alisya lagi tetapi ditengking .

Haikal yang kebetulan baru sahaja menghantar bekal untuk si ibu menghampiri setelah melihat rakannya dan kedua gadis itu berada disitu .

" Liya , Alisya korang buat apa dekat sini dan kenapa kecoh - kecoh ni ? " Tanya lelaki itu . Alisya terus berdiri kemudian menghampiri sepupunya , Liya juga diheret menghampiri Haikal sama .

" Liya , sign this . Ingat yang kau hanya hidup untuk Batriesya " borang dicampak dimuka Liya . Mereka semua terkejut dengan tindakan si ketua keluarga .

Arash hanya mengeluh kecil melihat perlakuan orang tua Liya terhadap gadis itu . Puan Lin dan Encik Norman beredar dari situ tanpa perasaan bersalah .

" Jangan sign Liya " Arash menahan tangan gadis itu dari menanda tangan borang yang dicampak tadi . Liya tetap berdegil , dia menepis tangan Alisya dan Arash sekuat hatinya .

" Aku perlu tanda tangan ni "

" Kau gila ke Liya ? Kalau kau dermakan jantung kau , peluang untuk kau hidup tu dah tiada " Haikal menghembus nafas kasar sambil menarik borang itu sehingga terkoyak .

" She my twin Haikal . And dia harapan keluarga . Korang semua pun dengar apa yang mama dengan papa aku cakap tadi " mata gadis itu kini berair . Matanya memandang tiga orang dihadapannya dengan tatapan sayu .

" Tiada guna kalau aku hidup lagi , diorang hanya mahukan Batriesya bukan Daliesya "

•——————•°•✿•°•——————•

Mata Liya mengeluarkan air mata setelah melihat keadaan kakaknya yang sangat kritikal . Tangan kembarnya diusap perlahan .

" Riesya , bangunlah . Aku tak mampu hidup seorang diri tanpa kau " Gadis itu mula mengeluarkan esakkan yang kuat .

" Kenapa semesta kejam dengan aku ? Tak cukup lagi ke aku didera , dipilih kasih oleh keluarga ? Kenapa mesti penyakit bodoh tu datang "

" Riesya , aku tak kuat . Aku rasa yang aku boleh pergi bila - bila masa je . Doctor suruh aku cari penderma tulang sumsum yang sesuai . Tapi yang paling sesuai adalah keluarga kita "

" Malang betul hidup aku . Setiap kali nak beritahu tentang penyakit aku mesti mereka tidak mahu mendengarnya dan aku dapat rasakan yang tiada seorang pun akan dermakan tulang dekat aku "

" Aku masih mahu hidup , aku masih mahu berusaha untuk banggakan mama dengan papa . Tapi nasib tak pernah menyebelahi aku "

" Riesya aku mohon cepat bangun , dan cepat sembuh . Aku taknak kehilangan orang yang aku sayang lagi . Cukup abang yang aku hilang " Liya mencium tangan Batriesya kemudian mula beredar dari bilik pesakit .

Batriesya membuka matanya perlahan sambil memandang sosok Liya yang perlahan beredar dari biliknya , dia mendengar apa yang diceritakan adik kembarnya tadi .

" Maafkan aku Liya , aku bukan kakak yang baik . Aku tak mampu lindungi kau "

----------♡----------

✷ janganlah baca je , vote lah juga :(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

janganlah baca je , vote lah juga :(

Hidup [ 30 days ] Where stories live. Discover now