2 - HARI

76 3 0
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur - Malaysia

Selelas 5 jam duduk dalam kapal terbang (author reka je ni jangan kecam bye) akhirnya sampai jua destinasinya.

Amat dirindui suasana di Malaysia. Sekarang Ria tengah menunggu kedatangan sahabatnya iaitu Aaliya Maisarah.Bukan main gembira lagi Aaliya bila Ria ingin pulang ke Malaysia.

Sebelum keluar daripada kapal terbang sempat lagi Ria memakai kaca mata hitam untuk menutup matanya yang unik itu, kalau dekat korea masyarakat sana boleh terima tetapi dia tidak tahu bagaimana dengan masyarakat disini

Jadi lebih baik dia berhati-hati supaya tidak menarik perhatian orang ramai yang berada disini.

Kemudian Ria mencapai telefon bimbitnya dan menekan log call dan menelefon Aaliya smbil dia berjalan ke luar kawasan tersebut.

Di sisi yang lain, lelaki berkacukan itali ataupun dikenali sebagai Hairi dan jejaka italy atau dikenali sebagai Leon turun dari kapal terbang dan menuju ke luar dimana tempat Hariz dan rakan rakannya sedang tunggu.

Hariz sudah memberitahu Hairi yang dia dan rakan-rakannya sudah sampai dan sedang menunggu ketibaan mereka. Tidak lama kemudian ada suara menyapa gegendang telinga Hairi dan Leon.

Mereka pun menoleh ke arah sumber suara tersebut, terlihat Hariz dan rakan rakannya melambai dan memanggil mereka.

Hairi dan Leon pun mengambil langkah menuju ke arah mereka.

" Hello brother long time no see how's there?" - Tanya Hariz kepada abangnya.

" Hmmm everything is fine but I dont want to talk about it " - Balas Hairi malas.

" How's here. Ada apa-apa masalah ke berlaku masa aku tiada? " - Tanya Hairi kepada Zafil

" Everything is good and semuanya terkawal jangan risau semuanya okay dan tiada masalah kan Darien " - Kata Zafil sambil menyiku lengan Darien.

" Haah Ri kau jangan risau tapi Rayhan ada bagitahu aku yang dia nak jumpa kau nanti " - Kata Darien kepada Hairi. Hairi hanya mengangguk saja.

" Jomlah, Zarif, Kyle dengan yang lain dah tunggu kita dekat sana moh gerak. Come let's go Leon" - Kata Darien

Tanpa berkata apa-apa mereka terus bergerak ke arah parking kereta smbil berborak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang memandang mereka dengan penuh rasa teruja dan kagum.

Mana taknya hensem-hensem dan bergaya masing-masing padahal dekat airport je pun tu pun nak melebih.

Dalam ketidaksedaran mereka,

BUK

Hairi terlanggar seseorang yang berjalan dihadapannya. Mata Hairi menikam tajam susuk tubuh gadis yang baru sahaja dia langgar.

Tidak diendahkan keadaan gadis itu, terus dijerkahnya

" KAU BUTA KE HA - Tengking Hairi kepada gadis itu tanpa menghiraukan pandangan orang di situ.

Gadis yang terjatuh tadi terkejut apabila ditengking oleh orang yang baru saja dia langgar.

Dia terus mengutip semua barang yang jatuh dan dicapai telefon bimbit yang terjatuh tadi dan dilekapkan ke telinga.

Menanti orang di talian sana bercakap tanpa menghiraukan bapak singa yang berada di depannya itu.

" HEY PEREMP- - Terbantut percakapan Hairi apabila gadis itu menunjukkan tangannya di hadapan muka Hairi menandakan sekejap sebelum dia bercakap dengan orang yang berada di dalam talian itu.

Magnificent Girl (SU)Where stories live. Discover now