*FLASHBACK*
Semenjak pergaduhannya Jeongyeon dan Nayeon, Jeongyeon sering merasa bersendirian. Dia juga sering mendapat serangan sakit kepala yang luar biasa.
Jeongyeon juga pernah pingsan di rumahnya kerana stress yang berlebihan. Hal ini disedari oleh ibu bapa Jeongyeon dan memutuskan membawanya ke hospital. Selepas sahaja comeback TWICE berakhir, members TWICE dibenarkan bercuti selama 1 minggu. Jeongyeon pon mengambil kesampatan itu untuk pulang ke rumah ibu bapanya.
Ibunya orang yang pertama yang menyedari perubahan Jeongyeon selama ini. Jeongyeon menjadi orang yang pendiam dan sentiasa termenung sambil melihat jendela di rumahnya.
*Di hospital*
"Yoo Jeongyeon sila masuk ke bilik no 1 ye." kata jururawat tersebut mengunakan mic.
Di dalam bilik yang berbau ubat menjadikan Jeongyeon menjadi sangat gugup. "Okay Yoo Jeongyeon silakan duduk." pelawa Dr. Oh dengan senyuman.
Selepas pemeriksaan dijalankan Dr. Oh memberitahu bahawa Jeongyeon mempunyai penyakit depression yang berpunca dengan kerjayanya.
Tapi penyakit Jeongyeon tidak lah begitu teruk. " Jeongyeon saya berharap awak dapat mengawal diri awak dan dapatkan lah rehat yang secukupnya. Saya risau penyakit awak akan menjadi semakin teruk dan tidak terkawal sehingga dapat mencederakan orang lain.
Jeongyeon menunduk mendengar penjelasan Dr.Oh tersebut. Dalam hati nya, dia ingin keluar dengan segera dan bersembunyi di tempat yang tiada siapa dapat temukan.
"Jeongyeonna, saya kenal awak dari pertama kali TWICE debut. Perwatakan awak sekarang dah semakin berbeda. Adakah awak mempunyai masalah dengan members TWICE yang lain??."
Tanya Dr. Oh sambil mengusap tangannya. Jeongyeon terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Dr.Oh. Tapi ia taknak memberitahu hal yang sebenar kerana takut memburukkan nama member nya.
" Tak apa saya faham kalau awak masih tidak bersedia untuk menceritakannya. Tapi saya berharap awak dapat memperbaiki hubungan awak dengan member awak dengan segera. Saya yakin member awak dapat membantu mengurangkan penyakit awak ini." Sambung Dr. Oh lagi.
*End of Flashback"
**Di Dorm TWICE**
Members baru sahaja balik dari tengok wayang. Semua member balik ke bilik masing-masing kerana penat berjalan daripada pagi.
" Jeongyeonna." kejut Momo membuatkan Jeongyeon tersedar. "Jeongyeon Momo nak mintak maaf sangat-sangat hari ni." kata Momo, tapi Jeongyeon masih berdiam diri. Jeongyeon masih lagi berasa kecewa dengan Momo tapi dia masih lagi berusaha mendengar ucapan Momo tersebut.
"Sorry..." terdengar esakkan daripada Momo. Momo betul-betul berasa bersalah kerana sikapnya yang membiarkan Jeongyeon tinggal sendirian di rumah. Jeongyeon tidak sanggup mendengar membernya menangis. Dia bangun lalu memeluk Momo.
"Jeongie dah maafkan Momo, dah jangan nangis lagi nanti tak cantik." Momo pun sedikit ketawa mendengar kata Jeongyeon. Walaupun dalam hati Jeongyeon tidak sepenuhnya memaafkan Momo tapi dia tak nak bergaduh lagi dengan membernya.
"Momo ada bawak sikit makanan daripada Mall tadi jom Momo temankan Jeongyeon makan." ajak Momo. Momo rakan sebilik Jeongyeon hampir 3 tahun jadi dia tahun sikap Jeongyeon.
"Unnie." tegur Sana yang baru sahaja keluar dari biliknya. Sana tidak dapat tidur kerana memikirkan kesalahannya petang tadi. Jika Sana mengajak Jeongyeon bersama dia tidak akan tinggal di dorm berseorangan.
"Maafkan sana Jeongie, maafkan Sana." Sana mengalirkan air matanya sewaktu mengatakan perkataan tersebut. " Sana tak patut biarkan Jeongie sorang-sorang kat rumah." Momo dan Jeongyeon memandang Sana yang sedang menangis. Lalu Jeongyeon tertawa kecil.
"Yahh Jeongie apa yang kelakar Sana betul-betul nak mintak maaf ni." kata Sana sambil mengesat air mata. " Tak pe Sana benda dah lepas tak usah nak diungkit. Jeongie okay je duduk rumah sorang-sorang. Buktinya Jeongie hidup lagi ni." Kata jeongyeon dengan ejekkan.
Sana memuncungkan mulutnya tanda merajuk sambil memukul tangan Jeongyeon yang sedang makan.
Entah kenapa dengan tiba-tiba Jeongyeon merindukan suasana TWICE yang suka bergurau seperti dahulu. Jeongyeon pon meneruskan aktiviti memakannya ditemani Sana dan Momo.
Bersambung..........
YOU ARE READING
Maafkan aku TWICE - yoo Jeongyeon
JugendliteraturCerita ini mengisahkan seorang gadis dari girl group TWICE yang menghidap masalah depressed yang melampau. Hal ini tidak disedari oleh member TWICE sehingga lah Jeongyeon.....