𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 07

152 18 1
                                    

Bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bosan.

Itu apa yang dirasakan aku dua jam lepas. Duduk dalam rumah yang besar dengan tiada orang untuk diajak sembang memang membosankan. Nak ajak Zakwan dengan Damien berborak diorang nampak macam sibuk. Tak sampai pulak hati aku nak kacau diorang. Haha.

Aku tak tahu aku ada dekat mana sekarang. Satu rumah besar ni aku dah teroka. Tapi aku tak tahu aku dekat tingkat berapa. Terlalu leka sampai tak sedar kat mana.

"Cik muda?" Aku berhenti melangkah. Wajah ditoleh kebelakang. Aku nampak wanita separuh abad dibelakangku. Dia tersenyum memandang aku.

Kejap, dia panggil aku apa tadi? Cik muda?

"Saya bukan cik muda. Saya Nurain Medinah." Kataku membetulkan panggilan wanita dihadapan aku. Aku membalas senyumannya.

"Tahu. Tapi Tuan Muda Qarizh suruh Cik Ana panggil cik muda, cik muda." Aku terdiam seketika. Tuan Muda Qarizh? Mamat beku tu Tuan Muda Qarizh? Kenapa dia suruh orang lain panggil aku cik muda? Yang penting aku bukan bini dia.

Eh, eh, eh?

"Saya segan lah." Kataku sambil ketawa janggal. Aku pandang Cik Ana. Cik Ana hanya senyum dengan balasan aku. Secara tiba-tiba tangan dia mengusap lembut pipiku. Menghadirkan suatu rasa yang susah diungkap dengan kata-kata.

Kasih sayang seorang ibu.

Aku terkedu.

"Kalau macam tu, Cik Ana panggil Medina. Boleh?" Kata Cik Ana lagi dengan senyuman lebar berlesung pipitnya. Ikhlas. Bercahaya kedua belah mata wanita itu. Aku tersenyum lagi. Perlahan-lahan kepala dianggukkan. Gembira.

"Cik Ana pembantu rum-"

Tanpa menunggu Cik Ana habis kata-kata terus aku memeluk tubuh wanita itu. Entah kenapa aku rasa sebak sangat. Cik Ana melayan aku seperti anaknya sendiri. Itu aku tak boleh nafikan. Walaupun dia hanya mengusap pipiku aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu mengalir. Cik Ana membalas pelukanku.

Aku memejamkan kelopak mataku. Nak nangis. Rasa nak nangis. Tapi aku tahan sahaja perasaan aku itu. Perlahan-lahan aku melepaskan pelukan. Kelopak mataku kembali terbuka luas.

Buka sahaja mata aku nampak kelibat seorang lelaki sedang tersenyum memandang aku dengan tangan dilipat di dada. Dapat aku baca pergerakan bibirnya. "How sweet."

Aku tersentak lantas mengundur setapak kebelakang. Langsung ekspresi wajahku berubah serius. Tak tahu kenapa tapi bila aku nampak wajah mamat beku ni aku rasa geram.

Cik Ana yang mungkin perasan dengan perubahan aku turut memandang kebelakang. Cik Ana menunduk hormat ke arah 'tuan muda' nya itu seraya tersenyum lebar. Mamat beku tu hanya mengangkat sebelah tangannya ke udara tanda sapaan.

His Imperfect MemoryWhere stories live. Discover now