Aza Qarizh
Aku mendongak memandang langit. Lama aku merenung langit yang terbentang indah seolah-olah langit tu ada melakar wajah anggun Medina di dada-dada awan. Aku tergelak kecil. Tidak percaya yang aku sudah terjebak dengan perasaan gila ini.
Masih tidak percaya yang aku sudah jatuh cinta!
Selama empat tahun hati aku kosong tanpa sebarang rasa kini sudah penuh dengan rasa cinta, kasih dan rindu. Dan perasaan itu hanya untuk isteriku Nurain Medina.
Selama-selamanya untuk dia.
Hanya Nurain Medina.
Medina. Medina. Medina.
Tiada wanita lain yang dapat mengambil alih tempat yang sudah ditakhta oleh dia. Tak semena-mena aku menggenggam kuat stereng kereta.
Nurain Medina kau memang jahat sebab kau buat aku tergila-gilakan kau.
Sebagai balasan aku akan buat kau tergilakan aku pula.
Aku ketawa sinis. Wajah Medina yang manis tersenyum sekali lagi terbayang diingatan. Tak perlu aku ungkap betapa cantiknya dia. Betapa indahnya sepasang mata bundar itu. Betapa dia buatkan aku jadi separuh gila.
Tahniah, Medina. Tahniah!
Aku pandang ke luar tingkap saat bunyi ketukan menyapa gegendang telinga. Mata aku tajam merenung Zakwan yang berada di luar.
"Tuan tak nak balik lagi?" soal Zakwan. Aku angkat sebelah kening. Ada nampak muka aku macam nak balik ke? Aku memang sudah merancang untuk tidak balik ke rumah. Berapa lama? Ikut suka hati aku yang kau nak sibuk apahal?
"Baliklah. Aku tak rancang nak balik." kataku terus mengundang tawa dari Zakwan. Spontan aku pandang dia.
Apa yang lawak sangat?
"Tuan bergaduh dengan Puan Medina ke?" soal Zakwan.
Terbahak-bahak lelaki itu gelakkan aku. Mata aku mengecil merenung wajah Zakwan. Lelaki itu masih belum berhenti ketawa. Tak tahulah aku apa yang lawak sampai terkeluar air mata dia. Amboi!
"It's none of your business, Zakwan." balasku mendatar.
Tiba-tiba aku teringat hari dimana aku tercium Medina. Tanpa sedar bibirku membentuk satu senyuman sinis. Sungguh aku sendiri pun tidak menjangka aku akan bertindak di luar jangkaan dan mujur sahaja penampar sulung Medina telah berjaya menyedarkan aku.
Dan aku?
Sedikit pun tidak menyesal dengan apa yang aku dah buat.
Sebab tindakan aku telah membuatkan otak aku memberi satu tindak balas tentang kisah silam aku. Laju bayangan itu kembali menjengah fikiran. Bayangan yang membuatkan aku keliru dengan diri sendiri.
Aku. Dan. Seorang. Perempuan. Rapat.
Sama macam kedudukan aku dan Medina. Namun aku tidak dapat tangkap bayangan wajah yang hanya samar-samar dalam ingatan aku. Persoalannya siapakah gadis misteri itu kepada aku dulu?
Kenapa kedudukan kami begitu rapat? Aku tahu diri aku dulu seorang yang sangat waras. Takkan sesekali buat perkara bodoh macam tu pada seorang perempuan.
Seriously Aza Qarizh?
Dengan Medina berani pulak kau buat?
Medina lain. Dengan dia buat aku lupa siapa diri aku. Dengan dia buat aku hilang kewarasan otak. Dia buat aku bukan lagi seorang Aza Qarizh.
"You're crazy, Qarizh." Tawa kecil terletus keluar dari bibir Zakwan. Terus mata aku mencerlun tajam lelaki itu. Berani betul dia melawak dekat aku macam tu. Keluhan kecil terlepas keluar dari mulutku. Aku pandang semula ke arah langit malam.
"Indeed, I am." Ya. Memang aku gila. Gilakan gadis bernama Nurain Medina. Kehadirannya buat aku tidak keruan. Buat tidur malamku tak lena. Perlahan, satu senyuman sinis terukir di bibir.
Aku. Mahukan. Dia.
Grise yang duduk dibahagian sebelah penumpang aku pandang menggunakan ekor mata. Tubuh berbulu lebat itu aku angkat sebelum mata aku dan dia memandang satu sama lain. Hidungnya aku kucup manja. Aku tertawa kecil.
"Hey, Grise. Medina tak sayang aku ke? Dia tak nampak ke yang aku sayang dia? Aku tak nak kehilangan dia, Grise." Aku menunduk. Perlahan tubuh Grise aku letakkan di atas riba sebelum bulu lebatnya aku usap lembut. Lama aku berfikir sendiri.
Medina tak sayang aku ke?
YOU ARE READING
His Imperfect Memory
Romance⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Cinta Nurain Medinah untuk Qash Arsyad Ikhtiari tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama...