'Jeongyeon na cepat lah sadar, unnie janji untuk memperbaiki semua masalah kita'. Gumam nayeon sendiri.
********************************
Setelah puas menangis Nayeon kembali masuk ke dalam bilik tersebut. Members Twice yang lain masih teguh menunggu Jeongyeon untuk bangun. Ada yang sibuk bermain kad uno dan ada juga tertidur di sofa.
Sedang sibuk bermain, perut Sana tiba-tiba berbunyi. Maklumlah mereka tidak sempat makan setelah selesai daripada latihan. Panggilan telefon daripada Nayeon juga menyebabkan mereka tergesa-gesa untuk ke hospital.
"Perut Sana unnie ke yang berbunyi tadi", tanya Dahyun. "Hehehe", Sana ketawa kecil dan mukanya mulai memerah kerana malu. "Yelahkan tadi pon kita tak sempat nak makan lepas balik dari latihan", kata Jihyo.
"Kalau macam tu biar Mina pergi belikan lah makanan dekat kantin bawah sana", ucap Mina kerana tidak sanggup melihat membersnya kelaparan. "Biar Momo temankan, Momo pun rasa lapar sangat ni", kata Momo disambut tawa kecil kawannya. "Hati-hati tau", kata Nayeon sambil melihat kearah Mina dan Momo sehingga pintu tertutup.
S
K
I
P
.
.Selesai sahaja makan, mereka semua berkumpul untuk berbincang siapa yang akan temankan Jeongyeon di hospital.
"Untuk malam ni biar lah Hyo dan Nayeon unnie sahaja yang temankan Jeongyeon, selebihnya boleh balik dulu ke dorm untuk berehat". Kata Jihyo kepada membersnya.
"Alah Tzuyu nak temankan unnie juga", rayu Tzuyu untuk tinggal bersama unnienya. "Tzuyu ya kita balik lah dulu nanti esok kita datang lagi ke sini". Kata Sana lembut dan disambut dengan anggukkan kepala Tzuyu. Sana sebagai salah seorang members Twice yang tertua juga cuba memujuk para maknea mereka untuk pulang.
S
K
I
P
.
.
.Kini hanya tinggal Jihyo dan Nayeon sahaja di bilik rawat Jeongyeon. Jihyo cuba untuk membuka mulut untuk memulakan perbualan. Perbicaraan mereka petang tadi yang masih lagi tergantung.
Baru sahaja dia hendak bertanya, Nayeon sudah mendahuluinya dahulu. "Jihyo ya, unnie tau hyo nak tanya tentang keadaan Jeongie kan", kata Nayeon perlahan. Jihyo hanya menganggukkan kepalanya.
"Petang tadi unnie jumpa dengan doktor yang rawat jeongie iaitu Dr. Oh". "Doktor yang hantarkan kita kat bilik jeongyeon tu ke". Sampuk Jihyo. "Ye, Dr. Oh kata sejak dua bulan yang lalu Jeongyeon selalu datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan".
Perkataan Nayeon membuatkan Jihyo terkejut. Kerana Jeongyeon selalu akan memberitahu nya sekiranya dia sakit dan tidak pernah berdiam diri.
"Dr. Oh bagitau unnie apa?", tanya Jihyo. "Dr. Oh bagitau yang Jeongyeon kena masalah gangguan kecemasan(anxiety), sakit dia ni datang sejak kita gaduh haritu", jawab Nayeon dengan mata yang berair sambil menundukkan kepalanya. Jihyo menutup mulutnya dengan tangan tanda terkejut.
" Dr. Oh juga ada bagitau seminggu yang lalu Jeongyeon pernah pengsan banyak kali tapi tak ada siapa diantara kita yang tahu", bagitahu Nayeon lagi. "Sorry Hyo, kalau bukan sebab unnie benda ni semua tak akan terjadi dan Jeongyeon tak akan sakit", ucap Nayeon yang sudah tidak tahan lagi menahan tangisannya.
Jihyo yang mendengar itu juga ikut menangis. Dia tidak tahu hendak memberikan reaksi apa lagi. "Unnie bukan unnie je yang salah Hyo pun bersalah juga kat Jeongie", kata Jihyo sambil memegang tangan Nayeon.
"Walau apa pun yang terjadi sekarang ni kita kena betulkan juga situasi kita", kata Jihyo sebagai leader dialah yang rasa sangat bersalah.
Setelah puas menangis dan meluahkan perasaan mereka, Nayeon dan Jihyo tertidur di tepi katil Jeongyeon beralaskan tangan mereka.
Tiba-tiba ada satu tangan yang mengelus lembut rambut Nayeon dan kemudian mengelus lembut kepala Jihyo.
"Korang berdua tak salah pun, Aq tahu korang cuma nak yang terbaik untuk group kita". Ya orang itu ialah Jeongyeon. Rupa-rupanya Jeongyeon sudah lama sadar semasa Nayeon dan Jihyo berbual. Kerana sibuk menangis mereka tidak sedar Jeongyeon sudah bangun.
Jeongyeon sudah mendengar semua perbualan mereka berdua. Melihat Nayeon Jihyo menangis membuat kan dia rasa sangat sakit. Dia cuba sedaya upaya menahannya supaya mereka tidak mendengar.
"Nayeon unnie walaupun unnie selalu marah-marah dekat kita orang Jeongie tau yang unnie sangat sayang dekat kiteorang", ucap Jeongyeon perlahan sambil memgelus kepala Nayeon.
"Menjadi members yang tertua dalam grup ni bukan lah hal yang mudah. Unnie selalu mempertahankan kami sekiranya kami kena marah dengan manager", Jeongyeon tiba-tiba ketawa kecil mengingatkan perkara itu.
"Unnie dah lakukan yang terbaik. Sebab itulah Jeongie sangat bangga dengan unnie dan sayang kepada unnie".
Selepas meluahkan kepada Nayeon, Jeongyeon mengelus kepala Jihyo pula. "Hyo leader yang sangat bagus dan bertanggungjawab. Walaupun kau lebih muda daripada NaJeongMoSa, kau mampu membawa peran Leader dengan baik.
"Mesti banyak beban yang kau tanggung, sorry kalau unnie tambahkan lagi beban Hyo. Walaupun Hyo leader tapi di mata unnie kamu masih lagi adik unnie. Jadi kalau ada masalah kongsikan lah dengan unnie."
Tiba -tiba Nayeon tersedar...
"Jeongie....."
BERSAMBUNG.........
YOU ARE READING
Maafkan aku TWICE - yoo Jeongyeon
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang gadis dari girl group TWICE yang menghidap masalah depressed yang melampau. Hal ini tidak disedari oleh member TWICE sehingga lah Jeongyeon.....