4 - HARI

80 3 0
                                        

" Mana princess Karl " - Tanya Tengku Reyna apabila melihat hanya Raykarl sahaja yang turun.

" Tidur,penat sangat rasanya duduk dalam kapal terbang " - Balas Raykarl lalu mengambil tempat di sebelah Rayhan

" Ya Allah budak bertuah tu " - Ucap Tengku Reyna

" Jangan risau mummy, princess dah makan dah sebelum datang ke sini " - Beritahu Raykarl menenangkan Mummynya itu. Tengku Reyna hanya mengangguk dan sambung menghidangkan makanan

" Ayyan, Han, Karl " - Panggil Tengku Reezza

Tiga beradik itu memandnag Tengku Reezza serentak

" Daddy nak kamu ketatkan kawalan keselamatan rumah kita dengan markas "

" Jangan sampai musuh tahu kewujudan princess dalam rumah ini,kalau mereka tahu daddy nak kamu semua bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku faham " - Arah Tengku Reezza

Keselamatan keluarganya terutama sekali anak perempuannya lebih utama daripada perkara yang lain

" Baik daddy " - Ucap mereka bertiga serentak

" Dan kamu Hairi dengan yang lain, uncle harap kamu dapat rahsiakan perkara ini daripada orang lain " - Beritahu Tengku Reezza

" Baik uncle " - Ucap Hairi mewakili yang lain

Sejurus dengan itu mereka menikmati makan malam itu dengan nikmatnya

Maklumlah masakan Tengku Reyna memang sedap belaka.

Selepas selesai makan masing-masing bergerak ke tempat masing-masing

Bilik Rayhan

" Han, cer cerita pasal adik kau kitaorang pun nak tahu juga " - Tanya Darien sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Rayhan

Amboi tak sabar benar nampaknya

Rayhan yang baru sahaja hendak duduk terus terbantut, dijelingnya Darien sebelum melabuhkan punggung di kerusi empuknya.

" Kau ni pun agak-agaklah bagi Han duduk dulu " - Tegur Zafil sebelum melabuhkan punggung di sebelah Hairi

" Haah abang Han ceritalah, Ariz pun nak tahu juga " - Beritahu Hariz sambil melihat ke arah Rayhan yang santai duduk itu

" Haih korang ni tak menyabar " - Ucap Rayhan

" Mestilah, tak pernah kitaorang tahu kau ada adik perempuan tiba-tiba harini wujud " - Ucap Darien

" Memanglah,kan daddy aku dah bagitahu tadi tiada siapa yang tahu keluarga kitaorang ni ada anak perempuan "

" Kalau orang lain tahu, habis adik aku tu jadi mangsa untuk diorang balas dendam "

" Jadi untuk mengelakkan perkara itu daddy aku hantar dia ke luar negara dengan identiti yang lain tetapi selepas umur dia 18 tahun, dia dapat guna identiti asal dia balik "

" Jadi sekarang ni umur adik aku dah 24 tahun, masa yang sesuai untuk dia balik semula ke sini " - Terang Rayhan panjang lebar,yang lain hanya khusyuk mendengar

" Tapikan Han, kau tak pernah cerita dekat kitaorang yang kau ada adik perempuan " - Tanya Darien pelik

" Dah korang tak tanya aku tak ceritalah " - Balas Rayhan selamba

" Ha*** punya member " - Carut Darien tidak puas hati

Yang lain hanya menggeleng melihat sikap Rayhan yang selamba itu

Magnificent Girl (SU)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang