𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 12

134 15 0
                                    

Hari berganti hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari berganti hari. Kini, sudah genap dua minggu aku menetap di rumah Aza Qarizh. Tidak semena-mena aku tergelak kecil dengan apa yang aku baru fikirkan tadi. Menetap?

Aku diculik rasanya.

Tanpa sedar aku membawa langkah menghampiri sebuah dinding kaca yang memaparkan pemandangan luar rumah yang dilanda hujan lebat. Hatiku merasa sebak. Tiba-tiba sahaja aku berasa sedih.

Aku rindu dengan arwah Arsyad.

Aku menunduk lalu menyandarkan dahiku pada permukaan dinding kaca. Tangan kiriku ditekapkan disitu. Sungguh aku rindu dengan Arsyad. Lelaki pertama yang mengajar aku erti sebenar sebuah perasaan cinta. Dia lelaki itu Qash Arsyad Ikhtiari.

Mataku dipejam erat. Sedaya upaya aku cuba menahan tangisan. Dengan hujan lebat begini agak mustahil untuk aku memaafkan diri aku sendiri. Malam ini mengingatkan aku malam dimana aku dan Qash Arsyad bertekak sebelum lelaki itu pergi buat selama-lamanya.

Aku langsung tidak sempat untuk memohon kemaafan. Berdosa kerana tidak mempercayai lelaki itu. Berdosa kerana meninggikan suara kepada lelaki itu. Dia seorang isteri yang derhaka terhadap suami.

Jahatkah aku?

Air mataku tumpah mengalir membasahi pipi. Aku tidak dapat menahan air mataku lagi. Sumpah aku tak nak ingat lagi peristiwa tu. Lepas aku tolak dia keluar dari bilik lelaki itu masih belum berhenti memujuk aku dan beberapa jam selepas itu aku dapat berita Qash Arsyad kena langgar lari dan dihadapan aku juga dia dibunuh dengan begitu kejam tanpa ada langsung rasa belas kasihan.

Ya Allah!

Terdengar bunyi ketukan perlahan yang memaksa aku untuk mendongak dengan mata yang basah. Aku sedikit tergamam. Aza Qarizh. Lelaki itu memandang diriku dengan pandangan sayu. Pandangan yang penuh kasih sayang. Bibir aku sedikit tercebik.

Aza Qarizh meletakkan tangan kanannya pada tapak tangan kiri aku. Seolah-olah kami bersentuhan walaupun hanya dipisahkan dengan dinding kaca. Lama anak mata aku merenung tindakan Aza Qarizh.

Dahi Aza Qarizh turut ditemukan dengan dahi aku. Mata coklat cairnya memandang sayu wajah aku yang basah. Lelaki itu pun sepertinya mahu merasakan kesedihan yang dialami oleh aku. Kepalanya ditundukkan untuk mencium dahi aku. Aku tergamam.

Tubuh aku sedikit mengeras. Tidak menjangka tindakan luar alam Aza Qarizh. Aza Qarizh kembali mengangkat wajah. Menghadiahkan senyuman manis buat aku yang berada dihadapannya. Aku terkesima.

Ajaib. Aku tidak lagi merasa sedih. Apa yang Aza Qarizh lakukan memang tidak terjangka dek akal. Tapi sedikit sebanyak mampu menenangkan hati aku yang dibelenggu dengan rasa bersalah terhadap Qash Arsyad.

"Qarizh..." Panggil aku dengan penuh perasaan sebak dan terharu. Aza Qarizh pandang menerusi anak mata aku. Pandangan sayu yang sarat dengan kasih sayang. Lelaki itu membuat isyarat tunggu sekejap, jangan lari. Aku hanya menunggu kehadiran lelaki itu. Entah mengapa aku tidak berasa sedih sangat lepas apa yang Qarizh dah buat. Aku rasa selamat.

Aku menoleh. Aza Qarizh sedang menghampiri aku. Kelihatan tangan lelaki itu diangkat untuk mengusap kedua belah pipi aku. Aku melangkah setapak kebelakang. Aza Qarizh kelihatan terpegun di tempat dia berdiri. Terus tangan yang diangkat tadi kembali diturunkan.

"Kau menangis sebab dia lagi?" Soal Aza Qarizh serius. Aku terdiam sebelum lambat-lambat aku mengangguk kepala. Aza Qarizh meraup wajahnya kasar. Tangan lelaki itu mencekak pinggang. Tajam matanya menikam wajah aku yang masih basah.

"Tak dak guna kau buat macam ni, Medina. Kau menangis lah air mata darah sekalipun lelaki tu takkan bangun dari kubur dia balik! Kenapa kau susah sangat nak faham?" Aku terus mengundur setapak kebelakang apabila melihat Aza Qarizh mula berang. Lelaki itu mengetap kuat rahangnya.

"Apa yang istimewa sangat lelaki tu? Sampai kau tak boleh nak lupa kat dia langsung?! Answer my question Medina!" Aku tersentak. Terkejut dengan suara Aza Qarizh yang tiba-tiba meninggi. Aku kembali sebak tiba-tiba. Takut dengan Aza Qarizh yang berwajah bengis.

"Kalau aku nampak kau nangis sebab lelaki tu lagi, kau tengok lah apa aku nak buat." Aza Qarizh melepaskan keluhan. Tangan kanan menumbuk kuat permukaan dinding kaca. Terus berlalu meninggalkan aku yang berada dibelakangnya.

Salahkah aku teringat dengan suami sendiri?

Sekali lagi aku rasa macam nak menangis. Mata dipejam rapat sebelum mutiara jernih itu perlahan-lahan mengalir. Kenapa Aza Qarizh mengawal ketat diri aku sampai macam ni?

 Kenapa Aza Qarizh mengawal ketat diri aku sampai macam ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now