Keesokan harinya, tiada lagi suara ceria Ria menyapa mereka pada pagi itu, suara muram sahaja yang kedengaran.
Suasana di meja makan juga senyap sepi hanya bunyi sudu dan garfu yang berlanggaran sahaja.
Kesemua mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengeluh melihat keadaan princess yang muram sahaja sejak daripada pagi tadi,
Tengku Reezza berdehem membetulkan anak tekak sebelum bersuara
" Daddy izinkan princess pergi tanpa abang-abang princess tetapi princess kena janji yang princess akan update ke mana sahaja princess pergi " - Beritahu Tengku Reezza senafas lalu memandang ke arah wajah puterinya yang menunduk sejak tadi.
Ahli keluarga yang lain juga turut melihat ke arah Ria, tetapi tiada respon daripada Ria membuatkan mereka dihurung rasa bersalah.
Mereka memberi isyarat kepada Tengku Reyna untuk memujuk, tetapi dibalas dengan jelingan
" Pandai-pandailah pujuk sendiri " - Bisik Tengku Reyna kepada mereka
Ria pula hanya selesa berdiam diri dan menikmati sarapan pagi itu walaupun berita yang disampaikan oleh daddynya tadi menggembirakan dirinya tetapi dia tidak boleh terpujuk dengan begitu mudah bak kata Tengku Reyna semalam semasa memujuknya.
Selepas sahaja selesai makan, terus Ria bangun daripada duduknya dan bergerak ke arah dapur membasuh pinggan dan cawan yang dipakainya sebelum langkah diambil naik ke atas biliknya.
" Mummy macam mana ni? " - Tanya Raykarl
" Pandai-pandailah kamu semua pujuk, mummy malas nak ambil tahu " - Balas Tengku Reyna lalu bangun daripada kerusinya dan bergerak ke arah dapur.
Semua mata memandang ke arah Tengku Reezza yang sedang menunduk memandang butir-butir nasi dipinggan, dia juga tidak tahu mahu buat apa.
" Daddy " - Panggil Rayyan, tetapi tidak diendahkan oleh Tengku Reezza
Rayhan memberi isyarat kepada Rayyan untuk menaikkan sedikit intonasi suara agar lebih jelas
" Daddy " - Panggil Rayyan sekali lagi dengan nada sedikit tinggi tapi tidaklah dianggap biadab.
Tersedar daripada lamunan Tengku Reezza memandang ke arah anak lelakinya itu
" Daddy okay tak? " - Tanya Rayyan prihatin, mana tak prihatin nasi pun dibuat main bukannya nak makan.
Tengku Reezza menghela nafas berat sebelum berkata
" Apa yang patut daddy buat? " - Tanya Tengku Reezza kepada anak-anak lelakinya itu
Dilihat anak-anak lelakinya itu juga tidak tahu apa yang patut mereka lakukan sekarang.
Masing-masing mengeluh perlahan.
_______________________________________Di dalam bilik
Ria termenung seorang diri sambil mengemaskan pakaiannya, tidak banyak barang yang dibawa hanya barang penting sahaja yang diutamakan.
Tiba-tiba telefonnya berdering, terus Ria mengangkat panggilan tersebut
" Hello " - sapa Ria
" Weh jadi tak nak pergi sabah lusa " - Tanya Farish
" Sabah? " - Tanya Ria balik, otak dia tidak dapat befikir sekarang,macam mana Farish tahu dia nak pergi sabah
" Ya Allah budak ni lupalah tu, haritu kata nak ajak aku pergi sabah dengan liya, jadi tak " - Terang Farish semula
Membulat mata Ria, dia baru tersedar yang dia pernah mengajak lelaki itu pergi ke sabah menemaninya dan liya
YOU ARE READING
Magnificent Girl (SU)
AcciónCerita mengenai seorang gadis yang misteri. Hanya keluarganya sahaja yang mengetahui identiti sebenar gadis tersebut. Sampailah satu hari, gadis itu pulang ke tanah airnya dan sejak itu banyak halangan yang dihadapi olehnya. Musuh yang lama muncul...