Dua orang gadis remaja berumur 13 tahun berlari kearah Encik Norman dan Puan Lin sambil memegang slip keputusan ujian mereka .
" Papa , tengok ni Riesya dapat nombor satu dalam kelas " Batriesya menghulurkan slipnya sambil tersenyum gembira .
" Liya dapat nombor dua " riak wajah Encik Norman dan Puan Lin secara automatik berubah tidak suka . Liya yang melihat perubahan diwajah kedua orang tuanya terus menundukkan wajah .
" Apa nak jadi dengan kamu ni Liya ? Kenapa masih tak boleh kalahkan kakak kamu ? " Marah Encik Norman . Liya dan Riesya berada di kelas yang berbeza . Liya berada dikelas yang kedua manakala Riesya berada dikelas yang pertama .
" Maaf papa , Liya dah buat yang terbaik " gadis itu tersenyum nipis memandang wajah orang tuanya tetapi senyumannya dibalas dengan jelingan tajam .
Batriesya ditepi hanya memandang wajah adiknya sayu , dia tidak mampu melawan kedua orang tuanya kerana takut dianggap anak derhaka . Dia tahu adiknya sudah berusaha keras untuk mengalahkannya .
" Papa , Liya dah buat yang terbaik tu . Papa dengan mama janganlah marah Liya " Batriesya mula bersuara mempertahankan adiknya .
" Riesya kamu tak perlu sibuk , adik kamu ni patut diberi pengajaran . Itulah asyik main telefon sahaja sampai pelajaran terabai " Liya hanya menunduk kepalanya sambil menahan air mata supaya tidak tumpah ketanah .
Sungguh apa yang dikatakan kedua ibu bapanya itu sangat menyakitkan hati . Dia sudah berusaha keras sehingga tidak tidur malam tetapi orang lain seenaknya mengata hal yang buruk tentangnya .
" Riesya masuk dalam kecuali Liya kamu duduk luar sehingga besok . Jangan harap kamu dapat makan malam ni " Batriesya membulatkan matanya terkejut lalu menarik Liya disisinya .
" Papa mana boleh tinggal Liya seorang diri diluar ! Papa , Liya dah berusaha keras tolong hargai usaha keras dia " pipi Batriesya ditampar sejurus sahaja gadis itu menghabiskan ayatnya .
Liya memegang tangan kembarnya kemudian tersenyum manis seolah dirinya tidak apa - apa . " Riesya masuk jela , tak apa Liya sorang - sorang dekat luar ni . Liya dah biasa "
" Tapi , mana boleh macam tu . Keputusan Liya cemerlang bukannya tak cemerlang " Liya menggelengkan kepalanya .
" Mungkin bagi Riesya keputusan Liya dah cemerlang tapi tidak bagi Mama dengan papa "
Encik Norman menarik tangan Riesya perlahan meninggalkan Liya seorang diri diluar rumah . Gadis itu hanya tersenyum nipis sambil memandang wajah kakak kembarnya .
•——————•°•✿•°•——————•
Gadis remeja berusia 13 tahun itu berjalan tidak tentu arah dengan keadaan baju basah kuyup , ini kali pertama dia tidak dibolehkan masuk kedalam rumah .
Nafas gadis itu sesak seolah - olah ada seseorang duduk diatas dadanya . Gadis itu mulai menangis ditengah hujan sambil memukul dadanya .
" Mama .. papa dada Liya sakit " lirihnya perlahan . Wajah kedua orang tuanya terngiang - ngiang dikepala . Dia menyesal kerana tidak berusaha lebih keras untuk mendapatkan nilai yang sempurna .
" Abang , Liya perlukan abang " tangisan gadis itu makin menjadi - jadi . Mujurlah tiada siapa yang lalu lalang disitu .
" Abang , dada Liya sakit . Adik perlukan abang "
Abang yang selalu ada disisinya telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga beberapa bulan yang lalu akibat kemalangan jalan raya sewaktu Liya dan abangnya pergi keluar bersiar - siar .Oleh disebabkan itu , gadis itu sering dimarahi dan dituduh membunuh abangnya sendiri . Dia sering dipukul kerana tidak mendapat nilai yang ayahnya mahu .
" Abang .. ini semua salah Liya , kalaulah Liya tak ajak jalan - jalan haritu mesti tak jadi macam ni "
Gadis itu akhirnya rebah ketanah setelah beberapa minit menahan badannya agar tidak jatuh .
Arash yang kebetulan lalu disitu melihat Liya dalam keadaan basah kuyup lantas berlari kearah gadis itu dengan muka risau .
Tetapi belum sempat dia tiba dihadapan gadis itu , Liya telahpun rebah terlebih dahulu .
" Liya , ya allah macam mana boleh jadi macam ni " dia mengeluarkan Telefon pintar dan menelefon ambulan .
•——————•°•✿•°•——————•
" Arash , jangan bagitahu mama papa tentang ni " lelaki itu menoleh pantas kearahnya dengan wajah yang agak menyeramkan .
" Jangan bagitahu ? Hey kau gila ke ? Penyakit kau berbahaya , Kita kena bagitahu keluarga kau untuk menerima rawatan lanjut " marah lelaki itu tetapi dengan nada suara perlahan , takut jika orang lain dengari amarahnya .
" Aku taknak jadi beban keluarga lagi . Kau pun tahu semenjak abang tak ada aku selalu kena pukul , kalau demam diorang pun tak pernah ambil kisah . Aku hanya ada kau dengan Riesya je "
Arash mengurut pelipisnya kemudian menghembus nafas kesal " kau dah lama tahu pasal penyakit ni ? "
Gadis itu mengangguk perlahan . Dia baru sahaja mengetahui tentang itu beberapa jam sebelum abangnya meninggal dunia .
" Abang orang pertama yang tahu , dia yang hantar aku pergi hospital lepas nampak aku usap dada . Waktu tu , aku memang nak bagitahu pasal ni tapi perkara lain pula yang jadi " Arash hanya diam mendengar cerita dari gadis itu . Jujur , dia takut melihat keadaan sepupunya begitu .
" Arash .. aku takut , aku taknak mati lagi " Arash mencuba menahan tangisnya .
" Liya , kau ada aku dengan Riesya kau tak keseorangan . Jangan takut , kau boleh sembuh kau tak akan mati " gadis itu hanya tersenyum nipis mendengar ucapan yang keluar dari mulut Arash .
----------♡----------
✷ digipack beatbox comel