12 - HARI

25 1 0
                                    

" Yash bangun sayang " - Kejut Ria perlahan-lahan, tubuh montel itu digoyangkan sedikit agar terbangun. Ayyash menggeliat sedikit sebelum tangisannya mula kedengaran. Ria sudah gelabah

" Ehh syg mama jangan nangis " - Tubuh montel itu diangkat dan diletakkan di atas ribanya, dihayun perlahan-lahan agar tangisan itu reda. Ada satu perkara yang Ria tidak tahu pasal Ayyash. Ayyash kalau dah tidur jangan sesekali bangunkan dia, dia akan menangis sampailah dia penat.

Ria masih menenangkan ayyash, selawat dibaca ditepi telinga Ayyash sehingga mata bulat Ayyash terbuka perlahan-lahan. Dilihat Ayyash sedang bangun, tangan tergapai-gapai ingin memegang muka mamanya.

" Ma...ma " - Panggil ayyash dalam mamainya dan dipeluk erat leher Ria. Ria yang melihatnya hanya tersenyum nipis sebelum tubuh montel itu diangkat perlahan-lahan dan dibawa ke bilik air untuk mandi.

Baru Ria tahu nak mandikan ayyash pada waktu pagi lebih mudah berbanding waktu malam. Tubuh yang basah itu dilap menggunakan tuala dan dibawa ke bilik persalinan.

Setelah selesai memakaikan pakaian pada Ayyash, botol susu disua ke mulut ayyash dan terus dihisap Ayyash dengan rakus. Pagi-pagi dah lapar member.

Ria mencium sekilas dahi Ayyash sebelum dia berlalu pergi ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dan bersiap, tubuh montel itu didukungnya dan beg dan dokumen yang diperlukan juga diambilnya.

" Lets go yash, turun bawah sarapan dengan uncle faris and aunty liya " - Ucap Ria, Ayyash hanya melentokkan kepalanya pada dada Ria. Selesa.

" Dah siap dah liya, semua dah bawak " - Tanya Ria kepada Liya. Liya hanya mengangguk sebelum pipi gebu ayyash dicuitnya. Tercebik bibir comel itu terus muka disembamkan ke dada Ria. Satu lagi perangai Ayyash, dia tidak suka disentuh oleh orang kecuali ibu,umi dan mamanya.

" Jom, Faris dah tunggu dekat bawah untuk breakfast " - Ucap Liya lalu bergerak keluar daripada bilik hotel dan turun ke bawah untuk bersarapan.

Skip breakfast

" Are you ready guys? " - Tanya Faris sambil matanya fokus pada jalan.
Ria dan Liya berpandangan sebelum menjawab

" Of course we are " - Lalu mereka tertawa halus, Ayyash yang tidak tahu apa-apa turut ketawa sekali

" Alololo anak buah aunty ni, faham ke sibuk je ketawa sekali " - Ucap Liya lalu mencubit geram pipi gebu Ayyash.

Ayyash pun apa lgi meraung bila disentuh orang lain. Terus tubuh Ria dipeluknya erat dihembus tangisan disitu. Manakala Ria sudah menjeling Aaliya kerana buat budak kecik ni nangis. Tangan Ria lembut membelai dan mengusap belakang badan Ayyash.

Di mahkamah

" Okay let's go " - Jawab Ria dan mereka melangkah masuk dengan bacaan bismillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Fighting

Bunyi ketukan kayu diketuk oleh mahkamah menandakan keputusan rasmi sudah dibuat.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar akhirnya Ria dapat juga hak jagaan sepenuhnya ke atas Muhammad Ayyash Mirfash bersyukur ke hadrat Ilahi. Banyak juga cabaran yang dihadapi tadi tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

" Ma.....ma " - Kedengaran suara Ayyash memanggilnya sambil berlari terkedek-kedek ke arahnya sebelum masuk dalam dakapan Ria. Ria mengelus rambut lebat Ayyash setitis demi setitis air matanya keluar.

Mak Yum, Ria dah tunaikan permintaan Mak yum, mesti Mak Yum bahagia kan ~ ucap Ria dalam hati.

Magnificent Girl (SU)Where stories live. Discover now