PUJUK

96 6 0
                                    


Sudah seminggu lebih sejak Jeongyeon dan Jihyo berbaik semula. Jeongyeon dan Jihyo sudah seperti isi dan kuku kerana susah untuk dipisahkan.

"Yahh Jihyo unnie tepi lah sikit Tzuyu nak duduk sebelah jeongyeon unnie. Asyik Unnie je berkepit dengan Jeongyeon unnie. " ucap Tzuyu sambil memuncungkan mulut.

"Taknak unnie nak duduk sebelah Jeongie." Kata Jihyo sambil mengejek manja.  "Yah Park Jihyo biarlah Tzuyu nak duduk sini pulak kesian dia nnti merajuk pulak." Kata Jeongyeon kepada Jihyo. Jihyo dengan malasnya bangun untuk menukar tempat duduk.

Mereka bergelak ketawa di meja makan tanpa disedari, di sisi lain hanya Nayeon sahaja yang tidak ketawa dan hanya memilih untuk diam diri.

Namun hal itu disedari oleh seorang member TWICE yang memerhatikan Nayeon daripada tadi.






*DI RUANG TAMU*

Nayeon yang sedang fokus menonton rancangan kegemarannya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

Tiba-tiba *tup* televisyen di ruang tamu dimatikan oleh seorang member nya.
Nayeon tersentak kerana ada yang mengganggunya menonton tv.

Nayeon memandang ke arah membernya itu. Baru sahaja dia hendak memarahi membernya itu, namun dipendamkan semula. Rupa-rupanya member yang mematikan tv itu ialah Tzuyu.

"Ahh Tzuyu yah kenape tutup tv.. unnie nak tengoklah rancangan kesukaan unnie." kata Nayeon dengan wajah tidak percaya dengan perbuatan Tzuyu.

"Unnie...Tzuyu nak cakap sikit dengan unnie boleh". Ucap Tzuyu serius. Nayeon tidak pernah melihat maknae nya itu begitu serius, dan terus menganggukkan kepalanya.

"Tzuyu nak tanya pasal Jeongyeon unnie..." kata Tzuyu yang memperlahankan suaranya apabila menyebut nama Jeongyeon. Tzuyu tahu yang unnienya itu tidak selesa untuk meneruskan perbualannya itu.

Nayeon memusingkan bola matanya malas untuk mendengar nama yang disebutkan Tzuyu. "Maaf Tzuyu unnie sibuk sekarang, unnie nak masuk bilik dulu". Kata Nayeon sambil bangun dengan perlahan.

Tiba-tiba tangannya dicapai. Nayeon memusingkan kepalanya. Dia melihat mata Tzuyu bertakungan air mata yang ia berusaha menahannya. "Tzuyu..." kata nayeon pelan kepada Tzuyu.

"Unnie tolonglah jangan gaduh dengan Jeongyeon unnie lagi." Ucap Tzuyu dengan nada menggigil menahan air mata. "Tzuyu tahu Tzuyu tak patut masuk campur tapi tzuyu tak sanggup tengok friendship group kita sekarang ni yang semakin renggang. hik..hik..hik." Tzuyu tidak sanggup lagi menahan air matanya.

Nayeon yang melihat itu berasa sangat lemah. Entah kenapa hatinya berasa sakit sekali. Egonya sangat besar sehingga dia susah mengakui salahnya. "Maaf Tzuyu unnie perlukan masa sendiri sekarang." Nayeon melepaskan tangan Tzuyu dan lari ke dalam bilik untuk mencari ketenangan.

Tzuyu terduduk menenggelamkan kepalanya dan menangis teresak-esak. Lalu Sana keluar dari dalam bilik untuk pergi mencari Dahyun. Sana tersedar atas kehadiran Tzuyu yang terduduk menangis di ruang tamu.

"Tzuyu yaa!! kenape ni Tzuyu sakit ke". kata sana dengan risau melihat keadaan Tzuyu. Tzuyu mengangkat kepalanya terlihat matanya yang bengkak akibat menangis.

"Tzuyu hanya.. hik.. nak Nayeon unnie berbaik dengan Jeongyeon unnie je.. hik.. salah ke Sana unnie.. hik.. Tzuyu tak nak group kita berpecah belah." Kata Tzuyu dengan esakkan tangisan.

Sana mengerti dengan permintaan Tzuyu. Dia pun tidak mahu kehilangan members dan group kesayangan nya. Sana memeluk Tzuyu untuk menenangkannya. Apabila Tzuyu sudah tenang Sana membawanya ke bilik tidur Tzuyu untuk berehat.

"Tzuyu tau tak kadang-kadang tak semua masalah kita boleh selesaikan dengan cepat. Biarlah mereka yang uruskan masalah mereka . Kita tak patut masuk campur". Kata Sana pelan sambil mengusap ramnut Tzuyu.

Walaupun Sana seorang yang extrovert dalam keadaan begini dialah orang yang sangat sedih dengan situasi yang mereka alami.




***KEESOKKAN PAGINYA**

jeongyeon seperti biasa akan pergi mengejutkan members nya untuk bangun. Jeongyeon masuk ke bilik chaeyoung, Dahyun dan Tzuyu. Kelihatan Chaeyoung sudah tidak ada di dalam bilik. Dahyun masih lagi tidur dengan lena.

Kemudian Jeongyeon terdengar suara orang bercakap dalam tidur. Jeongyeon melihat Tzuyu yang sedang mengigau dan tidak sedarkan diri. Jeongyeon menghampiri Tzuyu untuk mengejutnya.  Namun tiada sahutan. 

Jeongyeon kemudian meletakkan tangan diatas kepala Tzuyu. Kepalanya terasa sangat panas. Jeongyeon sangat panik apabila merasa suhu badan Tzuyu yang panas.

"Tzuyu panasnya badan Tzuyu demam panas ni. " Kata Jeongyeon. Jeongyeon dengan cepat mengambil kain basah dan meletakkan kan atas kepala Tzuyu.

Dia segera keluar dari bilik untuk memberitahu managernya. "Manager unnie Tzuyu demam panas. Dia tak dapat ikut schedule harini." kata jeongyeon risau.

"Unnie biar Jeongyeon yang rawat Tzuyu harini.. Jeongyeon tahu Tzuyu tak nak pergi hospital walaupun kene paksa. Jadi biar saya jaga dia." kata Jeongyeon untuk membuatkan managernya percaya.



**DI DALAM BILIK TZUYU***

"Tzuyu yah bangun kejap unnie ada masakkan bubur untuk Tzuyu." kata Jeongyeon lembut. Tzuyu menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu makan.

"Tzuyu kena makan banyak kalau nak cepat sembuh, kalau Tzuyu taknak makan unnie bawak pergi hospital." ucap jeongyeon dengan nada mengugut.

Tzuyu mendengar ucapan unnienya terus membuka mulut tanda meminta unnie nya menyuapkan makanan ke mulutnya.  Selepas sahaja makan Tzuyu tidur dengan lenanya.

Perkembangan kesihatan Tzuyu pada keesokkan harinya bertambah baik. Nayeon berasa sangat bersalah, kerana dia berpikir sebab dia lah Tzuyu jatuh sakit. Tapi Tzuyu mangatakan kepada unnienya, dia tidak cukup rehat semalam sebab itu lah dia sakit. Nayeon berasa lega melihat Tzuyu yang kembali sihat seperti sedia kala.



**BERSAMBUNG**

Maafkan aku TWICE - yoo JeongyeonWhere stories live. Discover now