3 - HARI

82 4 0
                                        

Selepas 1 jam pemanduan. Ria mula meregang kan kesemua tubuh badannya kerana penat, cewah bukan Ria yang bawak kereta tetapi Aaliya.

Akhirnya smpai di rumah agam keluarga Ria, aliya memasuki perkarangan rumah agam itu dan memberhentikan kereta lalu memandang ke arah Ria.

" Cakap dekat mummy sorry aku tak dapat nak singgah, tiba-tiba housemate aku call suruh teman dia beli barang " - Kata Aaliya dengan perasaan serba salah. Niatnya ingin berjumpa dengan Tengku Reyna tidak tercapai.

" Tak apa nanti aku bagithu mummy, terima kasih sudi ambil dan hantar aku, nanti aku belanja kau " - Kata Ria yang memahami akan kesibukan rakannya itu.

Maklumlah kami memang rapat dari kecil smpaikan Tengku Reyna menganggap Aaliya dan Yena sebagai anaknya.

" Lagi satu hati-hati bawa kereta tu, jangan kau drift pula, bye take care " - Kata Ria lgi

" Okay kalau macan tu gerak dulu nanti jumpa lagi, bye you take care too " - Kata Aaliya smbil bergerak keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

Ria hanya memerhati kereta Aaliya yang sudah bergerak keluar dari kawasan rumahnya itu.

Tarik nafas, hembus nafas Ria mengumpul keberanian dengan lafaz Bismillah, Ria mengetuk menekan loceng pintu rumahnya dengan berhati-hati. Kaca mata yang dipakainya daripada tadi ditanggal.

Risau plus nervous nak berhadapan dengan parents dia, mana tidaknya balik tidak bagithu diorng mahu kena bebel seharian dengan mummy lagi-lagi abang-abang dia yang terlebih protective itu, seriau rasa, takut masuk-masuk kena baham.

Setelah beberapa minit berlalu, pintu rumah utama dibuka dan terpancul wajah hensem abang ketiganya iaitu Tengku Raykarl Affan.

Ria hanya tersengih smpai nampak gigi apabila melihat wajah terkejut Raykarl.

" Abang Karl ouhh Abang Karl " - Ria memanggil Raykarl namun tidak disahut dan secara tiba-tiba abangnya itu rebah ke lantai, pengsan orang kata.

Terkejut sangat ke smpai pengsan. Ria yang perasan akan keadaan abgnya ingin jatuh ke lantai terus menangkap tubuh sasa abangnya itu.

" Ehhhhh abang, Ya Allah ,bangun abang awat pengsan ni. " - Kata Ria smbil menepuk nepuk pipi Raykarl.

Penghuni rumah yang mendengar kekecohan yang berlaku di depan pintu rumah itu terus melulu ke arah pintu utama dan alangkah terkejut mereka melihat Raykarl yang terbaring dilantai dan kepalanya diribakan oleh seorang gadis.

Mereka tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana dia memandang ke bawah ke arah Raykarl yang pengsan itu.

Tanpa menunggu lama mereka terus menerpa ke arah Raykarl dan gadis tersebut.

" Ya Allah Karl bangun kenapa boleh pengsan dekat sini pula, Cik ni siapa ye? " - Tanya Tengku Reyna melihat gadis yang meriba kepala anaknya.

" Mummy dah tak kenal anak mummy yang ni ke, smpai hati mummy HUWAAA " - Kata Ria smbil mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Tengku Reyna dan berpura-pura menangis.

Alangkah terkejut semua yang berada di situ melihat susuk tubuh yang amat mereka rindui selama ini kini berada di hadapan mata mereka.

Banyak betul kejutan hari ni ish ish ish, Tengku Reyna apalagi hampir pengsan nasib Ria bersuara.

" Ehhh Mummy jangan pengsan cukup abang je yang pengsan, abang Han tolong Ria angkat abang Karl ni " - Pinta Ria kepada abg keduanya Rayhan.

Tidak mendapat balasan dripada Rayhan, Ria mengangkat kepalanya sekali lagi dan memandang pelik kepada mereka yang sedang merenungnya daripada tadi.

Magnificent Girl (SU)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang