𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 02

458 49 21
                                    

Tangan yang mencekak pinggang ditarik turun ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan yang mencekak pinggang ditarik turun ke bawah. Keluhan kecil dilepaskan dari bibir. Sebelah tangan diangkat memicit kepala yang terasa agak berat. Kenapa sejak akhir-akhir ni hati aku menjadi tidak sedap?


Aku berlalu ke arah dapur. Mata memandang ke arah luar melalui tingkap di dapur. Kelihatan kosong sahaja pada pandangan anak mataku sejak empat tahun yang lalu. Segalanya sudah tidak seperti dulu. Kosong. Hatinya kosong.

Aku memejamkan kelopak mataku yang mula menakung air mata. Alahai kenapa murah sangat air mata aku sejak akhir-akhir ni? Penat lah jadi cengeng ni.

Kalau dulu, aku menangis ada orang tolong pujukkan. Tolong lap air mata. Sekarang aku sudah tidak punya sesiapa. Menunjukkan betapa alonenya aku sekarang ni. Huh!

Dan untuk itu, otak aku terus membawa kembali ke empat tahun lepas. Disaat aku dan Qash Arsyad sedang hangat bercinta.

Jap, bila fikir balik dah tua dah aku sekarang ni! 28 tahun!

| QarAin |

Empat tahun yang lalu...

"Sayang? Lahai mana awaknya?" Panggil Qash Arsyad sambil melangkah masuk ke dalam dapur. Dipanjangkan lehernya untuk melihat sama ada orang yang dicarinya ada atau pun tidak.

Kosong.

Qash Arsyad meraup rambut panjangnya. Puas dia mencari seluruh kawasan rumahnya. Namun, kelibat yang dicari masih belum nampak bayangnya. Kelopak matanya dipejam seketika. Mencari ilham disebalik kegelapan tutup mata.

Hutan.

Hijau.

Qash Arsyad kembali membuka kelopak matanya. Nurain Medina memang sukakan kehijauan alam semulajadi. Pasti gadis itu berada di sekitar taman bunga rumah ini. Qash Arsyad senyum sendiri. Kakinya melangkah ke arah taman mini di luar rumah.

Entah la kadang-kadang dia rasa tak betul juga. Haha!

Senyuman terukir di bibir tatkala figura yang dicari sudah dijumpai. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri Nurain Medina. Terus mati senyuman Qash Arsyad saat melihat pipi isterinya kelihatan basah dengan air mata. Sudah, kenapa pulak ni?

"Sayang, kenapa ni?" Soal Qash Arsyad prihatin. Resah hatinya melihat gadis kesayangannya menangis tiba-tiba. Sakit hati.

Aku tidak menjawab. Masih diam.

"I hate to see your tears, sayang." Ujar Qash Arsyad perlahan dan sayu. Sungguh dia benci melihat air mata isterinya. Rasa mahu tikam diri sendiri. Erk?

Aku perlahan memandang anak mata Qash Arsyad yang bergetar. Sedang menahan perasaan mungkin. Pantas menggeleng seraya tersenyum.

"It's nothing. Ain cuma rindu arwah ibu. Just that nothing serious." Balas aku perlahan.

Qash Arsyad menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Belakang kepala aku yang berlapiskan tudung diusapnya. Ubun-ubun aku pula dicium penuh kasih sayang. Aku yang menerima memejamkan mata disaat deru kasih sayang cinta seorang Qash Arsyad mengalir di dalam setiap saraf tubuhku. Sungguh aku rasa terbuai.

"Ibu mesti bangga dapat anak macam sayang." Kata Qash Arsyad sekali lagi mencium dahi aku Lama. Aku tahu dia mahu aku tahu walau apa pun yang jadi dia tetap akan sentiasa menjadi tempat dimana aku melepaskan tangisan. Dimana aku melepaskan segala ketidakpuasan hatiku. Dan dia pula sentiasa akan menjadi seseorang yang sentiasa berada disisi aku. Lap air mata aku. Peluk dan cium aku. Ah mesti indah!

Sekali lagi aku pejam mata. Sumpah aku tidak mahu kehilangan satu-satunya tempatku bergantung. Aku mahu Qash Arsyad tahu yang aku sentiasa cinta dia.

"Sayang abang." Qash Arsyad senyum. Dia faham maksud tu. Faham sangat. Dan dia pun cintakan aku. Sangat-sangat.

"I'll always be with you sweetheart."

| QarAin |

Aku mengalirkan air mata. Sakit hati kembali terasa saat mengenangkan arwah Qash Arsyad.

"Abang jahat. Abang mungkir janji. Abang tipu Ain." Air mata aku semakin deras mengalir. Namun langsung tidak kedengaran esakan. Aku menangis secara senyap. Tangisan sakit hati.

Cepat-cepat aku istighfar. Tidak baik dia kata begitu kepada orang yang telah meninggal dunia.

Prang!

Cepat-cepat aku lap air mataku apabila kedengaran pasu pecah di luar rumah. Kening terangkat sedikit. Siapa pula tu?

Sedang dalam otak tertanya-tanya apa yang sedang berlaku diluar terasa ada orang menyentuh kedua belah bahuku. Aku sedikit tergamam. Mahu menjerit namun mulutku pantas ditekup menggunakan kain putih. Suara aku seakan tenggelam di sebalik kain.

Lelaki itu mendekatkan bibirnya disebelah telinga kanan aku. "I found you chérie."

Mata aku terus membulat saat suara garau lelaki itu menyapa halwa telingaku. Sinis. Ceri kepala bapak dia!

Jantungku berdegup kencang saat otak mula memikirkan perkara-perkara negatif. Allah selamatkan lah aku. Walaupun tidak nampak wajah lelaki yang membelakangi diriku, dapat dirasakan aura lelaki itu sedang tersenyum lebar sambil memandang ke arah aku. Eh jap. Asal lebar? Kenapa tak sinis?

Terasa pegangan pada kedua belah bahuku semakin dikuatkan. Tercungap-cungap aku meronta. Hidung mula menyedut oksigen yang tak berapa nak oksigen tu. Alahai bodoh nya kau Nurain Medinah. Dah sah la orang yang tekup kau ni letak bahan kimia entah apa-apa untuk pengsankan kau. Bodoh jugak eh?

Seakan faham dengan kenyataan si otak, pandangan aku mula berpinar-pinar. Dunia pula seakan-akan berpusing. Terasa pegangan pada bahagian bahuku mula melonggar. Tubuh aku pula mula terdorong kebelakang. Sempat pula lelaki yang pengsankan aku itu menyambut tubuhku pula. Nasib tak biarkan. Takpe baik jugak kau ni.

Sekali lagi kedengaran suara lelaki itu menyapa lembut gegendang telinga aku. "He really damn miss you chérie."

"But he don't-"

He? Siapa dia? Belum sempat aku habis mendengar apa yang dikatakan lelaki misteri itu dunia aku perlahan-lahan menjadi gelap.

He? Siapa dia? Belum sempat aku habis mendengar apa yang dikatakan lelaki misteri itu dunia aku perlahan-lahan menjadi gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now