Bunyi bising itu mengganggu lenaku. Perlahan kelopak mata dibuka. Kelopak mataku ditenyeh bagi menghilangkan rasa kantuk. Mata aku terkelip-kelip ke arah satu sudut.
Aza Qarizh.
Malam tadi aku masuk bilik dia tidur di atas sofa dengan tubuh menghadap penyandar. Dia terasa ke dengan apa yang aku cakap?
Eh, kesah pulak aku dengan perasaan dia.
Lama aku renung belakang tubuh Aza Qarizh yang sedang memakai kemeja hitam. Lelaki itu menapak menghampiri meja solek. Rambut panjangnya disikat kemudian diikat ekor kuda. Jam tangan rolex dicapai kemudian dikenakan dipergelangan tangan kirinya. Kot blazer hitam pula disarungkan ke tubuh. Terus berkerut dahi aku.
Segak-segak ni nak pergi mana?
Bila mana aku nampak dia ingin menoleh terus cepat-cepat aku pejam balik kelopak mata. Pura-pura tidur. Atau lebih tepat aku tak nak kantoi usyar dia.
Gelap pandangan aku. Aku tak tahu keberadaan Qarizh sekarang tapi bila saat ada satu sentuhan menyentuh dahiku lembut. Hangat dan selesa. Itulah yang aku rasakan sekarang. Aku masih diam. Masih berlakon tidur.
"I'm sorry Medina. I didn't mean to hurt you. I love you and you know I'll always will." kata Qarizh penuh syahdu berselang-seli dengan kucupan diseluruh wajahku. Bermula dengan dahi, kedua belah kelopak mata aku, pipi kiri dan pipi kanan. Bila mana bibirnya hampir menyentuh bibirku dia berhenti dan aku masih tidak membuka mata. Dapat aku rasakan jemarinya mengusap lembut bahagian itu. Detak jantung aku sudah tak menentu. Rasa macam nak terkeluar dari tubuh.
"I'll take this when you're ready, Medina." Hampir gugur jantung aku mendengar kata-kata Qarizh. Gila! Rambut aku diusap bersama lagi satu kucupan di dahi. Setelah itu aku tak tahu apa yang dia buat. Buka sahaja mata dia sudah tiada di dalam bilik. Perlahan jemari aku naik menyentuh pipi. Masih terasa lagi kesan bibir Qarizh disitu. Jantung aku laju mengepam darah. Liur ditelan sekali.
Kenapa aku perlu rasa perasaan ni?
| QarAin |
Sudah sehari aku tak nampak batang hidung Qarizh. Buatkan aku sendiri tercari-cari kelibat lelaki itu. Dah seharian tak nampak buatkan hati aku sedikit memberontak. Aku tak faham kenapa tapi aku rasa sedih yang amat.
Sepatutnya aku gembira bukan?
Tidak perlulah aku menghadap muka dia yang kacak lagi menyakitkan hati itu!
Aku berpaling saat terasa kaki aku digesel oleh sesuatu. Berkerut sesaat dahi aku sebelum kembali mengendur. Makhluk berbulu itu aku pandang bersama mata yang galak bercahaya. Perlahan tubuh kecilnya aku dukung dan dakap seeratnya.
Blanc the white cat!
Blanc juga kelihatan senang sahaja dengan aku. Buatkan aku tergelak kecil dengan karenahnya. Comel betul makhluk ciptaan tuhan yang satu ini! Lama aku merenung rantai loceng berwarna biru yang diikat dilehernya.
Ada sesuatu disitu. Sesuatu itu aku tarik keluar. Ada sehelai kad berwarna hitam bersama tanda tangan Aza Qarizh yang nampak begitu... menarik? Entah la apa sahaja yang lelaki itu buat semua tampak indah dimata namun tetap juga aku menafikannya. Tak sanggup nak mengaku dan aku memang takkan mengaku! Apa yang perlu ada sekarang hanyalah perasaan benci aku padanya.
Namun mengapa hati aku menolak perasaan itu sekeras-kerasnya?
Aku malas nak fikir banyak lipatan kertas itu aku buka. Ada tulisan berwarna emas disitu. Kelopak mataku mengecil merenung setiap patah perkataan yang tertulis disitu. Dalam hati menyumpah seranah Aza Qarizh. Dia memang tidak ada kertas lain selain kertas berwarna hitam kah? Punya lah susah aku meneliti tulisan yang tertera di atas kertas itu. Aku kembali fokus.
Mata aku sedikit membulat.
I - I wish I could be your first love.
Bibirku mengukir senyum tanpa aku sedar. Namun pantas sahaja senyuman itu aku matikan. Rasa rama-rama yang berterbangan indah di dalam perut aku cuba nafikan sekerasnya. Tidak mahu hati aku terus dibelenggu dengan perasaan pelik ini.
L - Love you just the way you are.
Sekali lagi aku tersenyum. Lelaki itu sering mengungkapkan perasaan cintanya kepada aku. Namun aku? Langsung tidak mengaku malah terus-menerus menyakitkan hati Qarizh. Sengaja. Salah ke?
O - Oh, tell me this is not a dream when I saw you for the first time. My beautiful angel.
Spontan aku gulingkan mata aku ke atas. Kalau bab cringe serah dekat Qarizh. Tapi itu tidak penting kerana hati aku tetap mahu meletup bunga yang berwarna-warni dengan ayatnya yang penuh romantis. Aku? Tetap menafikan perasaan itu sekerasnya.
V - Very. I can't deny it that I love you very, very much.
Hati aku sedikit tersentuh.
E - Every inch of you make me addicted, my love, you know?
Aku semakin tenggelam dalam dunia aku sendiri. Kata-katanya buatkan aku menjadi gila seketika.
Y - Yes. Your presence make me think of you day and night.
Senyuman dibibir aku semakin melebar. Qarizh kenapa awak buat semua ni?
O - Oops! Someone is smiling!
Terus mati senyuman aku. Aku menggigit pipi aku. Cuba menahan senyum. Macam mana dia tahu? Aku tak tahu.
U - U are the only one I love eventhough you don't want me. I want you to know that I'll always love you, need you, want you, miss you Medina.
Habis kata-kata di dalam kad yang aku pegang aku terjeda seketika. Merenung langit yang mula kekuningan kerana matahari semakin hampir berlabuh pergi. Aku mengeluh seketika.
Hati aku menjerit kuat mahukan Qarizh dihadapan mata. Tetapi disaat aku benar-benar mahukan dia dimanakah dia? Dia tidak ada dan itu membuatkan aku tidak faham dengan diri sendiri. Kejap marah, kejap tak suka, kejap nak, kejap benci. Apa yang kau nak sebenarnya Nurain Medinah?
Kad di dalam tangan aku renung kembali. Pandangan aku kosong. Kosong sekosong hati aku tatkala ini.
I love you.
- Aza Qarizh -
YOU ARE READING
His Imperfect Memory
Romance⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Cinta Nurain Medinah untuk Qash Arsyad Ikhtiari tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama...