Aza Qarizh
Wajah lembut gadis dihadapan aku mengikat pandangan mata aku untuk terus menatapnya. Bulu matanya yang indah terbentuk. Alis mata yang terukir cantik. Sepasang mata yang menggoda. Dua ulas bibir yang menggoncang hebat naluri aku sebagai seorang lelaki. Buatkan aku rasa aku sangat-sangat mahukan dia. Mahu jadikan dia milik aku sepenuhnya.
Sejak kali pertama aku terpandangkan wajah dia aku tahu aku dah jatuh hati dengan dia. Hati aku rasa lain saat terpandangkan wajah dia. Hati aku bermain satu simfoni indah di dalam jiwa. Merdu dan indah. Hati yang kosong terasa terisi dengan kewujudan dia. Dia melengkapkan hati aku yang sudah lama tidak berpenghuni.
Dan semua yang aku rasa bagaikan Deja Vu!
Dia seorang wanita pertama yang menggoncang hebat iman dan naluri aku. Lenggok tubuhnya yang membuat tidur aku tak lena. Aku mahukan dia. Sangat-sangat mahukan dia.
Sentiasa mahukan dia.
Aku suka tengok dia senyum. Senyuman dia boleh memberikan satu debaran yang hebat dalam jiwa. Aku suka kacau dia. Suka tengok dia marah-marah aku. Suka tengok dia muncungkan bibir dia. Sebab tu aku suka kacau dia. Nampak comel dan,
Seksi.
"Saya rindu dia." Terus tumpuan aku kembali pada Medina. Wajahnya tampak begitu muram dan terukir jelas betapa sedihnya dia. Matanya terbias satu perasaan rindu yang menggebu di dalam jiwa. Buatkan amarah aku tiba-tiba menggelegak.
Walaupun aku dah dengar secara keseluruhan cerita Medina. Betapa tragisnya cara lelaki itu mati. Namun aku tak kesah. Aku hanya mahukan Medina.
Aku benci melihat dia merindui lelaki lain. Aku benci melihat senyuman dia hanya untuk lelaki yang dah lama pergi tinggalkan dia. Yang dah lama mati! Penumbuk aku genggam kemas. Cuba untuk bertenang kerana takut ada meja yang terbelah dua gara-gara aku hilang sabar. Ada meja yang terbang gara-gara aku naik angin.
Aku ni baran tau.
Aku diam tidak membalas. Takut terkeluar perkataan yang melukakan hati dia. Aku tahu aku dah banyak kali lukakan hati dia. Aku tak sengaja. Semuanya terzahir secara tiba-tiba tanpa aku sedar. Sedar-sedar sahaja sepasang mata cantik itu sudah banjir dengan air mata.
Sungguh aku tak bermaksud!
"Kenapa saya?" Suara Medina kedengaran lagi. Wajahnya aku pandang bersama wajah yang tiada riak. Tidak faham apa yang dia soalkan. Medina tiba-tiba mengeluh.
"Kenapa saya yang kena tolong awak?" Mata hitam itu mula berair. Aku tahu dia sedih. Aku tahu dia rindu rumah dia yang penuh dengan kenangan manis dia bersama suami dia. Teringat akan hal itu penumbuk kembali dikepal kemas. Rasa benci mula membelenggu dalam jiwa. Aku pandang jari manisnya. Ada sebentuk cincin yang cantik terletak. Rahang aku diketap kuat.
Apa yang istimewa sangat lelaki itu?
"Awak tahu saya tak kenal awak, Qarizh. Kita tak pernah mengenali satu sama lain. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Kenapa saya? Apa yang saya boleh buat untuk tolong pulihkan ingatan awak? Tiada." Air mata Medina perlahan turun membasahi pipi. Bertubi-tubi soalan yang diajukan dan satu pun aku tiada jawapan untuk itu.
Kenapa aku pilih dia sedangkan aku tak kenal dia? Kenapa dia yang aku pilih sedangkan kami tiada kenangan bersama untuk diceritakan kepada aku sebelum aku hilang ingatan? Tiada. Satu habuk apa pun tiada. Kerana jawapannya cuma satu.
