" Aku rasa kita patut bincang sampai sini je, esok jumpa dekat pejabat " - Ucap Rayhan sekaligus menghalau Hairi and the gengs
" Kalau macam tu kitaorang balik dulu, jumpa esok " - Ucap Zafil sebelum bergerak keluar bersama sama yang lain
Selepas kejadian tadi,mereka membantu Rayyan dan Raykarl membersihkan mayat tersebut dan sekarang mereka berada di bilik bawah tanah .
" Bytheway adik kau macam mana Han " - Tanya Darien risau, Langkah Rayhan terhenti
" She's fine korang jangan risau " - Jawab Rayhan sambil menepuk bahu Darien,
Risau bebenor mukanya itu, adik aku ke adik dia ni yang kena
" Balik tu berhati-hati jangan leka " - Pesan Rayhan kepada mereka semua
Mereka hanya mengangguk sebelum memandu kereta tersebut keluar daripada perkarangan rumah agam Tengku Reezza.
Rayhan hanya memerhati sehinggalah mereka hilang daripada pandangan,terus pintu dikunci dan dia bergerak naik ke atas selepas memastikan semua kawasan sudah bertutup dengan rapatnya.
_______________________________________
Hariz sedari tadi abangnya banyak termenung, ingin ditegur kang kena maki pula jadi dia hanya mengabaikannya sahaja.
Tiba-tiba bunyi deringan telefon abangnya itu menyentakkan Hariz dan belum sempat dia ambil, Hairi laju mengambilnya terlebih dahulu
Dilihat nama pemanggil dan berkerut dahi apabila Darien yang menelefon tanpa membuang masa Hairi mengangkat.
Tanpa salam terus Darien bersuara ( Darien naik kereta sendiri dengan Zafil manakala Leon naik bersama Hairi dan Hariz )
" Ri ada dua kereta follow kita daripada belakang " - Ucap Darien dengan tenang, benda dah biasa jadi kita kena tenang.
Hairi yang mendengar perkara tersebut terus melihat ke arah cermin sisi dan benar apa yang dikatakan Darien, ada dua kereta jenama proton saga mengekori mereka daripada belekang.
Baru sahaja Hairi ingin bersuara bunyi berdas das tembakan menghentikan percakapannya
Nampaknya Zafil sudah mula berbalas tembakan dengan musuh yang tidak dikenal pasti itu.
Sejurus dengan itu, Hairi berkata
" Kau settle satu, lagi satu biar aku settlekan " - Arah Hairi sebelum mematikan panggilan.
" Riz, take that thing and shoot those rat " - Arah Hairi kepada Hariz yang sedari tadi hanya memerhati dan menunggu arahan.
Leon pula hanya suka memerhati daripada mengambil tindakan
Glock Meyer 22 dicapai dan terus tingkap kereta dibukanya sebelum tembakan dilepaskan tepat ke arah tayar Kereta proton saga tersebut
BANG!
Tepat mengena sasaran menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan melanggar pokok di kawasan tersebut
Satu dah settle, bagaimana pula dengan Darien dan Zafil
Zafil melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta musuh itu dan akhirnya kereta itu terbabas
ANDA SEDANG MEMBACA
Magnificent Girl (SU)
ActionCerita mengenai seorang gadis yang misteri. Hanya keluarganya sahaja yang mengetahui identiti sebenar gadis tersebut. Sampailah satu hari, gadis itu pulang ke tanah airnya dan sejak itu banyak halangan yang dihadapi olehnya. Musuh yang lama muncul...
