𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 15

82 16 0
                                    

Aku berlari sekuat hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berlari sekuat hati. Entah mengapa pintu utama rumah ini dirasakan begitu jauh. Satu persatu anak tangga aku pijak untuk turun ke bawak. Kenapa jauh sangat pintu keluar pun?

Terasa derap tapak kaki yang begitu laju dibelakang aku memaksa aku untuk menoleh kebelakang. Terbuntang luas mata aku saat melihat Aza Qarizh semakin merapat. Aku dah rasa nak menangis melihat wajah bengis Aza Qarizh. Seraut wajah bengis itu belum pernah aku lihat lagi sebelum ini.

"Medina!" Qarizh memetir. Buatkan langkah kaki aku semakin laju turun ke bawah. Ya Allah sungguh aku takut dengan Aza Qarizh sekarang. Lelaki itu nampak sungguh berbeza.

Aku nak lari. Aku dah tak mahu tinggal disini. Aku benci tengok muka Aza Qarizh. Aku benci segala-galanya tentang dia! Full stop!

"Selangkah kau keluar dari rumah ni siap kau, Medina!" Suara Qarizh sekali lagi memetir. Bergema suara lelaki itu. Buatkan jantung aku semakin laju mengepam darah. Aku takut untuk berpaling kebelakang. Apa yang aku tahu Qarizh mengikut rapat dibelekang.

Kalau tak kenangkan situasi genting sekarang sudah lama aku gelarkan adegan ini Semakin Aku Kejar Semakin Kau Jauh.

"Medina!" Dengan satu tarikan, tubuh kecil aku direntap kuat ke dalam rangkulan Aza Qarizh. Lelaki itu mengunci kedua belah tangan aku. Sepasang mata helang iris coklat cairnya merenung aku tajam. Bagaikan sedang menyiat-nyiat kulit wajahku dengan pandangannya. Aku seolah-olah hanya seekor tikus dimatanya. Kecil. Nak paling teruk, semut!

Aku cuba menarik semula tangan aku. Namun semakin kuat Aza Qarizh memegang tangan aku. Wajah Qarizh aku pandang tajam. Sepantas kilat aku bawa pergelangan tangan Aza Qarizh menghampiri mulutku sebelum aku gigit sekuatnya!

"Au!" Lelaki itu mengaduh sakit. Aku akhirnya dilepas bebas. Tanpa sebarang kata terus aku membuka langkah seribu. Air mata mula bertakung di tubir mata. Aku rasa nak menangis. Rasa takut, terancam, tak selamat semuanya bergabung menjadi satu.

Tubuhku mula menggeletar hebat saat suara dingin Aza Qarizh bagaikan memetir kuat.

"Medina!" Ya Allah aku takut sangat. Aku memasuki mana-mana bilik yang ada. Pintu almari aku buka sebelum menyembunyikan tubuh aku di dalam. Dalam hati aku berdoa semoga Qarizh tidak tahu aku disini.

Namun harapan aku meleset sama sekali saat pintu bilik yang menjadi tempat aku menyorok dibuka dari luar. Liur yang ditelan terasa kesat sekali. Jantung aku laju mengepam darah. Adrenalina mula merembes ke seluruh tubuh.

Dari celahan almari aku nampak Aza Qarizh meneliti seluruh bilik. Hujung bibirnya naik membentuk satu senyuman sinis yang cukup menggerunkan aku. Ya tuhan, dengan siapa aku berhadapan sebenarnya ni?

Tiba-tiba lelaki itu melepaskan tawa sinis. Dia mencekak pinggang dengan sebelah lagi tangan mengusap rahangnya. Kalau tak kenangkan situasi sekarang memang dah lama aku cakap yang Qarizh tu kacak.

His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now