Aku sayangkan dia.
Aku cintakan dia.
Aku mahukan dia sebagai isteri aku.
Namun apa yang terkeluar dari mulut aku tak sama macam apa yang aku fikir. "Gambar kau ada dalam phone aku. Tentu kita ada kena mengena sebelum ni. Kalau tak macam mana boleh ada gambar kau? Perempuan macam kau ni aku pun tak hingin lah." Bibir aku diketap kuat. Terus pelbagai makian dilempar ke atas diri sendiri. Bodoh sebab sakitkan Medina.
Medina diam. "Takkan sebab benda kecik tu awak nak sekat saya dalam rumah awak?" Suara Medina naik. Dadanya laju turun naik. Air matanya bagaikan air terjun sahaja. Mengalir tak henti. Tajam matanya merenung aku bagaikan mahu menikam aku hidup-hidup.
"Benda kecik kau kata? Entah dari mana datangnya gambar kau, kau kata benda kecik? Eh kalau dalam folder WhatsApp aku boleh terima lagi. Tapi, Medina, tapi gambar kau dalam folder camera aku dan gambar kau satu-satunya gambar yang ada!" Suara aku turut naik tinggi. Aku pun tidak faham macam mana gambar dia boleh ada dalam telefon aku. Bila aku lihat tarikh yang dirakam adalah empat tahun yang lalu. Kiranya sebelum aku hilang ingatan.
Takkan lah dulu aku stalk Medina?
Kalau betul aku sendiri takkan teragak-agak nak cakap yang diri aku empat tahun lepas tu gila.
Bila mana aku tanya Zakwan dia sendiri pun tidak tahu. Katanya dia hanya ambil telefon aku dan berikan kepada aku tanpa banyak soal selepas aku sedar dari koma. Dan aku tak kenal siapa Zakwan. Katanya dia seseorang yang diupah untuk menjaga aku. Bila aku tanya siapa katanya dia diupah oleh keluarga angkat aku.
Keluarga angkat? Heh. Mereka pun tiada satu memori tentang aku. Pelik. Hati aku berkata.
Satu yang pasti Zakwan hanya seorang bodyguard dan pembantu peribadi yang setia kepada aku. Katanya lagi dia sendiri tidak pasti bila waktu aku diambil sebagai anak angkat kepada keluarga angkat aku. Dia hanya diupah dan menjalankan tanggungjawabnya tanpa rungutan. Nampak sahaja wajah manis Medina terus aku mengeluarkan arahan kepada Zakwan untuk mencari dia dan lelaki itu terus menurut tanpa bantahan.
"Tolonglah lepaskan saya." Rayu Medina setelah agak lama kami menyepi. Wajahnya aku pandang. Melihatkan sahaja wajah dia buatkan aku teringat yang dia merindui lelaki lain. Kasih dan sayangnya hanya untuk lelaki lain. Lelaki yang dah lama tinggalkan dia!
Lelaki yang dah lama mati!
"No." Tegasku sebelum bangun dari duduk. Rasa sakit hati dan cemburu kuat mencengkam dada. Kehadiran Medina telah mengubah hidup aku. Telah menjadikan aku seorang lelaki yang tidak mampu mengawal perasaan.
"Please, Qarizh. I'm begging you, please." Suara Medina serak. Namun itu tidak membuatkan aku berlembut dengannya. Rasa sakit hati mengatasi segalanya. Kuat mencengkam jiwa. Mengikat aku untuk tidak lagi berasa simpati. Aku benci lelaki itu! Aku benci sebab dia buat Medina masih terikat dengan kisah silam dia.
"Qarizh." Panggil Medina buatkan langkah aku terhenti. Aku tahu dia mahu katakan sesuatu. Namun aku tidak mahu dengar dia bersuara.
"Be a good kitten okay, Medina?" Kataku berbaur sinis sebelum berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
YOU ARE READING
His Imperfect Memory
Romance⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Cinta Nurain Medinah untuk Qash Arsyad Ikhtiari tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama...