Liya membaringkan kepalanya setelah selesai melakukan tugasan sekolah . Alisya yang sedang fokus dengan kerjanya dihiraukan . Pandangannya kini beralih kearah Haikal dan seorang gadis yang tidak dikenalinya sedang rancak bersembang .
Melihat senyuman dan gelak tawa Haikal ketika lelaki itu bersembang bersama perempuan tadi membuatkan hatinya sakit .
" Jangan terlalu berharap Liya " ujarnya perlahan untuk menenangkan hati .
Gadis itu akhirnya meminta diri untuk beredar setelah urusannya selesai . Haikal menyuruh Liya membuka telefonnya . " Buka telefon " Haikal menggerakkan bibirnya tanpa suara . Dia tidak mahu menganggu pelajar dikelas mereka .
Liya dengan malas membuka telefon pintarnya dan menekan aplikasi chat .
Haikal ☆
ActiveHaikal ☆
Cemburu ?you
Hah ? Sejak bila ?Haikal ☆
Tadi , waktu aku bersembang dengan
Perempuan tuyou
Aku cemburu ? Lambat lagiHaikal ☆
Oh okMata Liya beralih kearah Haikal yang sudah meletakkan kepalanya diatas meja . Dia mengeluh panjang .
" Aku cemburu tapi aku juga tak boleh berharap "
Alisya membuka earphonennya kemudian bertanya " cemburu ? Kenapa ? "
" Tiada apa , pergilah sambung kerja kau sana " Alisya hanya mengangguk kemudian menyambung kerjanya semula .
Arash berlari kearah Liya dengan wajah gembira . " Liya ! Batriesya dah sedar " mereka bertiga menoleh kearah pintu dengan pantas .
" Riesya dah sedar ? Bila ? " Tanya Liya bertubi - tubi . Air matanya hampir sahaja tumpah kerana merasa sangat bersyukur apabila mendengar khabar baik dari Arash .
" Seminggu yang lepas " senyuman Liya kembali pudar . Kenapa bagitahu hari ini ? . Adakah ibu bapanya tidak ingin dia berjumpa dengan kakaknya ? .
Jujur , selama hari ini ibu bapanya selalu melarang dia pergi kehospital untuk melawat kakaknya .
" Positive thinking Liya .. mungkin mereka lupa nak beritahu kau "
Arash yang melihat senyuman sepupunya mula pudar mengeluh perlahan " aku pun baru tahu harini . Itupun sebab Abi dengan Umi datang melawat Riesya dekat hospital " .
" Jadi mama dengan papa Liya memang taknak beritahu Liya yang Batriesya dah sedar ?. Tapi apa motif diorang ? " Alisya mencelah dengan nada tidak puas hati . Dia benar - benar marah dengan tindakan ibu bapa Liya yang cuba memisahkan gadis itu dengan kembarnya .
" They don't deserve parent like uncle Norman and Aunty Lin "
" Umi dengan Abi marah dekat Uncle dan Aunty sebab tak beritahu Liya yang Batriesya dah sedar tapi diorang berdua tak ambil kisah tentang kemarahan Umi " .
" Liya , buat sementara ni tinggal dekat rumah aku dulu tau . Umi dengan Abi suruh . Lebih selamat kau tinggal dengan kami daripada duduk dekat rumah kau sendiri " . Sambung Arash dengan nada perlahan tapi cukup didengari Liya yang berada dihadapannya .
" Okay , Aku nak pergi melawat Batriesya selepas balik sekolah ni " jelas nada suaranya kedengaran serak - serak kerana menahan tangis .
" Apa lagi salah aku ya allah "
" Kami ikut , kau tak boleh pergi seorang diri . Bahaya " Haikal yang dari hanya memerhati dan mendengar percakapan antara mereka bertiga kini mengeluarkan suara .
" Betul aku setuju "
----------♡----------
✷ kekadang geram dengan mak ayah Liya